Tuesday, July 31, 2012

31 Julai 2010




Waktu mengandungkan Damia ialah waktu yg sangat indah di dalam hidup Sha setelah Sha berkahwin. Tiada morning sickness seperti ibu-ibu mengandung yg lain dan tiada apa-apa alahan baik di fasa awal mengandung mahupun di fasa akhir mengandung. Seingat Sha, tiada apa-apa makanan yg Sha idamkan ketika Sha mengandungkan Damia dulu. Alhamdulillah. Cuma yelah alahan dan morning sickness tu sebenarnya satu nikmat dari Allah dan bagi Sha ia merupakan satu pengalaman yg mesti dilalui oleh kebanyakan ibu-ibu mengandung. Bila dengar cerita tentang morning sickness dan alahan dari kakak Sha, saudara-mara dan rakan-rakan Sha tumpang simpati dan kesian sangat. 

So seingat Sha, Sha mula sakit nak bersalin dari selepas azan subuh pada 31 Julai 2010 (hari Sabtu) sehinggalah Damia selamat dilahirkan pada jam 1.20 pagi pada 1 Ogos 2010 (Ahad). Bermula dengan rasa sakit nak bersalin setiap setengah jam sehinggalah selang 5 minit dan tanda-tanda nak bersalin yg lain. Ohh tapi walaupun ketika menahan sakit nak bersalin tu, Sha, enchek hubby dan seorang pakcik enchek hubby dari Perlis sempat pergi melunaskan bil Maxis Sha di Maxis Centre, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ! Huhu. Lepas bayar bil tu kami sempat pekena Bihun Sup di Restoran Cili Merah di Seksyen 9, Shah Alam. Ihiks. 

Esok genaplah umur Damia 2 tahun. Alhamdulillah Sha bersyukur di atas kurnia yg Allah limpahkan selama ini kepada keluarga kami. Sha doakan semoga Sha dan enchek hubby akan terus menyayangi dan mengasihani Damia sehingga akhir hayat kami sebagaimana kasih dan sayangnya kedua-dua ibu-bapa kami ke atas kami berdua. Amin. 

 

Monday, July 30, 2012

Amaran Terakhir Kalau Nak Ajak Iftar Sama Sama

Terima kasih buat BroFramestone sebab sudi buat satu contest di kala hari Isnin yg menduga ini. Ecewahhh... Ayat bajet looser. LOL. Muahahaha. Uols nak join contest ni?? Haaaa....jom jom click link kat atas tu secepat yg mungkin sebelum 1 Ogos 2012, ye? :))
 

Sebagai menghargai usaha BroFramestone selama ni maka Sha telah pun menjoinkan diri di dalam contest yg beliau anjurkan dan inilah hasilnya :-





Good Luck !!!

Sorry ye miss tunang BroFramestone kalau dialog yg Sha buat tu tak best :))



Salesman produk kosmetik di Giant Tanjung Agas, Muar




Petang semalam Sha, enchek hubby dan Damia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke Muar, Johor. Perjalanan dari Telok Mas, Melaka ke Muar hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dengan kereta. Lagipun ketika itu baru pukul 3 petang dan jalan ke arah Muar tidak sesibuk jalan ke arah bandar Melaka. Ohh ya pada entry sebelum ni Sha ada kongsikan sedikit coretan tentang rancangan Sha, enchek hubby dan Damia yg akan pulang berpuasa di rumah ibubapa Sha di Melaka pada hari Sabtu baru-baru ini kan? Kebetulan adik-beradik Sha dari Terengganu, Johor Bharu, Perak, Bangi, Subang Jaya dan Puchong turut  pulang maka dapatlah kami berkumpul seketika untuk berpuasa dan bersahur bersama-sama. Alhamdulillah syukur atas nikmat yg Allah berikan :)     

So back to topic. Sha, enchek hubby dan Damia telah singgah ke Giant cawangan Tanjung Agas, Muar dan kelihatan ruang meletak kereta di dalam bangunan hampir penuh dengan kereta yg rata-ratanya mempunyai plet negeri Johor. Hanya kelihatan beberapa kereta sahaja yg mempunyai plet dari negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan seperti kereta Sha. Ihiks. Standard lah kan dah namapun negeri Johor sah-sah lah banyak kereta berplet Johor. Hihi.

Apabila masuk selangkah sahaja ke pintu Giant, Sha dapati ada kaunter yg menjual produk-produk kecantikan gitu. Ada sorang Salesman tu pass sekeping kertas, of course lah leaflet produk yg dia jual kan. Sha ambil leaflet tersebut dan dengan tidak semena-mena Salesman tu terus tarik troli kami ke arah kaunter.

Salesman : Produk ni bagus.... untuk kulit..... Bla-bla-bla (sambil sapu cream ke tangan enchek hubby)

Sha : OIC ok 

Salesman : Cream ni boleh buat mask untuk muka... Bla-bla-bla 

Sha : Oyeke..

Salesman : Harga cream ni RM20 satu botol tapi kalau beli satu kotak...ada harga peomosi... Bla-bla-bla

Enchek hubby : Takpelah, terima kasih (sambil nak tarik troli keluar dari ruang kaunter tersebut) 
           
Salesman : Abang ambillah saya bagi RM15 je (dah siap nak masukkan satu botol ke dalam beg plastik)

Sha : Eh tak pe tak pe ! Time kasih ek ..Tak nak Tak nak (Sha dan enchek hubby memang dah gerakkan troli waktu tu) 

Akhirnya kami berlalu pergi dan tak toleh belakang lagi.

Enchek hubby : Kenapa Sha ambik leaflet tu?

Sha : Ermm,  kat KL selalu je Sha ambik bila Salesman pass leaflet tapi tak pernah pun Salesman tarik-tarik troli ni. Hahaha...

Gambar sekadar hiasan


Mungkin pendekatan yg digunapakai oleh Salesman produk kecantikan tersebut agak drastik dan agresif. Moral yg Sha belajar : Jangan ambil sebarang leaflet dari mana-mana Salesman selepas ini :))


Friday, July 27, 2012

Colour Pencil pertama saya !!!

Assalamualaikum?



Alhamdulillah dah nak masuk 7 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan kali ini. Rasa cepat je masa berlalu kan.. Bak kata 'mat saleh', 'how time flies'......... Gitu

InsyaAllah jika tiada aral melintang Sha, enchek hubby dan Damia akan pulang ke rumah ibu bapa Sha di Melaka esok. Huhuhu.... Seronoknya lah jika dapat berbuka puasa beramai-ramai sebab adik-beradik Sha ramai tau ada 8 orang! Itu belum masuk anak-anak saudara Sha lagi yg satu batallion tu. Muahaha..

Sebelum Sha labuhkan tirai blog Sha pada hari ni, meh Sha tempek gambar Damia tatkala gembira dapat pencil colour. Ihiks...

pergi ronda-ronda kat Viva Shopping Mall..... Gedung keperluan rumah anda :) Ohh sila abaikan teknik Sha amik gambar tu...terlupa nak off kan flash camera. Ngeh3x..


Mia nak colour pencil ....


Tapi kita main chak chak dulu ye !! hehe


My first colour pencil dan colouring book :) Yeayy boleh ibu join mewarna together dengan Mia ye :))

  

Thursday, July 26, 2012

Akhirnya Nasi Lemak Bazar Ramadhan Cheras dibeli jua :)

Assalamulaikum?


Hai bukanlah Sha ni mengidam cuma kecewa juga bila Nasi Lemak yg dijual di Bazar Ramadhan Cheras seringkali habis tiap-tiap kali diterjahi. Huhuhu. Rasa macam nasib tidak menyebelahi diriku je. Gitu.


Sorry ye sebab kualiti gambar tak berapa cantik dan gelap. Tapi tang langit tu cantik kan? Nampak tenang je langit itu :)  


Inilah gerai yg menjual Nasi Lemak Ayam Berempah dan Nasi Kukus di Bazar Ramadhan Cheras. Nasi Kukus dengan Ayam Goreng Berempahnya pun sedap :) 


Alhamdulillah petang semalam Sha dan enchek hubby dapatlah makan Nasi Lemak sebungkus sorang. Overall nasinya memang sedap dan dimasak sempurna (dah macam ayat Masterchef Celebrity Malaysia 2012) ditambah pula sambal nasi lemak yg fuhhhhh sodap wa cakap lu. Sambalnya tak begitu pedas tetapi enak dan syok je bila dimakan bersama nasi. Ayam Goreng Berempah pun marvelous eh satu pakej lah sedap dan harga yg ditawarkan pun berpatutan iaitu RM4.50 bagi satu bungkus.



Ramainya pengunjung bazar yg datang :) Siap ada Jalur Gemilang yg dikibar. Semangat nak sambut Hari Kebangsaan ye?? 



Yeayyyy at last dapat beli Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Alhamdulillah sebab hajat tercapai :)



Abang bungkus ROTI JOHN satu! Roti John saiz besar berharga RM4 dan saiz kecil berharga RM2.  Sha recommend Roti John di gerai ini sebab intinya sedap sekali.  



Kereta Peronda Makanan. Seronok Damia bila dapat jalan-jalan gini. hehe




  

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday : To All Student Have One Please !

Assalamulaikum?


Samsung Galaxy Tab 10.1 di dalam Air Asia X











Assalamualaikum?

Sekarang ni Air Asia maju setapak lagi yakni dari segi In Flight Entertainment nya. Terbaru penumpang Air Asia X untuk laluan ke Australia, Korea dan Jepun berpeluang untuk berhibur dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab 10.1 ketika berada di atas awan. Hahaha ketika terbang lah kan sebabnya ketika kapal nak take off dan ketika kapal nak landing semua penumpang tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang peralatan elektronik. 

Whoahh canggih, bukan? Tahniah Air Asia X !! Apa yg ada dalam Samsung Galaxy Tab 10.1 tu?
1. Latest Box Office Blockbusters
2. TV Shows
3. Chart Topping Music
4. Game


Anda nak main game sampai bosan pun tak ape sebab bateri Samsung Galaxy Tab 10.1 tu tahan selama 10 jam! Ihiks.

XCITE In Flight Personal Television 


Harga pengenalan untuk menggunakan peranti ini ialah RM35 bagi penempahan awal secara online dan RM45 jika ditempah ketika berada di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun jika anda tidak membuat pre-booking secara online maka bergantung kepada keadaan sama ada alat tersebut masih ada ataupun tidak.

Penulis ketika pertama kali menaiki pesawat Air Asia pada tahun 2009.  Sebelum tu doq naik premium airline sokmo. Ahaks.



credit to : Google & Air Asia website 


Monday, July 23, 2012

Raya Sale !! Sale !!

Orang kata aktiviti shopping ni ialah satu terapi minda. Ye ke yeob????? Hahahaha . Mungkin bukan semua orang berpendapat sedemikian. Betul tak?











Assalamualaikum ?

Ternyata Monday Blues begitu mengganggu hidupku. Kira macam bonus plak ada Monday blues lepas tu at the same time hari pertama bekerja di bulan Ramadhan tahun ini. Ngeh3 . Motip?

Insaf lah Sha .. jgn nak jadikan berpuasa tu satu alasan untuk kita lemah, lembik dan tak bermaya untuk bekerja. No-no-no !! Chaiyok !! Marilah kita bekerja sekuatnya kerana kerja itu adalah satu ibadah. InsyaAllah. :))

Ok kat eCurve ni dah start sale merata-rata. Sale Raya?? Raya Sale?? Fuhh tergoda dibuatnya. Huhu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 20, 2012

Perkara yg aku HARAM buat esok kat office

Assalamualaikum ? Salam sejahtera !


Perkara tersebut tentulah aktiviti cicah 'sebikut' (biskut) dengan air nescafe panas  :)


Best wor layan biskut HWA TAI ni ..So milky dan nyummyyyyy. Makan 4 keping pun kenyang eden!


DUCHESS Cookies by HWA TAI cuma berharga RM2.60 di kedai 7Eleven. Ihiks


Aktiviti cicah biskut dengan air panas di waktu petang sungguh seronok! Hilang sedikit rasa kekecewaan tatkala melayan kerenah client yg sedikit 'sengal' Ahaks !


Pose dengan t-shirt NUFFNANG BLOGOPOLIS MALAYSIA 2012 yg sangat awesome!!!

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Mengerjakan Ibadah di Bulan Ramadhan !!!!

Thursday, July 19, 2012

Brisik Restaurant : Indonesian Siamese Cuisine

Assalamualaikum ? Salam sejahtera !




Anda penggemar makanan dari Indonesia dan Thailand? Semestinya anda sudah terbayangkan Gado-Gado, satu juadah yg sangat popular di Indonesia kan? Tom Yam pula sangat sinonim dengan menu dari negara Thailand bukan? Tetapi di Restoran Brisik anda bukan saja dapat menikmati makanan dari sebuah negara sahaja malah anda dapat menikmati menu istimewa dari kedua-dua buah negara iaitu masakan Jawa dan Siam serta boleh didapati di bawah satu bumbung! Unik bukan? *SenyumSampaiKeTelinga*

Pada hari Ahad yg lalu Sha telah menghadirkan diri ke Ramadhan Food Review yg telah dianjurkan oleh Restoran Brisik dengan kerjasama My LittleWing serta di taja bersama oleh HEINZ, SIMPLOT dan Majalah AROMA terbitan SURI MEDIA.

Sempena bulan Ramadhan yg bakal tiba, Restoran Brisik bakal menyajikan juadah berbuka puasa secara buffet dengan tawaran harga yg sangat berpatutan iaitu RM 45.00 nett bagi dewasa dan RM 25.00 nett bagi kanak-kanak.

Restoran Brisik terletak di sebuah lokasi yg amat strategik yakni di Jaya One, Jalan Universiti, Petaling Jaya yg berjarak kurang dari 10 minit perjalanan dari Lebuhraya Persekutuan. Nak tahu apakah landmarknya? Landmarknya ialah Menara SOCSO yg terletak di tepi Federal Highway. Anda perlu mengambil laluan ke arah University Hospital ataupun juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya dan anda perlu meneruskan perjalanan sehingga anda nampak Jaya One, sebuah shopping centre di sebelah kiri jalan.

Restoran Brisik telah memilih nama Juadah @ Maghrib sebagai nama Buffet Ramadhan pada kali ini. Berikut adalah menu Juadah @ Maghrib yg disajikan di Restoran Brisik:-


Menu Juadah @ Maghrib  :

STARTER :
Rojak buah
Grilled veggies
Fried honey chicken
Gado gado
Fruit salad
Keropok
Tauhu bakar
Pasta salad 
Fried mee


MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia / bawal / lele / seafood
Rice with lalapan


MAIN COUSE 2 :
Steamboat on each table with varieties
Serve in pot with Tum Yam Soup and Chicken Soup


DRINKS :
Hot :
Kopi ‘ o ’
Teh ‘ o ‘ 
Nescafe ‘ o ‘ 
Ice :
Air suling
Selasih
Cincau soya


DESSERT :
Mixed kueh nyonya and etc.




Bahagian luar Restoran Brisik dengan keluasan yg boleh menempatkan seramai 30 orang pelanggan pada satu masa. Luas kan? Fresh air tau kat sini :))



Food Blogger kita, Hazman Fadzil bergambar bersama Cik Hartina Arssid selaku Event Manager MY LITTLEWING. Dua-dua sweet dan dua-dua charming!!! *WootWoot*


      

Bahagian dalam Restoran Brisik yg mempunyai dekorasi yg sungguh cantik dan elegant. Setiap sudut dan set meja mempunyai citarasa berbeza.


Produk dari HEINZ dan SIMPLOT yg digunapakai ketika Cooking Demo berlangsung di majlis Food Review tersebut. Haaaaa kat situ ada blogger-blogger famous seperti DeqNoor, Nurul, YanaYassin, Rabiatul Adawiyah dan CikLilyPutih.


SIMPLOT Popcorn Hashbrown, Satay Serai (Ayam dan Daging), Daging Bakar dengan sos cili HEINZ, Sosej yg digaul dengan sos pasta HEINZ serta Lele @ Ikan Keli masak sambal. Semuanya sedap-sedap belaka.

Anda berminat untuk menikmati Juadah @ Ramadhan di Restoran Brisik?

Anda boleh membuat penempahan dengan menghubungi:-


Brisik Restaurant
10-1, Palm Square Jaya One, 72, Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya, Selangor 
03-79586681
Terima kasih kepada Bro Framestone yg sudi mengajak Sha untuk Food Review pada kali ini serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Hartina di atas penganjuran majlis yg sungguh meriah dan happening. Million thanks to Hazman Fadzil kerana sudi memberi greenlight untuk Sha tempek gambar-gambar yg beliau rakamkan ketika majlis ini berlangsung di atas sebab-sebab teknikal yg amat dikesali. :))



Tuesday, July 17, 2012

Maria Elena bagi MPHiBookHD ketika Nuffnang Blogopolis !!

Assalamualaikum ? Selamat sejahtera !


Seperti yg dijangka, Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 telah berjalan dengan jayanya pada 14 Julai baru-baru ini. Pada pendapat Sha event ini sangat bagus dan memberi impak yg sangat positif kepada para blogger terutamanya diri Sha sendiri. Kadang-kadang sesuatu perkara tu perlu dipandang secara lebih serius yakni dibuat sebaik mungkin. Banyak tips berguna dan tips yg praktikal yg sangat Sha perlukan di dalam dunia blogging. So, its time for action.....tibalah masa untuk Sha bertindak. Walau bagaimanapun, of course jika lebih cepat sesuatu tindakan itu dilakukan, maka ia adalah lebih afdal. InsyaAllah.

Selain dari itu dapat juga Sha bersua muka dengan blogger-blogger otai di dalam blogsphere dan berborak lebih panjang..Huhu...Tak disangka-sangka blogger yg sangat terkenal dengan Vlognya, yakni Maria Elena, salah seorang speaker Blogopolis telah menghadiahkan MPH iBook HD yg beliau terima kepada Sha. Alhamdulillah...Thanks again Maria !! :)

Sebenarnya semua speaker yg hadir pada hari tersebut telah dihadiahkan IREADER tersebut sebagai penghargaan dari pihak Nuffnang. Blogger yg bertuah yg berjaya mencipta tweet yg best ketika conference itu berlangsung turut dihadiahkan IREADER oleh Nuffnang. Canggih, kan??


Maria siap kasi autograph beliau di IREADER itu :)


okay Sha nak usha usha e book ni.......


Stay tuned...

Sha akan kongsikan tips di entry yg akan datang :)




  

Monday, July 16, 2012

Samsung Galaxy S lll dan gambar

Assalamualaikum? Salam sejahtera! Ewah dah macam cikgu-cikgu pulak. Hehe..

Boleh dikatakan hampir semua orang sedang bercakap tentang telefon pintar Samsung Galaxy S lll. Tidak kurang juga ada yg membandingkan Samsung Galaxy S lll dengan iPhone 4S. Masing-masing menlontarkan pendapat sendiri dengan alasan yg tersendiri tentang kedua-dua telefon pintar ini.

Okay Sha belum mahu review tentang Samsung Galaxy S lll di dalam blog cuma nak tahu tak apa agaknya gambar-gambar terawal yg Sha snap dengan Samsung Galaxy S lll? 


So Magee Kari Berapi tu nampak lebih marvelous dengan 8.0 Super Amoled HD Samsung Galaxy S lll ? Setuju ?

 

Friday, July 13, 2012

First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012

Assalamualaikum ?? Salam sejahtera !!



Inilah hari yg ditunggu-tunggu. Sha harap First Giveaway ini akan menggembirakan anda semua. Anggaplah ia sebagai satu penghargaan buat anda. Semua peserta berpeluang dan berpotensi untuk menang sebab Sha akan gunakan khidmat True Random Number Generator. Sha akan senaraikan kesemua peserta di dalam satu entry dan Sha akan berikan satu nombor bagi setiap entry bergilir-gilir. Siapa cepat akan dapat nombor 1 dan peserta berikutnya akan diberikan nombor 2 dan begitulah seterusnya. Maknanya semua peserta First Giveaway ini mempunyai kebarangkalian untuk menang :))

Oleh itu apa yg perlu anda lakukan untuk menyertai First Giveaway ini ialah ikuti langkah-langkah di bawah:-


1. Follow Blog Sha dengan tekan butang 'Join this site'

2. Like Facebook Fanpage Sha DI PAUTAN INI.

3. Follow Twitter Sha DI PAUTAN INI.

4. Tweet entry ini. Anda boleh lihat Butang Tweet di penghujung entry ini.

5. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk 'First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012'

6. Letakkan gambar ini di dalam entry anda:-


iklan




7. Letakkan ayat ini ke dalam entry anda 'Saya mahu menyertai First Giveaway yg dianjurkan oleh seorang Mommy Blogger di Malaysia iaitu sharidawati.blogspot.com'.

8. Nyatakan satu entry dari blog Sha yg paling anda gemari dan letakkan permalink entry itu ke dalam entry anda.

9. Setelah entry anda siap, letakkan permalink entry blog anda di ruang komen di bawah.

Syarat-syarat penyertaan:-


a) First Giveaway bermula sekarang dan akan berakhir pada 1 Ogos 2012.

b) Sha tak akan terima penyertaan dari blog yg direka khas untuk menyertai contest atau giveaway semata-mata. Sha hanya terima penyertaan dari blog personal sahaja. Harap maklum ye.

c) Setiap blog hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

d) Hadiah hanya akan dipos ke alamat Malaysia sahaja. Jika pemenang berasal dari luar negara, beliau perlu nyatakan alamat di dalam Malaysia untuk 'on behalf collection'

Hadiah-hadiah First Giveaway:-


Hadiah Pertama : 1 unit Handbag dengan warna pilihan anda sendiri & 1 unit Beg Serbaguna IKEA




Hadiah Kedua : 1 unit Gelang Tangan & 1 Beg Serbaguna IKEA




Hadiah Ketiga : 1 unit Keychain & 1 Beg Serbaguna IKEA





Hadiah Keempat : 1 unit Keychain & 1 Beg Serbaguna IKEA




Hadiah Kelima : 1 unit Keychain & 1 Beg Serbaguna IKEA



Thanks for reading :)

Selamat mencuba !!!



Thursday, July 12, 2012

Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKL

Assalamualaikum?? Salam Sejahtera !!


Memang betul perumpamaan orang dulu-dulu yg berbunyi 'Kadang-kala kita berada di atas dan kadang-kala kita berada di bawah'. Walaupun hanya sedikit kealpaan yg berlaku, namun hukuman yg besar sedia menunggu sesiapa jua. Tettttt!

Hmmmm.....Ujian Allah tu datang dalam macam-macam bentuk. Oleh kerana sedikit kecuaian dengan meletak kereta di garisan kuning, kereta Sha telah ditarik dan ditunda oleh pihak DBKL. Fuhhhhhh.....memang terbaik! Adoyaiiii.

Yup, petang semalam kereta yg hanya diletak kurang dari 10 minit telah ditarik dan ditunda ke Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKL yg terletak di Jalan Jinjang. In case anda tak familiar dengan kawasan KL, Jinjang terletak berhampiran dengan Jalan Kepong.

Padan Muka Aku !!! Hahaha... mulalah cari salah orang itu dan salah orang ini, pada hal diri sendiri yg silap. Kui Kui Kui...... Ternyata kealpaan diri sendiri telah mengakibatkan kerugian hampir RM 200 akibat saman yg perlu dilunaskan serta merta kepada DBKL termasuk kos upah tunda. "Hey Hey aku tak suruh pun kau tunda kereta tu apa kes pulak aku yg kena bayar upah kau tunda??" bentak hati kecilku. Berfikir seketika. Dek kerana mengenangkan sayang punya pasal kat kereta dan nak keluarkan kereta itu dari depoh secepat yg mungkin maka ku turutkan saja kos hangus tersebut. Huhuhuhu.

     

Apa yg perlu dilakukan jika kenderaan anda berkemungkinan besar ditunda oleh pihak DBKL ???


1. Hubungi nombor Unit Tunda Kenderaan DBKL di talian 03-62573671 untuk anda pastikan bahawa kereta anda benar-benar ditunda oleh pihak DBKL dan bukannya dicuri oleh penjenayah.

2. Bawa bersama geran kereta anda (salinan asal) dan wang tunai berjumlah RM 200 - RM 300 untuk membayar saman ataupun notis kompaun, upah tunda dan upah simpan. Upah simpan ialah RM 5 untuk 1 hari kereta anda disimpan di Depoh. Upah tunda ialah RM 50 dan notis kompaun bergantung pada kesalahan trafik yg telah anda lakukan.

3. Jika anda tidak dapat membawa geran ketika itu maka anda perlu membuat laporan di Balai Polis Jinjang yg berhampiran dengan Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKL. Kedua-dua bangunan ini hanya berjarak lebih kurang 200 meter sahaja.

4. Datang dan bawa dokumen yg dikehendaki ke Depoh di Jalan Jinjang off Jalan Kepong, KL sebelum jam 10 malam pada hari yg sama.

(maklumat mungkin berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada pihak DBKL) 

Sesungguhnya setiap satu yg kita pelajari di dalam kehidupan adalah satu pengajaran yg sangat bermakna. Yes of course Sha serik dengan kejadian ini dan akan lebih berhati-hati selepas ini.  

"Nandos Malaysia" & "Bro Framestone"

Assalamualaikum ?? Salam Sejahtera !!



Nandos Malaysia dan Bro Framestone ialah dua jenama yg sangat dermawan di Malaysia. Nak tahu kenapa? Hmmmm kedua-dua ikon popular ni tak henti-henti menganjurkan Contest untuk peminat masing-masing. Almaklumlah rezeki tu elok lagi jika ia dapat dikongsi bersama, betul kan? 

Tengok gambar-gambar kat bawah ni anda dah tahu Sha sokong siapa kan? Ngeh Ngeh Ngeh. Go Harry!! Go Harry!!


Ingat lagi tak entry AWEKS THE HULK ni? Kesinambungan entry tersebut ialah entry pada hari ini di mana Sha perlu yakinkan kat semua orang bahawa si Harry Kok tu memang superb!! 

Kenapa Harry Kok SUPERB ?? Sudah tentu kerana Harry Kok mewakili warna hijau dan hijau itu mewakili alam semulajadi yakni gunung-ganang, bukit-bukau, air sungai dan laut serta udara. Sebagai manusia yg cintakan alam sekitar maka kita perlu menjaga amanat ini demi untuk generasi akan datang. So marilah kita bersatu-padu untuk menyokong Harry Kok !!!!! :)


Wednesday, July 11, 2012

MasterChef Celebrity Malaysia 2012 IPad dan Speaker

Assalamualaikum ?? Salam Sejahtera !!


Episod kali ini menyaksikan kelima-lima celebrity dikehendaki untuk menghasilkan menu masakan berdasarkan 5 buah lagu yg telah dipilih oleh Juri MasterChef Celebrity Malaysia. Setiap celebrity akan mendapat sebuah lagu. Juliza Adlizan ialah celebrity yg dipertanggungjawabkan untuk memilih lagu untuk dirinya sendiri, Soo Wincci, Dato Fazley, Farouk Husin dan Angah Raja Lawak. Fuhhhhhh bisa bonar ini tugasan, bukan?! Hahaha.

Kenapa Juliza Adlizan yg kena pilih lagu untuk keempat-empat celebrity yg lain? Hmmmmm ini adalah kerana beliau telah berjaya memenangi Ujian Peti Saji Misteri pada hari sebelumnya. So sudah terjawablah soalan kenapa diletakkan IPad dan Speaker di hadapan Juri Masterchef Celebrity Malaysia untuk Ujian Cipta Rasa kali ini, kan??? Pasang lagu di IPad, dengar di speaker dan masak!! Gitu :)



Juliza Azlizan telah memilih lagu Manis nyanyian Zainal Abidin. Sha berpendapat walaupun lagu yg beliau pilih itu agak cool dan rileks tetapi agak sukar untuk diterjemahkan kepada menu MasterChef Celebrity Malaysia. Bagi Sha jikalau seseorang itu agak complacent, yakni satu keadaan yg selesa maka tiada tekanan untuk beliau berusaha bersungguh-sungguh demi sesuatu kejayaan. Ternyata menu yg telah dihidangkan oleh Juliza iaitu Tropika Mania tidak begitu digemari oleh para Juri. 



Juliza Adlizan telah memilih Soo Wincci untuk lagu Dari Sinar Mata nyanyian Bumiputra Rockers. Pada pendapat Sha Juliza ingin mencabar kredibiliti Soo Wincci apabila memilih sebuah lagu Rock Kapak untuk Soo Wincci !! Amoi tu sudah tentu tak pernah dengar lagu rock tersebut, bukan? Huhu.. Tetapi Soo Wincci telah berjaya membuktikan kepada semua bahawa beliau seorang celebrity yg profesional dan sanggup menerima apa jua cabaran. Kreativiti beliau terserlah apabila menu masakan beliau mendapat pujian dan seterusnya melayakkan beliau menjadi celebrity pertama yg layak ke FINALIS MasterChef Celebrity Malaysia. Beliau menamakan menu masakannya Dari Sinar Mata. Tahniah Soo Wincci !!!! *WinkWink*







Juliza Adlizan telah memilih lagu Tamil untuk tugasan Dato Fazley. Kesiannya........ Dalam hati Dato Fazley mintak sangat supaya Juliza tidak memilih beliau untuk lagu Tamil tersebut. Nasib badan...... Walau bagaimanapun Dato Fazley berjaya menyiapkan menu masakan yg beliau namakan Chicken Wellington Come To India. Wah wah wah.. ayam dari New Zealand terus ke negara India ye?? Hahaha.... Tapi kira okay sebab lagu Tamil tersebut mempunyai rentak yg rancak. Farouk Hussain siap joget-joget lagi bila dengar lagu tersebut. Hahaha......






Juliza Adlizan telah memilih lagu Apa Dah Jadi nyanyian Dato SM Salim untuk Farouk Hussain. Lagu tu is a bit catchy dan pasti akan menjadi siulan bagi sesiapa yg mendengarnya, kan?? Farouk telah menyediakan hidangan Popiah dan menamakan menu masakan itu 'Apa Dah Jadi'. Kreatif sungguh Farouk ni. Pada pendapat Sha Farouk seorang celebrity yg versatile dan tagline yg amat sinonim dengan peribadi beliau ialah "Think Out Of The Box". Huhuhu....






Angah Raja Lawak sangat gembira tatkala mendengar lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna itu dimainkan. Angah bertambah-tambah gembira apabila nama beliau telah disebut oleh Juliza Adlizan untuk lagu tersebut. Hahahaha. Angah lantas terfikir akan jiwa remaja yg suka makan steak dan kaitkan dengan lagu cinta itu. Huhuhu... Not Bad lahhhhh Angah ni. Beliau menamakan menu masakannya Dan Sebenarnya. :)




Penghujung episod ini menyaksikan Soo Wincci adalah celebrity pertama yg berjaya melayakkan diri ke FINAL MasterChef Celebrity Malaysia 2012. Maka dengan itu keempat-empat celebrity yg lain akan berada di pentas untuk Ujian Penyingkiran untuk episod seterusnya. Stay tuned !!!!