Wednesday, September 12, 2012

Money Dorp Musim Kedua terima sambutan luar biasa. Jom try jom??

Assalamualaikum?

Rancangan Money Drop Malaysia semakin diminati ramai apabila sesi uji bakat untuk musim kedua yang dijalankan oleh pihak Astro di negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Terengganu menampakkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk mencuba nasib.
Lebih membanggakan, jumlah penyertaan untuk sesi uji bakat meningkat naik dari tahun sebelumnya yang menyaksikan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat ke sesi uji bakat yang diadakan oleh pihak Astro.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, sambutan yang diterima kali ini sungguh memberangsangkan dan diluar jangkaan. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada pasangan keluarga dan rakan baik.
“Sambutan Money Drop Musim Kedua sangat memberangsangkan dengan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba nasib merebut wang bernilai RM1,000,000. Kebanyakan yang hadir untuk sesi uji bakat terdiri daripada golongan pendidik seperti guru, pensyarah, ustaz dan ustazah.
“Jika dibandingkan dengan tahun lalu, mereka yang hadir kali ini nampak lebih bersedia untuk menjalani uji bakat. Ini membuktikan Money Drop sudah mula mendapat perhatian orang ramai terutamanya mereka yang tidak pernah terlepas untuk menonton rancangan tersebut,” ujarnya kepada Astro Gempak.
Terdapat dua cabaran yang perlu dilalui mereka yang hadir mencuba nasib di Money Drop di mana mereka harus menjalani ujian bertulis tentang pengetahuan am  serta ujian keserasian dan personaliti. Kedua-dua ujian ini bakal menguji sejauh mana kemampuan mereka sebelum dipilih ke peringkat seterusnya.
“Ramai di antara mereka yang lepas ujian bertulis tetapi terkandas di ujian keserasian dan personaliti kerana sifat malu bila berhadapan dengan kamera. Jadi ini memang merugikan kerana kami sangat mengharapkan supaya mereka yang berjaya ke ujian keserasian dan personaliti dapat membuktikan kemampuan mereka untuk berhadapan dengan kamera.
“Jika anda malu dan tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik di hadapan kamera, peluang untuk terpilih ke Money Drop Malaysia musim kedua adalah sangat tipis. Pastikan anda mempunyai pengetahuan am yang luas selain boleh berkomunikasi dengan baik di hadapan kamera kerana kedua-dua pakej yang disebut tadi  Insya Allah dapat membantu nama anda ke peringkat seterusnya,” katanya lagi.
Secara ringkasan Money Drop merupakan permainan di mana satu pasangan peserta diberi RM1,000,000 dan perlu menjawab 8 pilihan soalan. Mereka diberi 60 saat untuk melaburkan wang yang dimiliki di petak jawapan yang fikirkan betul. Sekiranya mereka tidak yakin dengan jawapan yang diberikan, mereka boleh meletekkannya di beberapa petak yang lain. Jika jawapan yang diberikan adalah BETUL pelaburan mereka secara automatik akan selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi sebaliknya akan berlaku apabila jawapan yang diberikan adalah SALAH.
Lokasi terakhir uji bakat Money Drop Malaysia Musim Kedua bakal berlangsung di The Garden Hotel and Residence, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada 15 dan 16 September 2012. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib untuk menyertai sesi uji bakat dan rebut wang lumayan bernilai RM1,000,000!
InsyaAllah Sha dan enchek hubby nak try test uji (HEHEHE) dengan pergi menghadirkan diri ke ujibakat tersebut.  Jom kita google sejarah, geografi, hiburan segala bagai jooom supaya ada idea sikit nak jawab soalan ketika audition tu. Lepas tu jom kita praktis bercakap depan cermin konon-konon bercakap depan kamera lah tu supaya dapat meningkatkan sedikit tahap keyakinan. Ihiks. 

Moga-moga ada rezeki untuk Sha dan enchek hubby terpilih ke peringkat seterusnya dan membawa pulang seberapa banyak wang tunai !! Amin..    Ohh ye, Money Drop Musim Kedua ni masih mengekalkan Dato AC Mizal sebagai pengacara ke? Sama-sama kita nantikan. 

Good luck untuk my brother & friend serta my adik ipar dan enchek hubby's aunt yg akan turut serta dalam audition ni !!!!! Gambateh kudasai :)

(kredit gambar : www.zarulumbrella.com dan kredit info : http://www.astrogempak.com.my/ )

4 comments:

siti rokiah said...

good luck sis

Fazrol said...

Good luck kak...

Nurul Akmal said...

Good luck Kak Sha..

Myra Jay said...

Macam mana ari tu kak Sha, lepas tak ujian tu? Harap52 berjaya amsuk.

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!