Tuesday, May 22, 2012

Holiday to Mystical Tibet, anyone ???

Assalamualaikum???



Hai lovely ??? Pernah tak dengar tentang Tibet? Tibet ataupun 'the roof of the world' terletak di negara China yakni di bahagian selatan dan di sebelah barat China. Tibet ialah satu kawasan pedalaman dan merupakan kawasan yang mempunyai altitud yg paling tinggi. 

Kesakitan yg berkaitan dengan altitud mudah berlaku kepada pelancong yg melawat Tibet. Antaranya ialah Acute Mountain Sickness (AMS). So sebelum pelancong berkunjung ke Tibet, harus pergi buat pemeriksaan secara fizikal sepenuhnya. Lepas tu pulak jikalau anda penghidap sakit jantung, memang tak digalakkan pergi melancong ke Tibet. Bukan tu je jika anda mempunyai tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi, eloklah pergi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. :)) 


Potala Palace

Kiranya seseorang pelancong tu kena sihat sebelum pergi ke Tibet dan kalau boleh janganlah beliau batuk ataupun selesema sebelum beliau melancong ke Tibet sebab ia boleh mendatangkan mudarat kepada badannya sendiri !! Sampai je Tibet, pelancong tu digalakkan untuk tidak mandi dan tidak merokok dan tidak minum minuman yg mengandungi alkohol.


People from Tibet..... 


Risiko paling besar kepada pelancong yg melawat Tibet ialah risiko altitud yg tinggi sekitar 3000 meter ataupun kira-kira 9843 kaki tinggi dari aras laut. Kalau nak tahu di Tibet ni majoritynya ialah tanah tinggi. Acute Mountain Sickness ni terjadi sebab berlakunya kekurangan oksigen di udara. Sebenarnya kesan apabila berada di altitud yg tinggi ni berbeza-beza bagi setiap pelancong. Contohnya seperti pening kepala, muntah-muntah, keletihan, sukar untuk bernafas, sukar untuk tidur dan kurang selera makan.


Architecture yg tiada di Kuala Lumpur. So unique !!!


Ia kerana pelancong akan melalui kawasan tanah tinggi di sepanjang perjalanan melalui keretapi dari Xinghai ke Tibet. Keretapi tersebut bergerak dari Beijing, Shanghai, Chengdu, Guangzhou, Xi'ning dan Xi'an. Laluan keretapi yg sejauh 1972 kilometer ini tentunya menjanjikan pengalaman yg berharga apabila menaiki keretapi dengan altitud sehingga 4000 meter tinggi !!! Ramai pelancong yg pulang dengan memori terindah bersama mereka.

Speechless dengan pemandangan begini.... :)



Xinghai -Tibet Railway sejauh 1972 kilometer ... :)


Hard-berth Sleeper yg dapat memuatkan 6 orang pelancong di dalam sesebuah compartment dan di dalamnya ada 2 buah katil 3 tingkat. Ia juga dikenali dengan Second Class Sleeper. First Class Sleeper ataupun Soft-berth Sleeper pula dapat memuatkan 4 orang pelancong di dalam sesebuah compartment yg mengandungi 2 buah katil 2 tingkat. Kosnya lebih mahal berbanding Hard-berth Sleeper. :)


Untuk anda semua, Reliance Travel ada menawarkan guided travel package ke Tibet selama 8 hari dan bagi tarikh penerbangan untuk bulan September 2012, kadar bayaran bagi seorang pelancong ialah kira-kira RM 6854 untuk twin sharing basis. Ada yg berminat ??? :)




sumber gambar : TibetTravel.org 




9 comments:

Don said...

perghh.. mahal betul sis, x mampu buat masa ni..apapun terima kasih kerana berkongsi maklumat

beckhrooy said...

kalau ada peluang nak juga pergi tibet tu :)

Riena Haiqal said...

mahalnyaaaaaaaa.. tak merasala nak g sana kalau semahal itu... sobssss

madammondoq said...

wah.. menariknya sha!! teringin nak pergi..

Sharidawati Shahrudin said...

Don...

no worries....

pergi melancong ke destinasi yg u mampu dulu.....welcome

Sharidawati Shahrudin said...

Bechrooy....

mana tahu lepas lepas ni you berkemampuan haaaa dah boleh pergi melancong ke Tibet !

Sharidawati Shahrudin said...

Riena Haiqal....

insyaAllah mudah mudahan rezeki you utk ke Tibet akan tiba juga nanti :)

Sharidawati Shahrudin said...

Madammondoq....

yeap... is an exotic place tu madam....

one of its kind...

Anonymous said...

Salam..
Saya memang teringin nak ke Tibet..tapi xda rakan2 yang nak join

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!