Assalamualaikum????
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Rasulullah bersabda : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" (HR. Muttafaqun alaihi.)
Dari : Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Sumber dari : akaun Facebook Ahmad Raje
Janganlah kita mudah berprasangka buruk terhadap insan lain, walaupun insan tersebut adalah orang kafir dan sebagainya. |
12 comments:
Pergh! Terbaik laa..
Mmg kena bersangka baik..
Thanks for sharing..
terbaekkkkk!!!!
" Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. "
suka dgn ayat ni.. huhu
bersangka baiklah sesama kita.. :)
terima kasih atas perkongsian ini. :)
good info
wah sha gi pp..insyallah kalau tak ada hal bulan dis nak ke sana bersama family
jelez dpt ambik gak dgn dorang..akak sampai lambat..
amboi sanggupnya hb kamu beratur 2 jam lebih nak beli burger bakar kaw kaw tu
Berprasangka baik & +ve thinking tu penting..
Fazrol...
mudah mudahan
Boni JLL3...
time kasih :)
MyMy...
time kasih :)
mudah mudahan kita sama2 dpt ambil iktibar
Riena Haiqal..
time kasih :)
mudah mudahan kita sama2 dpt ambil iktibar
Mrs Ledibet..
:)
mudah mudahan
Kak Ina KL..
time kasih :) mudah mudahan kita sama2 dpt ambil iktibar
hubby sanggup kak demi burger bakar kaw kaw..huhuhu
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!