Assalamualaikum?
Hi lovelies. Harap uols semua happy happy sokmo ye. Sedih betul dengan tajuk entry ni. Nak taip pun rasa cam tak de mood jek. Actually abah Sha start batuk sejak hari Ahad lepas. Teruk juga batuknya sampai nak hilang suaranya dan serak pulak tu. Ada juga abah demam dan hilang selera makan. So hari Selasa baru baru ni kakak Sha ambik cuti dan terus balik Melaka. Terus dibawanya ke KL bersama sama mak ngan abah. Hajat di hati beliau memang nak bawa jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan yg lebih lanjut sebab ubat klinik yg dimakan pun macam tak membantu jek.
So kisahnya semalam kakak Sha dah bawa mak dan abah ke SJMC (nama barunya Sime Darby Medical Centre..marah pulak Sime Darby jika Sha tak nyebut nama yg betul...Ihiks) untuk pemeriksaan dan doktor pakar nasihatkan agar abah ditahan di wad. Hmmm...Biasalah kan mana ada orang yg suka duduk dalam wad, Sha sendiri pun tak suka! Daripada tak ada sakit serius takut macam macam pulak sakit yg datang. Nauzubillah!
Tapi doktor bukan saja saja nak tahan abah kat dalam wad. Rupa rupanya bila dah buat pemeriksaan X Ray, doktor suspect ada virus dalam paru paru abah. Mungkin juga ia pneumonia. Tambahan pula blood pressure ataupun tekanan darah abah naik mendadak. So okay Sha redha dengan ujian ini. At least bila abah ditahan di wad ada pemantauan yg doktor pakar boleh berikan, betul tak? Semoga kesihatan abah bertambah baik selepas rawatan di hospital tersebut. Amin Ya Allah.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!