Saturday, August 18, 2012

Beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum?


Menjelang 1 Syawal 1433 H, kebanyakan wargakota akan pulang ke kampung halaman masing masing. Telah menjadi satu budaya 1 Malaysia di mana tak kira apa jua perayaaan yg disambut, setiap kaum akan mengambil kesempatan untuk pulang bercuti di kampung halaman masing masing.


Haa..... Alhamdulillah..Sebenarnya Sha dah selamat sampai ke rumah ibu bapa Sha di Melaka pada hari Khamis yg lalu. Nak tahu tak tanda tanda awal nak Raya yg Sha alami ??? Let's check it out....


1. Start je cuti Raya terus Sha ada mood nak nyanyi lagu Raya. Fuhh hati rasa berbunga bunga je nak Raya. Dam dam dum bunyi mercun.... Pada hal, lagu lagu Raya dah lama berkemundang di corong radio tapi mood nak nyanyi lagu Raya dok ke laut...tak de feel gitu!!


2. Start je cuti Raya, mood nak makan kuih Raya berkuak kuak . Muahaha... Nak makan kuih Raya ni,  nak makan kuih raya tu. Padahal sebelum Sha beli kuih Raya tu, Sha dah makan tester kuih Raya tu semua. Huhuhuhu.


3. Mood nak beli belah untuk hari Raya di saat saat akhir tiba tiba ada.

Gitu. Nak Tudung Raya lah apa lah. Macam macam! Sedia je lah duit ye enchek hubby! Hiks. Haa.. malam ni malam Raya, so mari lah kita pergi downtown dan uptown segala bagai. :) Kuikuikui


Ok itu je tanda tanda nya.. uols ada rasa yg sama macam iols?? Hik3


Sehingga kita bertemu lagi, Sha ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam 1 Syawal 1433 Hijrah dan Maaf Zahir Batin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

Zaid said...

selamat hari raya kak sha.. maaf zahir batin ya..

akubiomed said...

Kalau Melaka wajib melawat saudara mara yang ramai tuh. :-)

Nadot said...

tanda-tanda awal nak raye saye,

dari 1 ramadhan, dah malas nak pegi keje... hohoho

slamat hari raye ye kak sha n family ;)

Malaysia coin said...

Biasalah bila nak raya.., macam-macam promosi yang menarik diri kita untuk berbelanja.

Geng Borak said...

lama nya cuti raya... hehehehe

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!