Monday, August 13, 2012

Aku ni kecik ke besar?


Sharidawati Shahrudin nama diberi. Cewah cewah macam pemantun sekolah, haktui!! Kat gambar tu aku yg paling muka garang. Aku kakak tau!! Kakak sulong jauh sekali. Aku kakak nombor 5. Adik aku yg laki tu yg depan sekali. Dia duduk sebelah pagar rumah. Lagi sorang adik aku yg depan tu yg mulut tak reti dok diam. Pok pek pok pek!! Dia kat depan sekali dan pengakap selalu cakap gini "Dari Kiri Cepat Jalannnnn!" Dia duduk dari kiri nombor 2. Sebagai kakak pada adik-adik jadik aku duduk kat belakang sekali. Aku yang tinggi sangat!! Penat susun semua orang tinggi rendah tinggi rendah. Aku paling besar tau dah darjah 3. Kadang-kadang mak dengan abah cakap aku dah besar. Mak cakap, "Acha dah besar tolonglah mak buat keje rumah..". Tapi mak cakap aku kecik pulak. "Tak boleh pergi naik bas, Acha kan kecik lagi?" Kepala pening aku dibuatnya. Bila mak suruh sapu sampah sidai kain kemas tempat tidur aku dah besar tapi aku tiba-tiba jadik kecik bila kawan dalam kelas ajak naik bas. 

Lama-lama aku pun faham. Aku besar sebab aku boleh harap. Mak dengan abah boleh harap pada aku. Takkan nak harap pada adik-adik sebab dorang kecik lagi. Kecik dari aku sangat. Aku pun kecik dari mak dengan abah. Betul tak tipu! Kalau tak percaya tengok tangan dorang, tangan aku kecik cenonet jek! Kita mesti ikut cakap mak dengan abah sebab raya nanti kita boleh dapat duit raya banyak-banyak!!    

Sekian. Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri [dot]My. Jom sertai contest ini di pautan INI dan INI .

13 comments:

Fazrol said...

pening! besar ke kecik..

Anonymous said...

poyo nyer entri!!! hahaha... anyway cute gambo kecik kecik itu!! JB/AL

aKSARAfENDI said...

knapa yg dpan tu mcm stress je siap ltak tgn kt kpala tu?keh3...

Rozuan Ismail said...

ahak.complicated sgt citer kak sha

siti rokiah said...

hihi cute nya sha...
all the best ya...

hazman fadzil said...

bijak betul yea ... pegi amik gambar time kecik2x

abang ensem said...

Menarik!!

akubiomed said...

Rajin tolong mak yer sebab sudah besar tetapi tak boleh naik bas sebab kecil lagi. :-)

KiD said...

hahaha.. nak cari idea.. nak cari idea...

|| NaFiRaa || said...

hehehe.. gelak jek baca n3 ini..:))

Myra Jay said...

Hheheeee :)
Ramai nye adik beradik kak Sha ;)

Good Luck ye :)

Sya Isya said...

ramainya adik beradik Kak Sha. suka ayat yang last tu

Zarul Umbrella said...

menarik...i loike

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!