Friday, February 3, 2012

73 Maut, 1,000 Cedera Dalam Rusuhan Bola Sepak Mesir

Assalamualaikum????



Sometimes Sha rasa mentaliti manusia ni semakin lama jadi bertambah teruk. Betullah apa yang orang kata, Pembangunan Kelas Pertama tapi Mentaliti Kelas Kedua.  Inilah yang berlaku di Mesir baru-baru ini. Hanya disebabkan kekalahan dalam perlawanan bola sepak di antara kelab bola sepak, manusia sanggup mencederakan orang lain, apatah lagi sesama Islam. Memalukan !!!!

Mengikut sumber berita yang Sha baca, para peminat bolak sepak membuat rusuhan di padang selepas pasukan tuan rumah mendapat kemenangan yang tidak dijangkakan bersama skuad utama Mesir pada Rabu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 73 orang manakala 1,000 lagi cedera di bandar pelabuhan Mediterranean itu, kata seorang pegawai. Nama aja peminat bola sepak tapi langsung tak ada semangat kesukanan.. !!!

Ia dikatakan insiden yang paling buruk dalam rusuhan bola sepak di Mesir dan paling dashyat di dunia sejak tahun 1996.

Rusuhan tersebut berlaku selepas para penyokong Al-Masry dikatakan menyerbu ke padang selepas pasukan tuan rumah itu memenangi 3-1 dalam perlawanan dengan Al-Ahly, pasukan utama Mesir.

Bagi Sha perkara-perkara sebegini sedikit-sebanyak memberi impak negatif terhadap industri pelancongan di Mesir. Yelah memamg Sha kerja di Travel Agent dan menjual pakej pelancongan ke Mesir tapi bagi Sha mungkin customer dah kurang berminat nak melancong ke Mesir bila dengar berita macam ini.

Tahun lepas saja bilangan customer yg nak melancong ke Mesir merosot teruk gara-gara perbalahan dan permainan demonstrasi jalanan penduduk Mesir. Dari awal tahun 2011 sampai hujung tahun tak ada customer pun yang nak melancong ke Mesir. Siapa yang berani ?? Tak ada sesiapa yang berani kecuali businessman Malaysia yang ada business meeting di sana. Tak boleh nak elak tapi terpaksa pergi juga atas urusan kerja. 

Pada hal banyak aja tarikan kat negara Mesir ni terutamanya cruise di Sungai Nil. Aduhaiiiii hopefully tahun 2012 ni banyaklah sales yang boleh di-close untuk pakej pelancongan ke Mesir. Kalau ikutkan calculation Sha sebagai Travel Consultant, profit yang Travel Agent boleh earn bila ada customer yang tempah pakej pelancongan ke Mesir memang tinggi disebabkan harga pakejnya yang mencecah sekitar Ringgit Malaysia 6-7 ribu seorang.

Back to topic, Sha harap readers semua janganlah jadi terlalu fanatik apabila menonton perlawanan bola sepak ye? Adatlah kalah dan menang tu kan? Peace Yo !!!!

Credit berita dari Mstar Online
hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

4 comments:

duan said...

ni sejarah paling hebat pernah dengar dalam dunia bola. Harap-harap perkarai tak terjadi di Malaysia

Unknown said...

Duan....

InsyaAllah..mudah-mudahan tak terjadi kat sini...

Unknown said...

apabila terlampau fanatik..

Unknown said...

Man...

Susah bila terlampau ramai yg mudah terpengaruh dengan anasir2 negatif...kan?

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!