Friday, November 23, 2012

Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com

Assalamualaikum?

Jom lah rakan-rakan Blogger marilah kita join peraduan yg dianjurkan oleh mummy blogger SumiJelly.com yg diberi nama Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com. Wah sedap sungguh nama peraduan ni..hikhik... Nama dah sedap tentulah hadiah-hadiah yg ditawarkan tu sedap belaka. Ehh kejab tapi lebih murni usaha kita jika kita join contest ni sebabnya setiap penyertaan yg dihantar, secara automatik RM10 akan disumbangkan untuk bantuan amal Make A Wish Malaysia  untuk merealisasikan setiap impian mereka yang dimana antara mereka mempunyai penyakit yang merbahaya. 

Untuk contest ni Sha tempek gambar di bawah dan Sha rasakan ia paling comel dan best sebab kebanyakan kanak-kanak sukakan peluang tatkala memegang pensel atau pen dan kertas.  Seorang kanak-kanak biasanya akan menconteng kertas tersebut sesuka hati, ibarat menyampaikan mesej tertentu melalui kertas tersebut.


Monday, November 12, 2012

bla..bla..bla..bla....

Assalamualaikum??


Hari ni tiba-tiba monday blues melanda diriku ini walhal esok pun saya bekerja bukan cuti macam korang pun! Muahaha..Kalau korang yg monday blues tu, i pahamlahkan. I yg akan kerja esok pun monday blues??? Bluwek!

So ramai betul rakan-rakan di twitter yg condemn Anugerah Skrin 2012 yg berlangsung pada hari Jumaat lepas eh. Suka hati koranglahkan. Tapi pada pendapat Sha, is such a good effort. Sebabnya mereka yakni pihak produksi yg bekerja untuk Anugerah Skrin sudah 'think out of the box'. Kita sebagai penonton kena lah terima dengan hati yg terbuka dengan apa yg ingin dipersembahkan. Tak kisahlah jika setiap scene ambil masa yg lama ke, bosan ke atau konsep teater yg entah-apa-apa ke. Why not kita try to be creative sikit. Hargailah usaha pihak produksi yg sudah fikir, atur dan lakukan demi Anugerah Skrin. Kenapa nak bandingkan Anugerah Skrin dengan Oscar awards??? Biarlah Oscar dengan kredibiliti mereka tapi setidak-tidaknya Anugerah Skrin kali ni punyai cara tersendiri untuk dipersembahkan kepada penonton. Tentang isu tiada masa untuk para pemenang berucap, bagi Sha itu isu lapuk kerana dunia sekarang masing-masing punyai medium untuk bersosial. Artis pun ada blog sendiri, ada blog hiburan yg tersohor dan punyai unique view beratus-ratus ribu sehari seperti Beautifulnara dan sebagainya, so sudah tentu ucapan terima kasih itu boleh jek disampaikan melalui medium blog tersebut. Rancangan hiburan macam Melodi pun ada. Kebanyakan artis pun ada social medium seperti facebook, twitter dan instagram. Tak salah kan kalau setakat nak ucapkan "terima kasih kepada semua yg menyokong drama saya..bla..bla..bla..." melalui medium sebegitu ??! Demn panjangnya saya membebel. HAHAHA.