Sunday, April 22, 2012

Sha : Dulu dan Kini

Assalamualaikum ???



Kat entry ni Sha nak share perbezaan ketika Sha masih berisi dan ketika berat badan Sha mula menurun. More or less Sha memang dari awal kurus, cuma apa yg Sha nak Share kat sini ialah muka Sha yg semakin kurus akibat sakit Tiroid yg Sha diagnose 2 minggu lepas.


Gambar yg diambil ketika bulan Januari 2012


Gambar diambil pada Febuari 2012

Gambar diambil pada hari Rabu minggu lepas...... hanya 3 hari sebelum entry ini dibuat.

Antara tanda-tanda awal sakit Tiroid yg Sha alami ialah:-


1. Mula-mula kurang selera makan dan lama-kelamaan selera makan yg bertambah.
2. Mudah terasa lapar.
3. Tangan menggigil di waktu tengahari dan awal petang.
4. Berat badan menurun. Sha akui sebelum ni berat badan Sha bukannya tinggi sangat cuma sekitar 50 kg-    51 kg sahaja. Tapi berat badan kini ialah 47 kg.
5. Mengalami muscle pain dan kerap lenguh di kaki.
6. Mudah terjaga ketika tidur malam dan sukar untuk tidur semula.
7. Mudah letih.
8. Mudah marah.


Setelah dinasihatkan oleh boss Sha dan adik ipar, Sha terus lakukan pemeriksaan di PPUM awal April ini. Ujian darah dan ujian air kencing dilakukan. Beberapa hari selepas itu doktor pakar di bahagian Kardiovaskular mengesahkan Sha mempunyai penyakit Tiroid. 


The moment doktor cakap tu, degupan jantung Sha laju sangat dan terus Sha rasa down !! Sedih...


Sekarang Sha masih amalkan rawatan secara medication iaitu ubat-ubatan.


InsyaAllah pada minggu hadapan Sha akan berjumpa doktor di PPUM untuk temujanji seterusnya.


Mungkinkah kadar hormon Tiroid yg berlebihan di dalam tubuh Sha akan berkurangan pada minggu hadapan? Segala-galanya Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Oh ya, berikut ialah jenis-jenis makanan yg perlu Sha elakkan:-


1. Daging Ayam
2. Minuman yg mempunyai kaffein yg tinggi seperti kopi, nescafe dan teh.
3. Soya
4. Sayur Kobis

Jika ada updates lagi tentang sakit Tiroid ini, Sha akan kongsikan di entry seterusnya.

Thanks for reading.



10 comments:

Boni JLL3 said...

semoga akak sembuh segera ye kak..semoga segala2nya berjalan lancar di sana...amin....

|| NaFiRaa || said...

moga cepat sembuh.. rajin2 makan ubat k~

madammondoq said...

madam doakan shah cepat sembuh ye.. :)

Sharidawati Shahrudin said...

Boni...

InsyaAllah.. Appreciate ur doa.
Amin Amin ..... Thanksss

Sharidawati Shahrudin said...

Nafira....

mekaceh awak..akan sy ingat pesan awak tu k

Sharidawati Shahrudin said...

Madam.....

TQ madam ....mudah mudahan, kan? InsyaAllah...

KiD said...

get well soon sharidawati.. shafakallahulak!

Cik FaRiZaM said...

moga akak tabah hadapai dugaan ni....

sy doakan semua nya ok...jgn lupa makan ubat kak sha..... sedih plak bc kisah akak ni....

aakak tak mau try terapi aljabbar????

AlyzaFisol said...

kak sha, mudah2an akak cepat sembuh yee...be strong k... :)

cik nieza said...

may u get well soon my sis..mkn ubat tau..:-)

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!