Monday, July 30, 2012

Salesman produk kosmetik di Giant Tanjung Agas, Muar




Petang semalam Sha, enchek hubby dan Damia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke Muar, Johor. Perjalanan dari Telok Mas, Melaka ke Muar hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dengan kereta. Lagipun ketika itu baru pukul 3 petang dan jalan ke arah Muar tidak sesibuk jalan ke arah bandar Melaka. Ohh ya pada entry sebelum ni Sha ada kongsikan sedikit coretan tentang rancangan Sha, enchek hubby dan Damia yg akan pulang berpuasa di rumah ibubapa Sha di Melaka pada hari Sabtu baru-baru ini kan? Kebetulan adik-beradik Sha dari Terengganu, Johor Bharu, Perak, Bangi, Subang Jaya dan Puchong turut  pulang maka dapatlah kami berkumpul seketika untuk berpuasa dan bersahur bersama-sama. Alhamdulillah syukur atas nikmat yg Allah berikan :)     

So back to topic. Sha, enchek hubby dan Damia telah singgah ke Giant cawangan Tanjung Agas, Muar dan kelihatan ruang meletak kereta di dalam bangunan hampir penuh dengan kereta yg rata-ratanya mempunyai plet negeri Johor. Hanya kelihatan beberapa kereta sahaja yg mempunyai plet dari negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan seperti kereta Sha. Ihiks. Standard lah kan dah namapun negeri Johor sah-sah lah banyak kereta berplet Johor. Hihi.

Apabila masuk selangkah sahaja ke pintu Giant, Sha dapati ada kaunter yg menjual produk-produk kecantikan gitu. Ada sorang Salesman tu pass sekeping kertas, of course lah leaflet produk yg dia jual kan. Sha ambil leaflet tersebut dan dengan tidak semena-mena Salesman tu terus tarik troli kami ke arah kaunter.

Salesman : Produk ni bagus.... untuk kulit..... Bla-bla-bla (sambil sapu cream ke tangan enchek hubby)

Sha : OIC ok 

Salesman : Cream ni boleh buat mask untuk muka... Bla-bla-bla 

Sha : Oyeke..

Salesman : Harga cream ni RM20 satu botol tapi kalau beli satu kotak...ada harga peomosi... Bla-bla-bla

Enchek hubby : Takpelah, terima kasih (sambil nak tarik troli keluar dari ruang kaunter tersebut) 
           
Salesman : Abang ambillah saya bagi RM15 je (dah siap nak masukkan satu botol ke dalam beg plastik)

Sha : Eh tak pe tak pe ! Time kasih ek ..Tak nak Tak nak (Sha dan enchek hubby memang dah gerakkan troli waktu tu) 

Akhirnya kami berlalu pergi dan tak toleh belakang lagi.

Enchek hubby : Kenapa Sha ambik leaflet tu?

Sha : Ermm,  kat KL selalu je Sha ambik bila Salesman pass leaflet tapi tak pernah pun Salesman tarik-tarik troli ni. Hahaha...

Gambar sekadar hiasan


Mungkin pendekatan yg digunapakai oleh Salesman produk kecantikan tersebut agak drastik dan agresif. Moral yg Sha belajar : Jangan ambil sebarang leaflet dari mana-mana Salesman selepas ini :))


11 comments:

AlyzaFisol said...

ye btoi...jgn amik leaflet lepas ni yee...sye pn tak suka kena tarik2 ni..

pinky said...

sll jgk dpt benda mcm2 ni...yg edar2 pamplet ler...amik jer lps tu buang...hehehhee...

suri said...

klo tka ambil depa yg hulur camner tu?

izla said...

samalah, dulu selalu ambik and buat donno je.
tapi sekarang dah tak ambik kecuali betol2 berminat.

Hafizul said...

Haha..ada jugak slesman mcm tu..emm tu buat kan org tak nk beli tu..hehe

Kakzakie said...

Itulah ragam org buat sales Sya. Mana tahu mengena dapat juga sales dia kan. Kalau tunggu lama sikit sah-sah boleh jadi RM5/- sebotol agaknya hihi..

Eliss Mie said...

eliss terus ckp no no ajer kalau orang nak bagi flyer sebab selalu terkena. hehehee

CikLily Putih said...

bahaya diorg ni tauu, paksa2 plak suruh beli kan

Nadot said...

waahh.. hovverr sgt salesman tu...desperate tu takde buyer lg hari tu kot..huhuhu

akubiomed said...

Lain macam cara pemasaran jurujual tersebut. :-)

chii said...

hehe..slalunya chii akan menjauhkan diri dari melalui org2 yg menjual brg2 kosmetik ni..:p

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!