Thursday, September 13, 2012

1 Syawal 1433 Hijrah 19 Ogos 2012

Assalamualaikum??????


Salam 26 Syawal everyone. Nampak gayanya blog ni CONFIRM satu-satunya blog yg paling lambat nak update cerita Raya kan? Blog lain semua dah cerita ribu-ribu pasal Raya masing-masing. Bukan ape kadang-kadang bila Sha belum ada mood nak update pasal sesuatu topik tu memang confirm Sha tak akan sentuh langsung ataupun tak akan cerita langsung. Tapi andaikata Sha dah ada mood tu hmmmmm kerja satu jam boleh jadi kerja setengah jam. Hahaha. Kalau uols perasan kan, Sha ni suka sangat delay-deli dan kasi entry tu peram lama-lama sampai lah jadik pekasam. Ahaks. *maafkan saya* 

Bukan apa, kadang-kadang idea pun tarak dan hilang jauh dari pandanganku. Ecewah. Kadang-kadang idea ada tapi tajuk entry pun ada macam-macam dalam kepala ni sampai dah tak boleh nak buat keputusan untuk pilih tajuk entry. Hampeh. Berangan dah macam tajuk suratkhabar KOSMO lah pulak kan? Padahal tajuk entry blog je pun. Hahaha.

OK cut it short. Seperti yg semua sedia maklum dalam entry INI dan INI.... tahun ni Sha, enchek hubby dan Damia berpeluang untuk beraya di sebelah keluarga Sha di Melaka. Semua 6 anak perempuan mak abah Sha ada beraya bersama kecuali 2 orang anak lelaki mak abah je yg beraya ikut giliran di sebelah keluarga mertua masing-masing. Seorang beraya di Kelantan dan seorang lagi beraya di Pulau Pinang. Kiranya 2 orang anak lelaki mak abah Sha tu nyanyi lagu Dendang Perantau gitu. Muahahaha...

Persiapan hari raya tu semuanya sederhana tapi memang meriah dengan kehadiran 6 orang anak, 4 orang menantu dan 7 orang cucu. Untuk majlis bertakbir dari rumah ke rumah kami sekeluarga sediakan juadah nasi impit dan kuah kacang serta kuih-muih tapi yelah oleh sebab rumah kami tu sudah giliran yg nak hujung-hujung maka para tetamu yg datang bertakbir pun dah kenyang dan makan sikit-sikit je nasi impit tu. Tak pelah bang janji kita semua dapat berkumpul dan memuji-muji kebesaran Ilahi sambil bertakbir dan bertahmid. Alhamdulillah.

Untuk menu di pagi raya kami adik-beradik sama-sama buat rendang ayam, nasi hujan panas dan sambal ayam de vass. Hehe nama menu bukan main eh main taram saja. Hahaha. Tapi of courselah rendang tu dimasak semenjak hari terakhir puasa lagi. Barulah aummm. Gitu. Kami tak sediakan menu makanan yg banyak sangat sebab petang hari raya pertama tu kami dah konvoi ke Rembau, Kg Dato Keramat dan ke Rawang. 

Oklah jom layan gambar dulu ye.......... 

  

Damia salam raya dengan Opah dan Atok. Damia potong queue masa ni ...sepatutnya kak long dan abang ipar Sha yg salam dulu. Huhuhu..... Tapi tak apa mak long kasik chance katanya :)



Lepas salam Opah dan Atok Damia terus pergi kat one side kat tepi kerusi, duduk, dan keluarkan duit raya dari sampul.... ishhh Damia nak kira duit raya ye......


Kak Long Sha punya turn.......


Kak Ngah Sha punya turn ......


Seorang lagi kakak Sha yg bermaf-maafan dengan Mak dan Abah......


Sha punya turn daa.....


Jom kita cium Damia niiiiiiii hehehe


Zhafran suka ambik gambar yeeeeee....


Adik Sha punya turn yeeee.....



My Familia ... 

Alah semua pandang camera.. kak ngah Sha je terlepas pandang........Cameraman ni nak kena niiiiiii hehe


smile.....tapi Damia dah bad mood sangat masa ni... dia dah mengantuk sangat tambah pulak dia ikut Sha, enchek hubby dan family members yg lain pergi Solat Sunat Aidilfitri. huhu... First time dia pergi sembahyang raya....tahun lepas dia duduk dalam kereta ngan Sha kat tepi masjid. Alhamdulillah




7 comments:

boni kacak said...

wah...bestnya.. meriah raya kak sha..hehe

Geng Borak said...

raya dah nak abis kaaakkk... hehhehee

akubiomed said...

Nampaknya atuk sibuk mengasing duit Raya untuk cucu. :-)

|| NaFiRaa || said...

hehhehe.. n3 raya di hujung syawal.. boleh lagi nih~ kekeke

Unknown said...

alooo comelnyer Damia...

Sherry Go Sharing said...

nice pics.. come join my giveaway

mymomsbest.us

sherrygo.blogspot.com

www.whateverygalwant.info

Myra Jay said...

Takpe kak sha walau lambat asalkan ada ;)

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!