Sunday, September 9, 2012

Pillow Pets for Damia

Assalamualaikum?


Hai lovelies kalau uols rasa sudah jemu pergi makan kat open house tu apa kata uols baca entry Sha ni kejab? Ekekeke. Cadangan yg tak relevan langsung, kan? Hahaha. Eh eh ehh masing-masing dah tempek gambar Raya 2012 kan? Ni dah nak penghujung Syawal 1433 Hijrah tapi Sha belum update pasal Raya 2012 kan? Motip? Hmmm .. sebab nak peram entry tu lama-lama kot-kot bertuah boleh jadik pekasam. Ngeh3x...    

Enchek hubby ada belikan Damia Pillow Pets tau. Beliau beli dari online so barang tu dah selamat sampai ke tangan kami pada hari Jumaat yg lalu. Pillow Pets ni melambak dijual kat shopping mall so uols boleh check it out sebab ada banyak jenis haiwan. Pillow Pets ni sebenarnya bantal yg sangat lembut dan sedap dipeluk-peluk dan ada pulak character kartun kat tepi bantal tu. Budak-budak memang suka dengan benda-benda gini apatah lagi mak dan abah budak. Hahaha.


Pillow Pets dengan character kartun Pingu


Best wor peluk bantal ni !! Rebut-rebut dengan Damia nak peluk. Muahaha.. 


Made in China. Biasalah kan? Its a fact of life. China ialah negara industri yg termasyhur pada abad ini. Uols pergi lah mana-mana negara sekalipun, bila beli cenderamata mesti ia tertulis made in China. Kenapa? Bila permintaan yg tinggi terhadap tenaga elektrik misalnya maka kos overhead per unit di sana sangat murah.   


Pillow Pets yg boleh dilipat-lipat. Sedia untuk dipeluk. Ahaks.



1 comments:

akubiomed said...

Rupa bantal ini seperti watak Pingu. :-)

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!