Tuesday, October 2, 2012

Belum rezeki Burger Samurai McDonald's

Assalamualaikum?


Hai lovelies ! Sayangnya kat uols sebab masih sudi jengah blog Sha. Time Kasih yeh! Hehe. Oh ye syukur alhamdulillah sebab abah Sha dah dibenarkan untuk keluar dari hospital semalam. Doktor minta abah Sha kawal kadar kandungan gula di dalam badannya setiap masa. Ada sejenis alat untuk mengukur kandungan gula yg telah diberikan dan ada jadual waktu untuk abah Sha periksa sendiri kadar kandungan gula ataupun glukosa dalam badan beliau. Benda benda ni sangat penting untuk abah Sha yelah jika tak cukup gula pun susah jika terlebih gula pun susah juga! InsyaAllah sebagai anak, kami adik beradik kenalah tolong ingatkan abah ye dak? Hehe. Terima kasih doktor2 nurse2 dan pakar pemakanan serta pakar fisioterapi di SDMC sebab tolong jaga abah saya !!! 6 hari 5 malam abah saya ada di sana. Wah dah macam pakej percutian oversea pulak. Huhu.


So........Selamat datang Oktober dan sekejab je September meninggalkan kita untuk lembaran tahun 2012 ni kan? Subhanallah. How time flies very fast. Tak terkejar rasanya semua benda yg kita nak buat dan semua benda yg kita nak kecapi. Cuma sebagai insan biasa Sha bersyukur di atas segala limpah kurnianya.  


Nampak gaya ramai peminat tegar McDonald's dah mencuba Burger Samurai kan? Huhuhu...Sha baru jamah sikit Burger Samurai pada hari Jumaat minggu lepas dan belum sampai seru lagi nak membeli Burger Samurai. Malam minggu baru baru ni Sha dan family ada hang out kat McDonald Drive Thru SS15 Subang Jaya tapi Sha rembat Chicken McDeluxe pulak. Lunch tadi pun Sha pergi McDonald's Curve dan terus order McChicken. Hahaha...Belum rezeki nak membeli Burger Samurai McDonald's lah agaknya. Hahaha.

sayalah peminat tegar McChicken McDonald's. Sila percaya. Hehe
  

2 comments:

Geng Borak said...

saya nak mega mac satu!! triple cheese burger satu!! air lite coke. hehehehe

Anonymous said...

bodoh... orang tgh boikot mcd... korang duk support israel bunuh org palestine... ni la melayu yg tuli ....

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!