Tuesday, September 11, 2012

Manusia, kucing dan kesan sampingan

Assalamualaikum?



Hai lovelies. Betul ke ada kesan sampingan terhadap manusia apabila mereka berada dekat dengan kucing? Kalau diikutkan semua budak-budak suka bermain dengan kucing, kan? Tak usah cakap budak kecik, golongan dewasa pun sukakan kucing dan sanggup membela kucing di rumah. Opps tapi sila abaikan Sha sebab Sha ni jenis manusia penakut kucing. Wakakaka. Oklah kat bawah ni ada sedikit info dari sebuah kajian yg telah dijalankan oleh University Of Minnesota, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun ia hanyalah dapatan ataupun hasil dari sebuah kajian. Oleh itu mungkin ada fakta yg benar dan mungkin juga ada fakta yg tidak benar sama sekali. Sama-sama kita fikirkan kembali. 
  

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung



Mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah.

2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)


Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh pemilik kucing tersebut.


3. Mencegah Alergi


Jika anda mempunyai bayi atau bakal mempunyai bayi mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Membela kucing dapat membantu untuk mencegah alergi pada anak anda. 


4. Membantu mencegah asma pada anak anda


5. Mengurangkan tekanan darah dalam badan


6. Menurunkan kadar kolestrol



Kelihatan tangan Damia seakan-akan mahu menarik kucing yg menyorok di bawah almari tu. Huhuhu....

Damia sukakan kucing


Apa lah yg nak dicakapkan kucing tu pada Damia yek?  :) eh eh kucing boleh bercakap ke dengan manusia? hmmmmm.. 




(kredit info dari website facebookaans.blogspot.com)

6 comments:

dropby said...

sALAM dEAR??
Thanks upload gambo nih abah suke nengok Mia melayan anak kucing nih..nmpak comel sgt..huhuu

Tqvm for the infomation pasal manusia dan kesan sampingan jika bela kucin'.

Selamat berkongsi kawan²!!

Unknown said...

huhu.samam macam wan suka kucing. tak sangka plak kucing dapat bagi banyak kebaikan dekat kita ye

Riena Haiqal said...

dulu sebelum ada anak memang saya gemar bela kucing, tapi bila dah ada anak ni, memang takkana da kucing kat rumah.. takut dengan bulu kucing.. tapi sekarang ada pulak kucing kat rumah tu hasil husband saya kutip kat tempat keja dia..

donnyien said...

comel~

akubiomed said...

Bagi wanita yang mengandung berhati-hati dengan membela kucing kerana boleh menyebabkan keguguran boleh terkena jangkitan penyakit Toxoplasmosis yang dibawa oleh kucing. Ia adalah parasit yang memakan janin.

Anonymous said...

Suka Damia dgn kucing..
kalau adam dipukulnya kucing tue..

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!