Wednesday, August 8, 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com”



Assalamualaikum?










Eh ehh tapi bukan bercinta berdua-duaan macam couple tu tau!!! Kaedahnya yg ini bercinta beramai-ramai tau. Tak percaya? Tengok kat SINI




Bagaimana cara-cara nak masuk Contest Duit Raya ni? Mudah je! Bagi sesiapa yg ada blog maka anda boleh buat satu entry tentang bulan Ramadhan tahun ini yg bertajuk CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Peraturan paling penting dalam apa-apa contest tentulah idea yg original dan bukan idea yg diciplak.

Anda boleh letak gambar untuk memeriahkan lagi entry anda. Gitu. Oh paling best tentang Contest Duit Raya ni ialah gambar cun melecun anda tu akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM. Glamour ahkak sekejab. Hahaha...




Cerita Puasa Ramadhan 2012 Sha berlaku pada malam 1 Ramadhan baru-baru ini yakni ketika Sha, enchek hubby dan anak kami, Damia pergi menunaikan solat teraweh di Masjid Shah Alam. Rasa syukur sangat ketika itu sebab dapat meluangkan masa bersama-sama untuk solat teraweh. Bila difikirkan kembali, sekarang ni agak mencabar bagi Sha untuk solat teraweh jika dibandingkan ketika masih bujang dulu. Ketika bujang dulu, Sha boleh pergi solat teraweh tapi bila dah berkahwin dan sudah ada anak ni kita kena fikirkan siapa yg nak tolong tengokkan anak kita ketika kita solat teraweh

Alhamdulillah tahun ini ialah tahun kedua Damia berhari raya dan Damia sudah boleh di bawa bersama ke masjid untuk solat teraweh. Yelah beliau dah boleh berjalan sendiri dan bukan lagi seorang bayi yg perlu dipantau setiap saat. Beliau sudah boleh faham setiap arahan yg diberikan cuma bezanya samaada beliau nak ikut ke tak setiap arahan tu. Hehehehe...  

So berbalik semula pada Cerita Puasa Ramadhan 2012 ini, Sha ambil keputusan untuk bawa Damia ke ruang solat perempuan untuk beri enchek hubby tumpuan sepenuhnya ketika solat teraweh. Konsep 'Ladies First' gitu. Hehehe

Sha pilih untuk solat di bahagian tepi dinding di bahagian saf belakang. Kelihatan ramai juga anak-anak kecil sebaya Damia di ruang solat tu. Biasalah budak-budak punya aktiviti mestilah berlari-larian, kan? Hahaha..Macam kita masa kecik-kecik dulu! Hehe. Damia terus dapat kawan baik kawan lelaki mahupun kawan perempuan. Sha biarkan aje, janji mereka tak jerit-jerit dan mengganggu jemaah lain yg ingin bersolat. Oh Sha dah bagi warning awal-awal lagi pada Damia supaya jangan jerit-jerit dan jangan lari jauh-jauh dari ibu dan beliau angguk tanda setuju. :))

Setelah selesai solat fardhu Isyak secara berjemaah, Sha lihat Damia dan kawan-kawannya masih elok lagi. Selang 10 minit selepas tu, tiba-tiba Damia mencebik dan datang ke arah Sha. Rupa-rupanya ada budak lelaki yg pukul pipi Damia dengan kereta mainan. Kesiannya Damia. Nasib baik pipi Damia tak luka cuma merah sikit je :( 


Sekian, itu saja Cerita Puasa Ramadhan 2012 Sha. Terima kasih yg tak terhingga buat sponsor Contest Duit Raya ini yakni blogger adik beradik shakiddo.com dan hazmanfadzil.com

14 comments:

Unknown said...

tak ada cerita yg best plak..
good luck kak sha..

Geng Borak said...

gi lempang balik dak kecik tu.. hahaha.. gud luck

akubiomed said...

Budak-budak kalau tidak membuli dan mengusik tidak sah. Kalau ibubapa yang kurang sabar boleh bergaduh perihal anak-anak.

Myra Jay said...

Ala siannya pipi Damia, biasalah budak2 kan kak sha, nak marah balik tak sampai hati..

Good Luck ye ;D

|| NaFiRaa || said...

good luck sha~

Unknown said...

Kid nak bagi duit raya? nak jugak!!

nurmisnan said...

Gd luck sis and all d best..

Unknown said...

kenapa tak suruh damia tarik rambut budak laki tu??hehehe

budak felda said...

alamak saya takde cerita plak nk join hehehe..:)

psst singgah jenguk sat

kak ina kl said...

good luck sha

hafizmd said...

Ok gak ni...
Selamat berjaya yer...mana tau ade rezki raye

p.s.kesian damia, babab budak tu bru tau...hehe

suri said...

bobon budk tu balik hee

Myra Jay said...

Tahniah untuk kak Sha jugak ye :)

Sya Isya said...

ala.. ciannya dia. tapi budak2 kecik main memang gitu ler. kalau tak nanges tak sah. pastu main balik sama2. budak2 kan.

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!