Anda selalu travel? Anda kaki shopping dan window shopping? Selalu makan kat restoran lepas kerja? Mesti banyak masa dihabiskan di pusat membeli-belah kan? Tapi anda tau tak sedang anda bergembira dan berjimba bersama orang yang tersayang, anda turut terdedah dengan kuman serta bakteria ?
Ok kat sini th3b0r3dsha nak kongsikan satu artikel yang sempat th3b0r3dsha petik khas untuk maklumat tambahan readers sumer. Kan ada satu pepatah Inggeris yang berbunyi 'Prevention Is Better Than Cure' ? So eloklah anda sumer ambil tahu ..........yg mana baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan ..Auwww. Ok proceed dengan senarai kat bawah nie:-
1.Menu Restoran
Kalau restoran tu baru jek beroperasi mungkin risiko kuman dan bakteria yang terlekat kat menu tu sedikit. Tapi bayangkan restoran yg anda kunjungi tu dah lebih 10 tahun beroperasi, almaklumlah salah satu restoran yg terkenal kat area rumah anda, mestilah banyak pelanggan setiap hari, kan? Bila banyak pelanggan banyak lah tangan yang terlebih dahulu memegang menu restoran tu. Hu Hu Hu Hu....
Ada satu kajian (Journal of Medical Virology) yg menunjukkan virus batuk dan selesema mampu menyorok di permukaan yang keras seperti menu restoran selama lebih kurang 18jam...you olssss. So lebih afdal jika anda sumer elakkan menu restoran itu terkena pinggan anda. Selain itu cucilah tangan tu selepas membuat pesanan. Pegilah take five sekejap kat tandas, kan? Kalau tak pun standby lah 'wet tissue' untuk anda lap tangan anda setelah memegang menu restoran.
2.Alat pemerah lemon
Dalam satu kajian pada tahun 2007 (Journal of Enviromental Health) telah melaporkan bahawa hampir 70% perahan lemon yang dihidang di dalam gelas mengandungi bakteria. Memanglah minum lemon dapat sedikit-sebanyak membantu untuk mengurangkan berat badan kalau nak dibandingkan dengan minuman berkarbonat. Tapi janganlah ambil risiko terdedah kepada virus dan bakteria ni. Kalau anda minum di rumah sudah tentu anda boleh perah lemon sendiri dan kebersihan alat pemerah lemon tu anda boleh jamin 100%. Tapi bila dah makan di luar rumah tu, apalah salahnya 'skip' minuman dengan perahan limau tu...
3.Condiment Dispenser
Selalu makan kat restoran 'fast food' kan? Jarang lah pengusaha premis makanan segera ni bersihkan botol-botol sos cili serta sos tomato mereka. Tambahan pula, ada segelintir umat manusia yg tak basuh tangan sebelum makan. So amat mudahlah proses perpindahan kuman dari tangan mereka ke botol dan ke tangan pelanggan seterusnya ====> ANDA !
4.Tombol pintu tandas
Jarang lah pintu tandas di tempat awam tidak dilengkapi dengan tombol pintu. Kebanyakkannya ada kan? Kan Kan? Kalau anda terbaca info ni, eloklah anda ambil tisu dan pegang tombol pintu tu dengan lapisan tisu di tangan anda. Orang lain nak cakap ape, membebellah dia orang.....bukan anda akan jumpa dia lagi lepas tu dan yg penting orang yg tak jatuh sakit nanti adalah anda....betul tak? :D
5.Soap Dispensers
Samalah macam point no 3, jarang sekali pencuci tandas mencuci 'soap dispensers' kan? Kira macam lagu kumpulan Iklim tu lah..Suci Dalam Debu. Dah molek dah sabun tu berfungsi untuk membunuh kuman sekali bekas sabun tu pulak dipenuhi dengan kuman lahhhh....Ala kan kita biasa picit-picit soap dispensers tu untuk cuci tangan kita kan? :p
6.Troli
Haa....benda macam ni kita tak boleh elak kan? Bila pergi buat shopping barangan dapur mestilah guna troli kan yelah takkan nak angkut beras 20kg kat bahu kot? Itu baru beras belum lagi tepung gandum, gula, ikan, daging, sayur dan sabun pencuci pakaian. Seelok-eloknya bawak la wipe tissue untuk lap pemegang troli tu. Satu lagi tips ialah elakkan daripada mencuba sampel makanan percuma.
7.Tandas dalam kapalterbang
Fuhhhhhh berpeluh lah kalau ada penumpang yang ambik keputusan untuk menahan diri dari buang air kat tandas dalam kapalterbang. Janganlah u olssss praktikkan tabiat macam ni. Eloklah buang jek bahan buangan tu. Kan 'nature's call' tu, janganlah disekat-sekat. Kalau short haul punyer penerbangan takperlah jugak kalau long haul? He He He..sendiri mau ingatlah, kawan!
Dikatakan bahawa dengan mengambil makanan / minuman sampingan yang mengandungi teh hijau dapat mengawal seseorang dari asyik membuang air...Cubalah!
8.Klinik
Haizzzz....mana boleh nak elak kan? Bila perlu untuk jumpa doktor so kena lah jugak pergi ke klinik. Sana-sini orang sakit kan menunggu giliran untuk jumpa doktor dan ambil ubat? So eloklah kalau anda bawa wet tissue dan mainan kanak-kanak untuk anak anda sendiri (jika datang dengan anak anda).
Hmmmmmmm...seronok dapat kongsi sedikit-sebanyak info kat readers blog th3b0r3dsha. Yg penting jaga diri dan jaga kesihatan serta makan makanan yg berkhasiat dan yg tinggi dengan vitamin C. Semoga anda sihat-sihat sokmo !!!!
Petikan dari 'The List Maker’s Get-Healthy Guide, By the Editors of Prevention'
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!