Monday, January 9, 2012

8 Tips membantu anak anda yg berusia 1 tahun untuk makan


Assalamualaikum ???

Uiksss sekejab ajek dah masuk week kedua di tahun baru 2012 hek? Rasa cam baru ajek layan bunga api, hari tu ..which is pada tanggal 1st January 2012 ~ jam 12.00 am ~ kui kui kui…. :p



OK entry kali ni I nak share something fasal parenting tips, yelah.... I nie kan seorang mommy blogger.....tak gitu ke?? Ihiks.....

Weeeeeeeee….! Ok memandangkan Damia pun dah berumur 1 tahun 5 bulan, maka Damia kini sudah berada di dalam fasa cubaan makanan yakni satu fasa di mana seorang kanak-kanak itu belum benar-benar memilih makanan yg digemarinya. Senang lagi nak faham, pada waktu ni, sepatutnya apa ajek makanan yg diberi kepada kanak-kanak tersebut, dia mesti akan makan !!!




Maksudnya pada fasa sekarang, Damia sepatutnya dilatih untuk makan semua makanan yg sesuai untuknya terutamanya sayur-sayuran. Ini adalah kerana jika di fasa sekarang Damia tak dilatih untuk makan sayur-sayuran maka ada kemungkinan Damia tidak akan menggemari sayur-sayuran apabila dia masuk ke fasa berikutnya. Walhal sayur-sayuran adalah ruji yg berkhasiat dan sangat seimbang untuk tubuh badan manusia. Sayur-sayuran juga merupakan makanan pelengkap untuk tubuh badan manusia. Th3b0r3dsha pun ada rakan-rakan yg sampai sekarang tak suka dan tak sentuh langsung sayur !



Alhamdulillah sejak Damia diberi makan bubur iaitu pada usia 6 bulan, th3b0r3dsha akan pastikan rencah yg di masukkan ke dalam bubur itu adalah merupakan sayur-sayuran, jika tidak diberikan setiap hari, sayur-sayuran itu akan dijadikan rencah bubur setiap 2 hari sekali.

Contohnya

Isnin : Bubur dengan gorengan ikan bilis yg dikisar halus.

Selasa : Bubur dengan isi ayam dan hirisan carrot

Rabu : Bubur dengan hirisan kentang

Khamis : Bubur dengan hirisan brocolli dan isi daging lembu

Jumaat : Bubur dengan hirisan kentang dan isi ayam

Sabtu : Bubur dengan isi udang dan hirisan carrot

Ahad : Bubur dengan gorengan ikan bilis yg dikisar halus serta hirisan daun sup dan sawi.

Biasanya th3b0r3dsha dan enchek hubby akan bubuh lobak merah, sawi, broccoli, daun sup ataupun kentang ke dalam bubur Damia. Pastinya rencah tadi akan dihiris halus. Untuk mengelakkan kebosanan, kami selang-seli dengan hirisan daging lembu, ayam, isi udang atau ketam dan gorengan ikan bilis yg telah dikisar.



Oh ye pada usia 6 bulan tu Damia masih lagi makan bijirin Nestum, tau. Damia suke sangat perasa ayam dan madu. Cuma bila dah besar sikit, tak silap pada usia setahun Damia dah tak suke Nestum. Hu Hu Hu… So, since Damia umur setahun, dia hanya makan bubur di waktu siang dan makan nasi pada waktu malam.

So bila Damia makan nasi di waktu malam, th3b0r3dsha akan make sure ada kuah sup, macam sup sayur yg simple so that Damia mudah nak hadam nasi. Lauk-pauk lain yg kita orang kasik is ikan, ayam atau telur goreng. Basically lauk yg th3b0r3dsha masak untuk makan malam is something yg sesuai untuk Damia makan. In case th3b0r3dsha yg hantu pedas ni nak makan pedas-pedas, ada lah lauk lain yg pedas, kan? Ha..Ha..Ha..Kira masak asing-asing lah. Beres !!!! He..he..

Tapi lately bila Damia masuk umur 1 tahun 5 bulan, which is pada tahun baru, 1 Januari 2012 (Al-Maklumlah every 1st day of every month, umur Damia akan bertambah sebulan !! ) dia dah tak bape berkenan dengan bubur. Pengasuh Damia pun ada kasik feedback yg sama. So apelagi? Kenalah stop bubur dan bagi full solid foods !!! Hu..Hu..Hu.. Which means pada awal pagi th3b0r3dsha kena lah masak makanan Damia untuk di bawa ke rumah pengasuh. 

OK back to topic ::::  Berikut adalah 8 tips untuk membantu anak anda yg berusia 1 tahun untuk makan :-

1. Kanak-kanak kan suka sesuatu yg baru? Mungkin jika makanan yg anda berikan kepada anak anda adalah makanan yg sama dengan makanan anda, si kecil tidak akan bosan dengan makanan yg sama setiap hari. Opss pastikan makanan tersebut tidak pedas !!!

2. Galakkan anak anda untuk memegang cawan atau sudu beliau sendiri ketika makan dan minum.

3. Jangan beri anak anda makan makanan yg manis ketika lewat petang dan pada waktu malam. Ini kerana anak anda mungkin akan terjaga di tengah malam. Jika beliau terjaga di tengah malam, berikan sedikit jus limau. Ia akan memudahkan si kecil untuk tidur kembali.

4. Hadkan makanan bergoreng dan makanan berempah buat si kecil anda. Ia mengandungi gas yg tidak diperlukan oleh tubuh badan si kecil !

5. Jangan sesekali campurkan makanan yg anak anda gemari dengan makanan yg tidak digemarinya. Jika tidak mungkin si kecil akan membenci kedua-dua makanan tadi. Oleh itu jika anak anda gemar sesuatu makanan, cuba pelbagaikan resipi atau kaedah memasak makanan tersebut.

6. Pada peringkat permulaan, jangan cuba untuk memberi terlampau banyak makanan kepada anak anda. Fokus kepada satu-satu makanan pada satu-satu masa.

7. Gunakan cawan yg kecil untuk menggalakkan anak anda berhenti minum susu dari botol dan bertukar kepada minum susu dari cawan.

8. Ingat tau, si kecil suka melakukan sesuatu secara bersendirian. Jadi jika si kecil anda tidak gemar untuk makan sesuatu makanan, apa kata anda beri anak anda peluang untuk menyuap sendiri makanan tersebut !!

Harap tips di atas akan dapat membantu readers blog th3b0r3dsha !!



Thank You !!

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

14 comments:

Geng Borak said...

nice sharing tips..
my ilham tak makan bubur2 nestum dah. dia makan nasik ayam, spaghetti, bihun, capati, roti dan lain2.. baru setahun dua bulan.. =)

Unknown said...

Alhamdulillah thanks kid.

in case ada tips, kid share lah juga yeh..huhu

Obat Penyubur said...

Postingan tentang8 Tips membantu anak anda yg berusia 1 tahun untuk makan, sangat bagus dan menarik untuk dibaca. Saya suka mengunjungi blog ini.

Anonymous said...

No wonder my Aiden tak selera nampak bubur lenyek dah... menu yang sama hari-hari.. bila kami sekeluarga makan, dia pun mau join makan apa yg kami makan... sekarang Aiden 13 bulan..

momot paed said...

Thanks Sha. Tips yg berguna. Tp yg plg menarik, sy dpt jmpa semula kwn lm sy tnpa disangka-sangka.

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Terima kasih di atas perkongsian yang menarik ini. Jemput lawat blog saya http://emyhealthandbeautyshop.blogspot.com

fatimah said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips tambah selera anak

Fisya said...

nice sharing tips..

TimeSeeker007 said...

adıyaman
sakarya
yalova
tekirdağ
amasya
ATSHS

Gülriz said...

elazığ
erzincan
bayburt
tunceli
sakarya
FM7F8N

EC8D0Susan4B118 said...

0425D
Iğdır Şehirler Arası Nakliyat
Yobit Güvenilir mi
Kilis Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Ekspertiz
Manisa Lojistik
Yozgat Lojistik
Van Lojistik
Ankara Şehir İçi Nakliyat
İzmir Evden Eve Nakliyat

9873ASelena04F5C said...

2045E
Coinex Güvenilir mi
Çerkezköy Sineklik
Eryaman Boya Ustası
Denizli Şehir İçi Nakliyat
Aydın Şehir İçi Nakliyat
Sinop Şehirler Arası Nakliyat
Eskişehir Evden Eve Nakliyat
Ünye Parke Ustası
Çankaya Fayans Ustası

79EF3Eddie203C5 said...

CAFBD
Kilis Şehir İçi Nakliyat
Kripto Para Nedir
Karabük Lojistik
Bingöl Şehir İçi Nakliyat
Giresun Lojistik
Balıkesir Parça Eşya Taşıma
Amasya Şehirler Arası Nakliyat
Mardin Parça Eşya Taşıma
Erzurum Evden Eve Nakliyat

84198Traci67EEF said...

16A80
Trabzon Şehirler Arası Nakliyat
Eryaman Fayans Ustası
Hakkari Şehirler Arası Nakliyat
Adana Lojistik
Sincan Parke Ustası
Karabük Şehirler Arası Nakliyat
Sinop Şehir İçi Nakliyat
Kilis Evden Eve Nakliyat
Eryaman Alkollü Mekanlar

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!