Tuesday, April 17, 2012

PROTON PREVE :: Drive It to Believe It

Assalamualaikum ???



Hai lovely.....Pastinya masing-masing pakat nak pergi showroom Proton yang berdekatan dengan anda tatkala melihat iklan Proton Preve di kaca televisyen mahupun ketika menonton Majlis Pelancaran Proton Preve pada malam semalam. Percayalah enchek hubby dah start teruja awal-awal lagi bila ada promo Proton Preve melalui Internet, sejak awal bulan April ini. 

Tapi Sha percaya ramai lagi kaum lelaki di luar sana yg turut teruja dengan keluaran terbaru Proton ini. Ehh......kaum perempuan pun ramai yg independant dan miliki kereta sendiri ketika ini. Sha percaya ramai jugak GIRLS kat luar sana yg terpegun dengan Proton Preve macam Sha jugak. Hiks 

Nak dijadikan cerita pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja Sha terserempak dengan konvoi Proton Preve di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Konvoi berkenaan dikatakan bermula dari Sri Pentas TV3 dan menuju ke Ruang Pameran Proton di Mutiara Damansara.

Masa tu Sha teruja habis !!! Ohoiii rasa best ajek bila drive sebelah sebelah dengan kereta Proton Preve tu. Dah lah ada Preve yg bewarna merah, warna pujaan hati Sha. Muahahaha...... Nasib baik masa tu Sha tengah pandu kereta kalau tidak sure keluarkan kamera dan tangkap gambar Preve Merah tu. Haizzzz...

OK Sha pun apa lagi ....terus follow konvoi Proton Preve tu ke showroom. Lagi pun showroom Proton tu dekat ajek ngan office Sha. Walking distance ajek....Hiks.

Jom layan beberapa keping gambar ketika Sha berada di Showroom Proton....

Masa ni mula mula sampai. Sorry kualiti kamera tak bapa best sebab bateri henpon kong! haha


Ada geng geng yg main kompang. Huhuhu.....


Hah masa ni quality gambar better kan? Hiks


Sha dah test drive kereta Preve ni. Muahahahaa


Murah ajek kan harga nya...Plus kereta buatan Nasional !!!!!!


Bahagian dalam kereta Proton Preve di seat pemandu. Nice......


Bahagian belakang kereta Proton Preve...seat pemandu. Very spacious too...!!!!!


Enjin CPE 1.6 CVT


Lampu kereta Proton Preve dah ala ala lampu kereta NISSAN SKYLINE my favourite car. Huwaa...... Cantik........


Oohhh looks very stylish and elegant........

Kadar bayaran ansuran bulanan terendah selama 9 tahun ialah RM 656.14 bagi enjin CFE 1.6 CVT - Auto. 

Lawa kan? kan? kan? kan???? Muehehehe....... 

Apa lagi, rasai sendiri dan pandu uji Proton Preve di Pusat Pameran Proton berhampiran dengan anda sekarang !!!!!


18 comments:

|| NaFiRaa || said...

cantek!!! nanti nak try tengok dekat2 lah~

Jai Montana said...

tengok dalam paper tadi pun staill..mengancam la kereta ni ;-)

Afasz said...

9 thn rm656??????????fuhhhhhhhhhhhhh..............

ok la gak ....cantik sesuai tuk yg dah berkeluarga. yg belum pon sesuai then leh la bekeluarga. kete tuk jangka masa panjang.

Denaihati said...

askm. mesti seronok gilerlah dapat test drive hari pertama.

Geng Borak said...

bestnyaaaa.. nak beli dua bijik lah! hehehe

Anonymous said...

wah...bestnye...
mcm best je keta baru ni..hehe...
kalau la byk duit...da lame beli..ahahaha

Unknown said...

cam kenal je tempat nie.. dekat sgt ngan rumah nurul.. hehehe..

adik nurul dah berkenan ngan kete ni.. ;)

aReLaN said...

cam tak berbaloi je 70k untuk keta nasional.hmmmm...tapi dengar citer,memang laju la.design takde la lawa sangat pon.hehehe

hazman aka species1980 said...

Hurmm.... ada keje je ke ? naper tak AWEK MODEL PROTON kat situ ....hahahahha

Unknown said...

Nafira....

cantik menarik kan? hiks

Unknown said...

Jai Montana....

serious terbaik. if kita compare dgn kereta sedan yg lain. :)

Unknown said...

Fasz.....

muehehe... apa lagi tu Fasz... dah nak sampai kan hari bahagia Fasz tu? :) amiklah sebijik kereta Preve ni

Unknown said...

Denaihati...

huhu..... tetttt !!! hehe

Unknown said...

Kid....

eh jangan lupa beli utk Ilham satu k? haha

Unknown said...

Diah....

hmmmm.. jika Diah byk duit may be Diah akan beli sport car ? hehe

Unknown said...

Nurul...

lahhh dekat ngan opis kak sha ler tu....

buleh selalu dtg IKEA ni....huhu

Myra Jay said...

Bestnya dapat tengok Live :)

Betul ke bayaran sebulan RM656?
Lebih kurang kereta MJ yang baru 3minggu keluar kedai :)

Unknown said...

Myra Jay...

mesti kamu still syg kat kete sekarang ni..kan? hmmmm...

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!