Assalamualaikum lovelies ???
Kebelakangan ni Sha dah mula perasan betapa 'fragile' nya travel industry ni. Sebelum ni ada jugaklah petanda kecil tapi Sha just ignore je. Hehe.. serabut, kan? Dah lebih 8 tahun dalam travel industry tapi baru sekarang rasa? Hiks.
Posing sebelum meninggalkan Reliance Travel. Last Day lah ni..hihi |
Bergambar dengan sales team. di Masum Fair kat Shah Alam. |
Kalau you all sedar, pelbagai malapetaka dan bencana alam yg kerap berlaku 'lately'. Ingat lagi pada tsunami yg melanda Acheh, Phuket, Pulau Maldives dan banyak lagi? Flashback, masa tsunami ni berlaku Sha ada kat dalam kapal terbang Singapore Airlines dari Beijing ke Singapore. Sha dan tour member Reliance tertinggal kapal terbang Malaysia Airlines dari Beijing ke KL that's why kami fly all over. Dari Singapore kami naik MAS ke KL. Ini semua gara-gara plane technical error dari Xi'an ke Beijing. Sebab Henan Airlines lah kami tiba di KL lewat 13 jam !! ;p
OK back to topic. Bagaimana pula dengan earthquake atau gempa bumi yg melanda Christchurh, New Zealand pada tahun lepas? Tentu readers semua masih ingat akan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun, bukan ? Kejadian ini juga berlaku pada tahun lepas.
OK jika hujah kat atas tu Sha banyak fokus kat bencana alam, kini Sha nak sentuh pulak pasal kegawatan ekonomi, amnya di seluruh dunia dan khususnya di negara kita, Malaysia. Masih ingat lagi kegawatan ekonomi paling teruk di Malaysia pada tahun 1997 ?? Semenjak pertengahan tahun lepas pula dunia digembar-gemburkan dengan krisis kewangan di benua Eropah. Benarkah andaian pakar ekonomi bahawa negara Greece sedang diancam kemelesetan ekonomi yg sangat teruk dan mumpunyai berbillion hutang dengan Amerika Syarikat ? Benarkah andaian bahawa beberapa buah negara yg berjiran dengan Greece sedang membantu ekonomi negara tersebut?
Selain itu, kestabilan politik di dalam sesebuah negara turut membantu perkembangan di dalam industri pelancongan. Contohnya, North Korea yg masih mempunyai bilangan pelancong dari luar negara yg sedikit. Tentu sekali akibat pertelagahan di antara North Korea dan South Korea.
Oleh yg demikian, Sha akui bahawa travel industry ataupun tourism industry kini menjadi semakin rapuh atau 'fragile' apabila berlakunya perkara-perkara yg Sha sebutkan. Apabila bencana alam berlaku, ekonomi sesebuah negara semakin gawat, keadaan politik yg tidak stabil maka ia boleh menyebabkan goyahnya travel atau tourism industry.
Apabila keadaan di atas terjadi, maka semakin kuranglah perjalanan keluar negara bagi seseorang itu. Mungkin mereka akan menangguhkan perancangan untuk bercuti ke luar negara. Atau mungkin mereka menukar destinasi pelancongan mereka dari destinasi luar negara kepada destinasi dalam negara.
So di sinilah impak atau tempias yg di rasakan oleh travel industry. Bagi sesebuah travel agent bagaimana mereka ingin mencapai 'target sales' mereka pada setiap bulan dan apakah keuntungan yg diperolehi setiap bulan mencukupi untuk menampung kos overhead travel agent tersebut ? Secara relatifnya tentu jawapannya tidak, bukan?
Itu belum lagi Sha bagi hujah panjang lebar tentang aktiviti sesetengah syarikat penerbangan yg menawarkan kos tambang tiket penerbangan secara online yg lebih murah berbanding harga yg ditawarkan oleh travel agent. Alahai sekarang ni most of the airlines akan jual tiket penerbangan secara online, contoh terdekat MAS dan Emirates. Tepuk dada tanya selera, walaupun masih ada 'regular customer' yg akan beli 'flight ticket' dari sesebuah travel agent tetapi semakin banyak lagi customer yg membelinya secara dalam talian atau online.
Cuma Sha ingin jelaskan di sini apabila flight ticket dibeli dari travel agent, akan ada service after sales contohnya jikalau ada ticket refund, ada claim untuk travel insurance atau ada pertukaran tiket tersebut dari segi tarikh dan masa penerbangan mahupun pertukaran nama penumpang. Plus travel consultant cam saya ni akan beri tips, do's and dont serta maklumat tambahan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman Sha.
Bukanlah Sha nak marah online users, mereka itu teramatlah bijak cuma yelah sedikit terkilan, kenapalah si airline ni nak potong queue travel consultant macam I kan? Ahaks.
Mungkinkan suatu hari nanti tidak wujud lagi travel agent?
Mungkinkan suatu hari nanti pengguna akan membuat segala penempahan seperti hotel, tiket penerbangan, travel insurance, sightseeing, entrance ticket, airport transfer, visa application dan lain-lain di hujung jari mereka sendiri?
Bergambar dengan owner Franchisee Reliance di Shah Alam dan rakan2 satu office. |
14 comments:
kekadang travel agent ni diperlukan... tak perlu dihapuskan pun.. :)
p/s: entri ni selepas baca tips SEO ke? kaloa da gambar, pun lagi ok
Assalamualaikum Dear??
Ni semua dugaan dear...
Sabar banyak2 ye, kuatkan semangat dan tabahkan hati yer...luv ya..mmuuaahh!!!
your luv.
patotnye..airline company ni kena buat mcm insurance company...if org go direct harga die lg mahal drpd go thru agent..but i donno why, they think another way round..maybe there's no agency company yang buat aduan?
Kid....
berat mata yg memandang berat lg bahu yg memikulnya. cewahh. anyway tengs 4 the SEO tips
Hatta....
waalakumsalam .. kesian kan? :D
Baik lahh.. LUVU3
Diah...
actually di ekonomi kapitalis ni masing2 berlumba2 nak peluang utk kaut keuntungan.
those airlines are one, two, three of them :]
GITUlaaa.... its all about business... dan SHA kena tahu jugak dah brapa banyak AIRLINE all around the world yang dah BANKRUP GULUNG TIKAR...pasal macam2x krisis yang berlaku nie... lagi satu persaingan semakin sengit bila banyaknya LOW COST CARRIER di setiap negara... huhuhu....
memanglah sha... nak carik keje lain ke? ehe..
bertambahnya online users sekarang disebabkan oleh tawaran yg diberikan oleh sesebuah syarikat penerbangan tu sangat murah..
Tapi kalau nak melancong luar negara.. nurul rasa travel agent sgt2 diperlukan.. ;)
insya Allah ada rezeki kt tempat lain tu..
Hazman.....
yes its all about business and how we managed the business. kalau pandai managa tak akan gulung tikarnye.....thanks anyway :)
Madam.....
boleh jugak...ingat nak jadi babysitter danish lah. hehehe, jaga sama2 dengan damia. kui kui kui
Nurul...
kak sha setuju , kalau tiket flight dijual dgn harga yg lagi murah, memang berbaloi baloi bila kita beli.. save sikit.
tapi tu lah , airline ni dah potong queue travel agent ... kesian kami kat travel agent ni... huhuhu
I am sure this article has touched all the internet users,
its really really nice article on building up new web site.
Here is my web-site ... tibet travel forum
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!