Touch Screen Kiosk yg boleh ditemui di dalam Terminal Bersepadu Selatan. Banyak maklumat yg boleh kita dapat dari kiosk ini contohnya kedai makan yg beroperasi dan lokasi kedai makan itu. |
Assalamualaikum?
Hai lovely ..selamat pagi ??? :)
Malam tadi Sha, enchek hubby dan Damia berkesempatan untuk reckee TBS. Haaaa....You All pernah dengar tak TBS atau Terminal Bersepadu Selatan ? Andaikata You All tak familiar, ia adalah sebuah terminal bas untuk perjalanan ke arah selatan Semenanjung Malaysia. Hmmmm.. contohnya perjalanan bas ke arah JB dan pada malam tadi Sha nak hantar adik Sha yg lovely tu balik ke Melaka. Ihiks..
Kat terminal tu bukan je ada bas ekspress tapi turut menyediakan bas antara bandar dan yg paling penting ia turut menghubungkan lapangan terbang KLIA melalui sistem keretapi ekspress yakni ERL. Bagus kan???
Terminal ini turut dihubungkan dengan sistem komuter dan LRT ke arah Lembah Klang. So of course ia satu langkah proaktif dan bijak demi mengelakkan lalulintas yg sesak di jalanraya.
Selain itu Sha turut berbangga dengan infrastruktur terminal yg sangat cantik serta kemudahan yg sungguh lengkap. Dengan kemudahan meletak kereta yg luas, ruang kaunter jualan tiket yg besar, kedai makan dan restoran yg pelbagai serta keperluan lain turut diambil kira contohnya lif, eskalator, tandas, surau, mesin atm, kedai runcit dan kaunter khidmat pelanggan atau customer service.
Ada pilihan restoran seperti KFC, Kenny Rogers Roasters, Nasi Ayam Hainan, Dunkin Donut, Subway, The Bakers Cottage, Tutty Frutty dan banyak lagi!! Kedai mamak pun ada, tak silap Sha, kedai yg bernama NZ Curry House. :))
OK, secara detailnya, kaunter Jualan tiket bas terletak di aras 3, ruang makan terletak di aras 4 dan ruang meletak kereta terletak di aras 4, 5 dan 6.
Ohh ye, kat aras 3 tu anda boleh juga lihat kedai-kedai yg lain seperti 7Eleven, Maxis, kedai kasut , kedai alat solek dan banyak lagi. Overall, Sha amat berpuashati dengan TBS dan Sha berharap pihak yg berwajip akan sentiasa memantau TBS dari segi keperluan dan kebajikannya. Mudah untuk mengaut keuntungan tetapi jangan harus leka dengan tanggungjawab kepada pengguna TBS.
Published with Blogger-droid v2.0.4
14 comments:
dah macam kat airport kan?
Tak pernah lagi sampai sini.. selalu gi Pudu je.. :-)
Nampak cantik tul tempat ni, harap masa akan datang pun tetap cantik macam nie ;)
Dah pernah sampai.. hantar adik gak dulu.. he he...
dekat je ngan umah kite kan kak?
Nurul x pernah sampai lagi kat sini.. Tapi tgk dalam gambar.. canggih gak.. ;)
kekadang ade gak transit kat bandar tasik selatan kalau nak pergi stadium bukit jalil cuma hati tak tergerak nak singgah kat TBS nie lagi
Madammondoq...
yup... sekali imbas dah macam di airport
dah semakin maju terminal bas di Malaysia kan?
im proud of it :)
Myvtrd...
ohhh hanya bas express yg menghala ke arah selatan sahaja yg beroperasi di Terminal ini.
untuk bas express yg menghala ke arah utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis masih menggunakan terminal bas PuduRaya.....
Myra Jay...
betul tu... semoga generasi akan datang akan dapat manfaat yg sama serta manfaat yg lebih baik hendaknya :)
Fazrol...
owh awak sampai dulu lah yek? hihihi
kak sha pernah sampai dua-tiga kali sebelum ni tapi tak pernah masuk ke dalam bangunan tu....
hanya drop by di lobby dan turunkan my sister je dulu...
Hazman...
okay lah tu Man.. haaaaa lepas ni dah boleh singgah TBS dan saksikan sendiri !!!!
if Man nak buat edisi Man Vs Food pun boleh kat cafe2 di TBS tu..huhu
Nurul Akmal...
Hmmm... may be sebab kalau Nurul naik bas express pun Nurul akan naik dari Hnetian Putra kan? hehehe
tempatnya memang cantik tp perkhidmatan bas nya ada bas yg dah usang. perjalanan 2..3 jam tp aircond takda... panas hati den
Rakyat mlysia ptt bersyukur di bg keamanan dan keselesaan mcm nii
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!