Monday, October 31, 2011

Bila Samurai jumpe Kirsten Dunst...dating ek?

Salam sejahtera semua...Best x weekend u olsss? Mesti terbaekkk kan? Ade readers yg p shopping..Ade readers yg p marathon movie..Ade readers yg p mandi kolam air panas kat Sungkai (kekekekekekeke) dan ade gak readers yg p dating...Kui Kui Kui..

Ingat lagi tak minggu lepas th3b0r3dsha ada war-warkan satu event fasal Astro B.yond IPTV ? Hmmmmmmmmmm...cayalah, mmg superb daya ingatan u olss, readers th3b0r3dsha. Event ni jatuh pd hari sabtu baru-baru ni....Hu Hu

Nak tau something? Masa event tu th3b0r3dsha sungguh bertuah sebab dapat jumpe Samurai dan Kirsten Dunst!!!!!!!

Jom terjah gambar-gambar pasangan ni..........!!!!



Hehehe.....introducing ..th3b0r3dsha as Kirsten Dunst dan enchek hubby sebagai Sang Samurai. Ingat lagi tak post th3b0r3dsha sebelum ni fasal event ni bertemakan Hollywood dan selebriti. Awal-awal lagi th3b0r3dsha pilih untuk jadi Kirsten Dunst kalau th3b0r3dsha ni seorang selebriti Hollywood.

So kelam kalibut jugak lah kami laki bini nak carik sponsor kostum. Hu Hu Hu....

Kostum th3b0r3dsha sumernya ditempah dari butik ala-ala-bamba-lolipop-al-mariku... Begitu juge dengan kostum enchek hubby. Untunglah enchek hubby dapat present kostum dari Jepun oleh ibu tercinta. Oleh kerana kostum samurai tu doq terperap je dalam almari so th3b0r3dsha cadangkan enchek hubby jadiklah Samurai. Ingat lagi tak lakonan Tom Cruise dalam The Last Samurai? Meh terjah poster filem tu......

Kalau lahhhh event ni boleh bawak kids..memang th3b0r3dsha bawak Damia. Kostum pe yg u olssss rasa sesuai untuk Damia ek? He He He......



Thursday, October 27, 2011

Dress Up and Party at the Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night

Sponsored Post :)

Hi semua...Salam sejahtera!!

Bayangkan anda sedang memasuki ruang tamu rumah anda. Anda terus memicit punat 'on' pada alat kawalan jauh televisyen anda. Dengan kemudahan Astro B.yond HD, anda dapat melihat, mendengar dan merasa satu pengalaman yg berbeza ketika menonton rancangan tv. Tentunya paparan yg lebih jelas atau High Defiition ni buat anda lebih seronok dan teruja nak tengok tv, kan? Makan tv, tidur tv, mandi tv, dan shopping tv! :))

Sebagai wanita bekerjaya anda tentunya sibuk dengan tugas harian. Terima kasih kepada Astro B.yond PVR, waktu menonton tv anda lebih fleksibel dan anda boleh memilih jadual tertentu untuk menonton rancangan kesukaan anda. So tak ade masalah tertidur depan tv sebab meeting seharian dan terlepas episod terakhir drama kesukaan anda tu!!!

Anda kini bebas untuk menggunakan broadband dengan kelajuan yg sangat pantas yakni 30 kali ganda dari kelajuan biasa. Aktiviti memuat turun drama-drama Korea dari Internet pastinya lebih cepat berbanding sekarang kerana kelajuan High-Speed Broadband sehingga 30 mega bait sesaat.

Dengan satu talian yg sama...anda juga dapat Fixed Line Voice iaitu satu pelan telefon untuk panggilan dalam negara dan panggilan antarabangsa. Wahhhh pada readers yg ada boyfriend atau cowok dari luar negara tu pasti boleh jimat duit dengan pelan ini. Jimat lagi menjimatkan !!

OK Jom tengok gambar pasal new product in town ni....:-


So, inilah dia Astro B.yond IPTV. Dengan satu talian yg sama anda dapat menikmati 4 keunikan iaitu :-

Astro B.yond PVR (Personal Video Recording)
Astro B.yond HD (High Definition)
High Speed Broadband, dan
Fixed Line Voice

Banyak lagi info berguna yg th3b0r3dsha nak kongsikan dengan readers sumer..........Nak tahu?
Apa kata u olsss click kat link ====> Astro B.yond IPTV

Untuk para bloggers cam th3b0r3dsha, ada satu platform untuk pihak Astro memperkenalkan produk terbaru mereka ni, tentulah Astro B.yond IPTV. Kalau readers sumer nak tahu, IPTV ni ialah Internet Protocol Television iaitu satu sistem di mana rancangan ataupun program tv di sampaikan melalui talian internet. Hmmmmm kalau sebelum ni kita tengok rancangan tv melalui sistem satelit ke atau sistem talian kabel mahupun melalui gelombang radio.

th3b0r3dsha dah pun dapat jemputan untuk menghadiri event ini...........Terima kasih pada Nuffnang.

Nak tengok details bagi event ni? Check it out ye :-

Tarikh : 29th October 2011 (Saturday)
Masa : 6.30pm – 10.00pm
Lokasi : B.yond IPTV Concept Store
No.5, Jalan Solaris 2, Ground Floor, Solaris Mont Kiara

Hmmm nasiblahhh lokasinya dekat je dengan IKANO, kan? Hu Hu Hu

Inilah tempat event tu nanti.....



Semua blogger yg terlibat ada peluang untuk memenangi hadiah utama ni tau u olsssss....Sentap Mak! Jom tengok gambar hadiah tu :-
Satu set home theatre dengan Blu-Ray Player
Event ni ada tema, apa lagi kalau bukan tema Hollywood dan Selebriti. So th3b0r3dsha plan nak jadik Kirsten Dunst. (Pengsan) dan (Pengsan semula) Hu Hu Hu.........U olssss ingat tak siapa awek ni? Jom terjah gambar dia.......

Mary Jane


Kirsten Dunst

Teruja tak? Sila angguk ye... :))

Pada 2 orang blogger dengan tema pakaian terbaik akan menang hadiah kat bawah ni..Jeng Jeng Jeng...

LCD Internet TV bersaiz 32 inci

Hai..teruja lah sangat....Hu Hu Hu... Hadiah ni menanti 2 orang blogger!!! May the best dressed bloggers win! Hooray!!!!

Wednesday, October 26, 2011

Jom kerja di Kidzania, Curve NX, Kuala Lumpur

Hello-hello-helloooo readers??

Ingat lagi tak post mengenai Kidzania yg th3b0r3dsha war-warkan beberapa hari lepas?? Ada sesiapa nak kerja secara sepenuh masa dan sepenuh masa di Kidzania? Kalau ada jom tengok kat bawah nie :)


Wordless Wednesday

Happy Deepavali to all my readers yg beragama Hindu !!! Basically th3b0r3dsha superb busy kat office hari ni. Oppsss yes-yes-yes! th3b0r3dsha bekerja hari ni...our company did not observe Deepavali as a public holiday. So ramaiiiii sangat Malaysian yang merayakan Deepavali kat IKEA hari ni. The Curve ramai orang, IKANO ramai orang....Q Partner Travel 7 Tours?  Lagiii lah ramai umat !! Hai..untunglah ramai! He He He...

Dah jadi trend yeh 'Wordless Wednesday' bagi kebanyakan bloggers? So mari lihat post th3b0r3dsha bagi tema 'Wordless Wedneday' kali ini ....Check it out ~~~~


cute kan? sila angguk !! ihiks....

Tuesday, October 25, 2011

Th3b0r3dsha masuk majalah !!!!

Fuyooo boleh tahan ganas tajuk post th3b0r3dsha kali ni, yek? (Pengsan) Jangan tak percaya muka th3b0r3dsha dan office colleague masuk satu majalah untuk pasaran antarabangsa !!! Wah, cepat-cepat..cubalah readers semua teka majalah mana? Readers Digest??? National Geographic??? Times ????? Hu Hu Hu (Pengsan lagi)

Majalah tu ialah 'Berita Biliar' edisi Oktober 2011. Tapi majalah tu hanya untuk pasaran di Indonesia saja. Hu Hu Hu.....

Biliar tu istilah Bahasa Indonesia dan dalam Bahasa Melayu ialah 'Snooker'....

Jom lah tengok beberapa keping gambar yg th3b0r3dsha dapat tayang...Hu Hu Hu...



Fairuz, Ee, th3b0r3dsha dan Fazlyn



Jeng Jeng Jeng !!! Lepas ni masuk majalah negara mana pulak ek? Heheee

Sunday, October 23, 2011

9 Day 6 Night KOREA FASCINATING & JEJU

Hi readers ?? Ade sesiapa nak pergi ke Korea? Ehh tapi bukan Korea Utara tau, Hu Hu Hu.... tapi Korea Selatan. Korea Utara belum buka lagi negara mereka untuk pelancong. Bukan setakat pergi ke Seoul je tapi pergi ke Pulau Jeju jugak. Pulau Jeju ni mempunyai pemandangan yang sangatlah cantik. Boleh dikatakan ramai pasangan yg berbulan madu akan p bercuti ke Pulau Jeju ni.



Baru-baru ni syarikat penerbangan dengan moto "Now Everyone Can Fly" dah mulakan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul, Korea. So tentunya anda rasa teruja nak pergi jalan-jalan ke Korea kan? OK, inilah masanya untuk anda belanjakan duit bonus dan gaji 4 bulan yg lepas, Wah!!!? He He He...

So....Jom ambil peluang dengan promosi tiket dari Air Asia. Apa yang anda perlu buat ialah.....

1.Pergi ke laman sesawang AirAsia.com
2.Cari tiket kapalterbang ke Seoul
3.Dapatkan tiket penerbangan dari LCCT ke Seoul pada hari Rabu atau Jumaat atau Ahad selama 6 malam atau lebih...minimum 6 malam di sana
4.Hubungi th3b0r3dsha untuk urusan tempahan 'local tour' di Korea dan di Pulau Jeju

Mudah kan???

OK, mari usha-usha itinerary 'local tour' ni beserta harganya sekali..Sila klik kat link ===>sini

So apa lagi? Nanti bolehlah kongsi pengalaman bercuti ke Korea dengan @Budiey, @AwalAshari dan @SchaAlyahya sebab u olsss pun dah pergi holiday ke Korea...! :D   Sekarang ni mereka bertiga tengah syok sakan bercuti kat Korea. Setiap masa kemaskini status mereka di akaun twitter masing-masing..Hu Hu Hu...

Saturday, October 22, 2011

Moview Review : Apa Tengok-Tengok?

Selamat sejahtera? Dua hari lepas th3b0r3dsha ada kongsikan pasal event yg th3b0r3dsha ada hadiri, kan? Th3b0r3dsha ada blogkan jugak sikit-sikit kat sini ====>huhuhu. Ada tak u olss baca? Ada? Tak ada?

Tadi masa th3b0r3dsha tengok ulangan cite Melodi kat TV3, tup-tup dah kuar dah pun trailer filem Apa Tengok-Tengok? masa waktu iklan. Hu Hu Hu.....terus lahhhhhh sambar lappie ni dari enchek hubby dan masukkan memory card ke slotnya dan...............inilah dia sedikit-sebanyak gambar yg th3b0r3dsha dapat kongsikan.....

Sesi pendaftaran bermula pada jam 2.30ptg

Pose comel Jue dari blog tetikusrusak dan Bee dari Puanbeedotcom

th3b0r3dsha bersama blogger harapan negara..huhu..jangan mara ah...Tetikusrusak, Puanbeedotcome, Kakinakl dan CikLilyPutih

Ju dan Bee bersama Broframestone

Ucapan pembukaan 


Filem Apa Tengok-Tengok? ni adalah satu filem musikal yg th3b0r3dsha boleh katakan, agak catchy dan menarik sebab mana-mana pelajar sekolah akan hadapi perkara yg sama. Biasalah th3b0r3dsha pun pernah nakal juga masa sekolah dulu...Oppsss tu belum lagi masuk cerita belajar di salah sebuah sekolah menengah gangster di Selangor suatu ketika dulu, masuk suratkhabar lah jugak...Ha Ha Ha....Tak lain tak bukan pasal insiden membakar bilik darjah. Wah !! Tercerita lah pulak kan? :D   Eh tapi jangan salah anggap th3b0r3dsha tak ada kena-mengena dengan insiden bakar-membakar bilik darjah tu yeh..Hu Hu Hu...

OK, back to topic. Hampir kesemua pelakon adalah pendatang baru di dalam dunia hiburan tanah air. Walau pun muka baru tapi th3b0r3dsha tak ada masalah dengan lakonan mereka...nampak hidup cuma biasalah bila pertama kali di layar perak tentu sekali ada khilaf di mana-mana. Tentunya mutu lakonan mereka boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Kalau tak diberi peluang yg pertama macam mana nak ada peluang kedua dan ketiga, betul tak??

Secara keseluruhannya, jalan cerita Apa Tengok-Tengok? ni menarik dan catchy serta sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ada unsur-unsur nasihat yg ingin disampaikan. Yelah, adik-adik kat luar tu janganlah nak buli-membuli pelajar lain terutama pelajar-pelajar baru ! Mula-mula ingat junior u olss sekali satu kelas lah pulak kan?!! Huh lepas tu pelajar yg u olss buli tu pulak ialah anak kepada rakan baik guru you. Jeng Jeng Jeng !! Nak tahu kisah selanjutnya kenalah tonton filem Apa Tengok-Tengok? ni di pawagam berhampiran dengan anda bermula pada 27 Oktober 2011.

Selamat menonton !!

Friday, October 21, 2011

Majalah dalam botol? ? ? Hmmmmm..

Hello, ada readers yg dah nak tidur ke? Upppsss kalau ada yg belum nak tidur tu meh jap tengok bahan yg th3b0r3dsha nk sajikan ni......Ready?? Set!! Go !!






Dah lama dah ada majalah kat dalam botol air ni. Kalau anda nak tahu botol ni botol air mineral 750ml. Kalau tak silap sejak bulan Mac dah ada majalah Molecule ni. Th3b0r3dsha beli kat 7-Eleven jek. Harga ? Tak bape ingatlah, dalam 2 ringgit lebih kalau tak silap.

Kandungan dalam majalah Molecule ni ada info kesihatan, kecantikan, biografi artis dan banyak lagi. Iklan pun ada jugak. Sesekali baca majalah dalam saiz yg kecik macam majalah Molecule ni syok jugak !!!\

Kalau dulu-dulu majalah paling kecik jika nak dibandingkan dengan Galaxie, URTV dan Media Hiburan tak lain tak bukan ialah majalah MANGGA !!!! Hu Hu Hu....





Thursday, October 20, 2011

Kidzania akan dibuka pada Jan 2012 kat Curve NX !!!

WinK-WInk !!!! Kidzania ni benda2 yg bakal hangat tahun depan ! Siaplah kocek mak ayah sekalian..Hu Hu Hu.... Nasib baik lah Damia tu baru nak masuk 2 tahun... Kui Kui Kui ..Agak2x Damia nak mintak masuk Kidzania ni hari-hari tak u olsss? Huaarghhhhh.. Tak apa...dari sekarang ibu ngan abah Damia kene la educate Damia, kan? Wah gitu....!

Ok back to topic .... Kidzania ni dah ader banyak dalam dunia ni..ade kat Tokyo, paling terbaru ader kat Jakarta. Rupa-rupanya Kidzania ni mula-mula wujud kat Mexico ! Ya Ribba Ribbbaa Anggre Anggre!!

Kidzania kat Malaysia akan dibuka di Curve NX, opposite Tesco Mutiara Damansara..Atau kalau u olsss lebih familiar dgn IKEA, Kidzania ni terletak bersebelahan dengan IKEA. Opposite IKEA is The Curve. So amacam, geografi ada OK ? Come on lah readers th3b0r3dsha ni sumer rajin lepaks kat IKEA kan? Hu Hu Hu.....ngaku cepat... :D

Dah siap dah pun jejantas antara The Curve dengan Kidzania ni. Tapi Kidzania hanya akan dibuka kepada orang ramai pada Januari 2012. So marilah menabung wahai parents2x sumer....Menabung untuk anak-anak 'paw' u olss.. :))

Lebih tepat, Kidzania ni ialah taman tema dalam bangunan atau indoor theme park. Dalam Kidzania ni ada games, kedai-kedai, restoran dan kanak-kanak berpeluang untuk buat 'role-play' juruterbang dan 'cabin crew' AirAsia, ahli bomba, pegawai polis, pakar bedah dan banyak lagi. Huh menarik tak? Tu pasal lah tema Kidzania ni Taman Tema Berilmu. :)) 

Jom tgk gambar2x untuk bagi readers sumer teruja sikit......







Curve NX. Nampak tak ada replika badan kapalterbang AirAsia? Hu Hu Hu



sumber gambar : google

Dapat jumpa blogger-blogger harapan negara :D

Hello readers? Semalam th3b0r3dsha dapat satu jemputan untuk hadiri satu event tau. Sebenarnya dah lama RSVP, sejak minggu lepas lagi. Event apa? Kat mana? ok jom tengok details kat bawah:-

Majlis Tayangan Ekslusif & Sidang Media Filem "Apa Tengok-Tengok"
Tarikh : 19 Oktober 2011
Masa : 2.30ptg
Tempat : Cathay Cineplex, @Curve, Mutiara Damansara

Paling seronok sebab dapat jumpa blogger-blogger harapan negara (kelassss u olss) macam......

tetikusrusak
puanbee
broframestone
ciklilyputih
dan......
kak ina KL

Ade lah jugak sedikit-sebanyak tips2 blogging yg th3b0r3dsha dapat secara langsung dan secara tidak langsung dari blogger2x tu.... Iyer lah dapat lah jugak tumpang gembira, kan? Auwww...muka blogger ni sumer confident habis..Huhuhu..this is one of the tips ! :D

Oppsss review pasal movie Apa Tengok-Tengok tu? Sat yehhhhhh bagi th3b0r3dsha sikit lagi masa. Jgn Mara aa...

Stay tune !!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 19, 2011

Pengalaman masa kemalangan

Hye readers..Salam sejahtera ! Pagi tadi masa dlm perjalanan pergi keje radio HotFm ada buat satu topik berkenaan kemalangan. Tentu sekali selepas terjadinya insiden kemalangan yg melibatkan seorang budak perempuan di Beijing, China baru-baru ni, kalau tak silap insiden tu terjadi sehari sebelum semalam. Kecoh satu dunia ...sumer orang mempertikaikan insiden tu sebab tiadanya nilai kemanusian orang di sekeliling budak perempuan yang malang tu. Hmmm..sampai China dah jadi trend kat twitter ! Sentap mak!

Th3b0r3dsha rasa sumer orang dah tau psl insiden tu. Lepas budak perempuan tu kemalangan tak de siapa-siapa pun yg nak tolong  !!!!! Weh u olss bayangkanlah betapa kesiannya kat budak perempuan tu !

So ramai lah pendengar HotFm yg telefon dan bagi pendapat masing-masing. 

Th3b0r3dsha pun terpanggillah untuk share satu pengalaman yg th3b0r3dsha pernah lalui satu ketika dulu...Hmmm dulu pun tak dulu, insiden ni berlaku pada awal tahun 2008, sekitar bulan Januari. 

Masa tu th3bor3dsha kene kerja luar.......selalu pergi outlet Reliance di sekitar Klang Valley. Tengok pada jadual, kadang-kadang ke Subang Jaya.... kadang-kadang ke Kepong...Puchong....tapi pada hari berkenaan th3b0r3dsha ditugaskan ke Damansara Jaya. Masa tu pulak ada beberapa minggu sebelum perayaan Hari Raya Cina. So agak-agak mesti ada kotak buah limau mandarin kan dalam kereta th3b0r3dsha? Betul-Betul-Betul !!! Masa tu th3b0r3dsha singgah beli limau mandarin kat area Danau Kota. 

Nak dijadikan cerita, yelah dah tersirat dalam diari hidup th3b0r3dsha masa tu, terjadilah satu kemalangan yang melibatkan kereta th3b0r3dsha dengan seorang penunggang motorsikal kat Jalan Mahameru. Bukanlah nak defend diri sendiri kan tapi memang kereta kesayangan th3b0r3dsha dah berada di kedudukan atau jalan yg betul, dah masuk pun simpang ke Jalan Duta tu.
Tiba-tiba tak tau dari arah mana, ada motor mencelah laju dari arah kiri kereta th3b0r3dsha nak pergi ke arah kanan jalan. Perghhhhhhhhh memang mantap lah dengan ko main masuk kanan tak nyalakan signal nye, laju plak tu so ape lagi kan? Terjadilah pelanggaran antara bahagian hadapan kereta th3b0r3dsha dengan motor tu. Ya Allah masa tu Tuhan je lah yang tahu.......penunggang motor tu terjatuh kat tepi jalan.

Subhanallah, masa tu dah start panik! Terus berhentikan kereta kat tepi simpang tu. Masa tu tak de terlintas nak tengok keadaan bumper kereta th3b0r3dsha (belah depan kereta). Terus jalan ke belakang...lebih kurang 15 tapak...tengok penunggang motorsikal tu dah terbaring then ada ada darah kat tangan dia. Masa tu banyak motor dah start berhenti kat tepi untuk memerhatikan kejadian yg berlaku. Pemerhati paling berhemahlah, tapi kalau setakat perhati tapi tak tolong pun bukannya ada faedah! Buat jammed ajek jalan adelah !!

Th3b0r3dsha terus offer untuk bawa penunggang motorsikal yg cedera tu ke hospital. Masa tu lega sikit sebab nyawa penunggang motorsikal tu masih dipanjangkan.

Bukanlah niat th3b0r3dsha nak berpuak-puak atau ungkit isu perkauman kat sini tapi bila perhati orang-orang yg berhenti untuk memerhati (ada yg menunggang motorsikal dan ada yg memandu kereta) tu sumer kaum dia !!! Aik ? Mana pergi kaum th3b0r3dsha sendiri? Hmmmm..tak da niat apa pun cuma sekadar 'flash back' je lah kan.

So th3b0r3dsha dalam keadaan yang masih dalam ketidakpastian akan keadaan sebenar penunggang motorsikal tu, yelah kot kritikal ke kot cedera biasa-biasa aje, mana nak tahu kan, dalam mode panik masa tu !! Th3b0r3dsha mintaklah beberapa orang yg ada kat situ untuk tunjuk jalan ke hopsital. Hoi !! bila dah panik tiba-tiba tak tahu plak mana arah ke hospital ! Masing-masing mengelak, bagi seribu alasan kat th3b0r3dsha. Perghhhh ko kalau bab berhenti dan perhati bagi kat ko erk?!! Nasib th3b0r3dsha baik sebab ada seorang penunggang motorsikal yg satu kaum dengan th3b0r3dsha offer untuk tunjuk jalan ke hospital. Dia tunggang motor dan th3b0r3dsha pandu kereta ke General Hospital.

Dalam kereta tu th3b0r3dsha hanya istigfar banyak-banyak....Allah tu Maha Kuasa, th3b0r3dsha yg panik tadi tiba-tiba rasa sangat kuat semangat untuk memandu dengan niat nak tolong penungggang motorsikal tu. Jalan tengah jammed, memang padat dengan kereta ..peak hours lah katakan, tapi mamat yg tolong th3b0r3dsha tu tolong selit-selit dan kereta th3b0r3dsha dapat la selit sama dan alhamdulillah selamat sampai ke GH. Keadaan penunggang motorsikal tu stabil cuma cedera kat lengan dia je sebab jatuh. Dia pun tak boleh nak cakap apa sebab dia tahu yg dia memang tgh tergesa-gesa nak hantar dokumen ke PJ dan biasalah bila lalai sikit malang tu tak berbau.

Bila fikir balik banyak benda yg telah th3b0r3dsha pelajari setelah terlibat dalam kemalangan ni. Salah satu darinya ialah 'expect the unexpected' !! Sebagai pengguna jalanraya kita mesti jangka benda-benda yang tak dijangka agar kita lebih berhati-hati. This is just my personal thoughts....no intention to hurt anyone's feeling. Semoga readers sumer dapat amik iktibar yeh.



















Tuesday, October 18, 2011

8 tempat awam yg paling kotor

Anda selalu travel? Anda kaki shopping dan window shopping? Selalu makan kat restoran lepas kerja? Mesti banyak masa dihabiskan di pusat membeli-belah kan? Tapi anda tau tak sedang anda bergembira dan berjimba bersama orang yang tersayang, anda turut terdedah dengan kuman serta bakteria ?
 Ok kat sini th3b0r3dsha nak kongsikan satu artikel yang sempat th3b0r3dsha petik khas untuk maklumat tambahan readers sumer. Kan ada satu pepatah Inggeris yang berbunyi 'Prevention Is Better Than Cure' ? So eloklah anda sumer ambil tahu ..........yg mana baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan ..Auwww. Ok proceed dengan senarai kat bawah nie:-

1.Menu Restoran
Kalau restoran tu baru jek beroperasi mungkin risiko kuman dan bakteria yang terlekat kat menu tu sedikit. Tapi bayangkan restoran yg anda kunjungi tu dah lebih 10 tahun beroperasi, almaklumlah salah satu restoran yg terkenal kat area rumah anda, mestilah banyak pelanggan setiap hari, kan? Bila banyak pelanggan banyak lah tangan yang terlebih dahulu memegang menu restoran tu. Hu Hu Hu Hu.... 

Ada satu kajian (Journal of Medical Virology) yg menunjukkan virus batuk dan selesema mampu menyorok di permukaan yang keras seperti menu restoran selama lebih kurang 18jam...you olssss. So lebih afdal jika anda sumer elakkan menu restoran itu terkena pinggan anda. Selain itu cucilah tangan tu selepas membuat pesanan. Pegilah take five sekejap kat tandas, kan? Kalau tak pun standby lah 'wet tissue' untuk anda lap tangan anda setelah memegang menu restoran.
2.Alat pemerah lemon
Dalam satu kajian pada tahun 2007 (Journal of Enviromental Health) telah melaporkan bahawa hampir 70% perahan lemon yang dihidang di dalam gelas mengandungi bakteria. Memanglah minum lemon dapat sedikit-sebanyak membantu untuk mengurangkan berat badan kalau nak dibandingkan dengan minuman berkarbonat. Tapi janganlah ambil risiko terdedah kepada virus dan bakteria ni. Kalau anda minum di rumah sudah tentu anda boleh perah lemon sendiri dan kebersihan alat pemerah lemon tu anda boleh jamin 100%. Tapi bila dah makan di luar rumah tu, apalah salahnya 'skip' minuman dengan perahan limau tu...

3.Condiment Dispenser

Selalu makan kat restoran 'fast food' kan? Jarang lah pengusaha premis makanan segera ni bersihkan botol-botol sos cili serta sos tomato mereka. Tambahan pula, ada segelintir umat manusia yg tak basuh tangan sebelum makan. So amat mudahlah proses perpindahan kuman dari tangan mereka ke botol dan ke tangan pelanggan seterusnya ====> ANDA !
4.Tombol pintu tandas
Jarang lah pintu tandas di tempat awam tidak dilengkapi dengan tombol pintu. Kebanyakkannya ada kan? Kan Kan? Kalau anda terbaca info ni, eloklah anda ambil tisu dan pegang tombol pintu tu dengan lapisan tisu di tangan anda. Orang lain nak cakap ape, membebellah dia orang.....bukan anda akan jumpa dia lagi lepas tu dan yg penting orang yg tak jatuh sakit nanti adalah anda....betul tak? :D

5.Soap Dispensers

Samalah macam point no 3, jarang sekali pencuci tandas mencuci 'soap dispensers' kan? Kira macam lagu kumpulan Iklim tu lah..Suci Dalam Debu. Dah molek dah sabun tu berfungsi untuk membunuh kuman sekali bekas sabun tu pulak dipenuhi dengan kuman lahhhh....Ala kan kita biasa picit-picit soap dispensers tu untuk cuci tangan kita kan? :p
6.Troli 
Haa....benda macam ni kita tak boleh elak kan? Bila pergi buat shopping barangan dapur mestilah guna troli kan yelah takkan nak angkut beras 20kg kat bahu kot? Itu baru beras belum lagi tepung gandum, gula, ikan, daging, sayur dan sabun pencuci pakaian. Seelok-eloknya bawak la wipe tissue untuk lap pemegang troli tu. Satu lagi tips ialah elakkan daripada mencuba sampel makanan percuma.

7.Tandas dalam kapalterbang

Fuhhhhhh berpeluh lah kalau ada penumpang yang ambik keputusan untuk menahan diri dari buang air kat tandas dalam kapalterbang. Janganlah u olssss praktikkan tabiat macam ni. Eloklah buang jek bahan buangan tu. Kan 'nature's call' tu, janganlah disekat-sekat. Kalau short haul punyer penerbangan takperlah jugak kalau long haul? He He He..sendiri mau ingatlah, kawan!

Dikatakan bahawa dengan mengambil makanan / minuman sampingan yang mengandungi teh hijau dapat mengawal seseorang dari asyik membuang air...Cubalah!
8.Klinik
Haizzzz....mana boleh nak elak kan? Bila perlu untuk jumpa doktor so kena lah jugak pergi ke klinik. Sana-sini orang sakit kan menunggu giliran untuk jumpa doktor dan ambil ubat? So eloklah kalau anda bawa wet tissue dan mainan kanak-kanak untuk anak anda sendiri (jika datang dengan anak anda). 

Hmmmmmmm...seronok dapat kongsi sedikit-sebanyak info kat readers blog th3b0r3dsha. Yg penting jaga diri dan jaga kesihatan serta makan makanan yg berkhasiat dan yg tinggi dengan vitamin C. Semoga anda sihat-sihat sokmo !!!!







Petikan dari 'The List Maker’s Get-Healthy Guide, By the Editors of Prevention'

Friday, October 14, 2011

IKEA contest? Jom menang jom ! Dari 6-26 Oktober 2011

Salam sejahtera semua ?? Thanks sebab sudi jenguk blog th3b0r3dsha nie :)

Hari ni th3b0r3dsha nak kongsi satu peraduan yg syok ! Hadiah yg bakal dimenangi pun sungguh syok !!! Siapalah yg tak mau hadiah dari IKEA kan? Gerenti semua suker. Meh th3b0r3dsha citer cara-cara dan mekanisma peraduan ni......... Jom !!

Setiap minggu anda semua berpeluang untuk memenangi produk IKEA, sudah tentulah perabot IKEA kan? Terdapat 4  ruangan rumah yang akan dipamerkan...seperti ruang tamu.....



ruang bekerja........bilik tidur........dan bilik tidur kanak-kanak.

Apa yang anda perlu buat ialah tag kan diri anda pada gambar perabot yang anda mahukan. Oppss !! Kalau cakap psl tag- tag ni tentulah kene log in dengan akaun facebook anda, kan?!!
Mekanisma peraduan :-

1. Log in akaun facebook anda. Aisehman.....sekarang ni hampir kesemua orang ada akaun facebook, kan? Hik Hik

2. Search akaun facebook IKEA Malaysia

2. Anda akan lihat promo berkenaan IKEA Click, Tag and Win !

4. Ikuti arahan selajutnya....Klik pada butang yg berwarna kuning

5. Pada setiap gambar ruang rumah yang dipamerkan, anda perlu tag diri anda pada produk yang anda suka dan anda mungkin menjadi pemenang yang bertuah !!!! Woot-Woot :))

Ingat ! Lebih kerap anda tag lebih banyak peluang untuk anda menang! Tapi anda hanye boleh tag sekali sehari je tau..! Hehe..Jadi tag lah setiap hari, yerk ...! :D     Mana nak tau kalau-kalau anda ada ONG ..boleh lah menang !! Pemenang akan dipilih secara rawak. Jadi semua orang ada peluang yang sama untuk menang !!! Isn't it fair, people ?? He..He...

Cepat ! Peraduan ini hanya sah sehingga 26 Oktober 2011 !!

th3b0r3dsha dah join ..tapi nak lah readers blog th3b0r3dsha join sama-sama...Mana tahu kan, untung-untung dapat lah hadiah sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba tak lama lagi. 26 Oktober kan Hari Deepavali !! :)) Kita kan 1 Malaysia !! Hiks Hiks....

Good Luck readers !!!!!!

Friday, October 7, 2011

Pls stop abortion !

Hai pembaca2x tegar blog th3b0r3dsha?ecewahhh..Hai pembaca semua? Harap kalian sihat yek..Salam Jumaat..Penghulu segala hari. Th3b0r3dsha nak share satu citer yg th3b0r3dsha petik dari facebook BUHAY OFW. Citer ni sangat menyentuh perasaan..sesiapa juga, tambahan hati ibu macam th3b0r3dsha ni... Tapi yang pasti kalau seseorang tu ada hati dan perasaan atau bahasa kita "hati perut" tentu akan tersentuh dengan citer cam ni. Sama-sama amik iktibar dan hentikanlah pengguguran janin !


Hi, Mommy.

... ...I'm your baby. You don't know me yet, I'm only a few
weeks old. You're going to find out about me soon, though, I promise.
Let me tell you some things about me. My name is John, and I've got
beautiful brown eyes and black hair. Well, I don't have it yet, but I
will when I'm born. I'm going to be your only child, and you'll call me
your one and only. I'm going to grow up without a daddy mostly, but we
have each other. We'll help each other, and love each other. I want to
be a doctor when I grow up.



You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn't
wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was
perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I
will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I
know it already.



Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him about
me! ...He wasn't happy, Mommy. He kind of got angry. I don't think that
you noticed, but he did. He started to talk about something called
wedlock, and money, and bills, and stuff I don't think I understand
yet. You were still happy, though, so it was okay. Then he did
something scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, and
your hands flying up to protect me. I was okay... but I was very sad
for you. You were crying then, Mommy. That's a sound I don't like. It
doesn't make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after,
and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I'm not sure if I
do. It wasn't right. You say he loves you... why would he hurt you? I
don't like it, Mommy.



Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, and
you're so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes,
and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the most
beautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I'm
happiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just wait
and see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I will
make you proud, and I will love you with all of my heart.



I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put your
hands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I love
you, Mommy.

Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was acting
funny and he wasn't talking right. He said he didn't want you. I don't
know why, but that's what he said. And he hit you again. I got angry,
Mommy. When I grow up I promise I won't let you get hurt! I promise to
protect you. Daddy is bad. I don't care if you think that he is a good
person, I think he's bad. But he hit you, and he said he didn't want
us. He doesn't like me. Why doesn't he like me, Mommy?



You didn't talk to me tonight, Mommy. Is everything okay?



It's been three days since you saw Daddy. You haven't talked to me or
touched me or anything since that. Don't you still love me, Mommy? I
still love you. I think you feel sad. The only time I feel you is when
you sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hug
me with your arms, and I feel safe and warm again. Why don't you do
that when you're awake, any more?
I'm 21 weeks old today, Mommy. Aren't you proud of me? We're going
somewhere today, and it's somewhere new. I'm excited. It looks like a
hospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tell
you that? I hope you're as excited as I am. I can't wait.



...Mommy, I'm getting scared. Your heart is still beating, but I don't
know what you are thinking. The doctor is talking to you. I think
something's going to happen soon. I'm really, really, really scared,
Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I love
you!



Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! It
feels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop!



Don't worry Mommy, I'm safe. I'm in heaven with the angels now. They
told me what you did, and they said it's called an abortion.
Why, Mommy? Why did you do it? Don't you love me any more? Why did you
get rid of me? I'm really, really, really sorry if I did something
wrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Why
don't you love me? What did I do to deserve what they did to me? I want
to live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not care
about me, and not talk to me. Didn't I love you enough? Please say
you'll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds and
see your face and grow up and be a doctor. I don't want to be here, I
want you to love me again! I'm really really really sorry if I did
something wrong. I love you!





I love you, Mommy.

Tuesday, October 4, 2011

latest th3b0r3dsha's picture?? ehehehe dengan siapa lagik kalo bukan dengan my baby

Tara !!!!!!!!!!!!!!! Ni lah dia picture terbaru th3b0r3dsha... !!!!!!!!!! Khas untuk tatapan readers sumer.....Comel tak baby th3b0r3dsha? Nama dia Nur Damia.... Sekarang ni umur dia setahun 2 bulan... Yelah kat profile blog th3b0r3dsha kat atas tu th3b0r3dsha ada bagi tahu umur baby kan tapi tu dah tak relevan sebab time tu th3b0r3dsha mula-mula berjinak merpati dengan dunia blogging...cewahhh Ehehehe....

Masa ni wedding officemate hubby th3b0r3dsha kat The Duchess, Jln Ampang. Wedding ni minggu lepas. More picture will be upload soon ...!!!

from a professional looks to supermodel looks !!!!!! Thanks to New Look Studio, Farrenheit, Jln Bkt Bintang !!!!!

Wow...... dah lama tak update blog...berhabuk erk? Hehe...Thanks sebab kalian masih jenguk-jenguk blog th3b0r3dsha ni.... Hari ni th3b0r3dsha nak tayang gambar BFF lepas dia pergi buat make up + hair do untuk satu photography shooting.  

BFF th3b0r3dsha ni seorang yang sungguh workaholic tau..tapi memang berbaloi-baloi lah kerja kuat dia tu....Huhu....Usaha kan tangga kejayaan. :)) Dia ni orang yg jarang make-up. So ape lagi kami sebagai rakan-rakan BFF dia puji melambung-lambung lah bila tengok hasil solekan dan sesi fotografi yang dia dah buat... :))

Dengan hanya kos RM288, BFF th3b0r3dsha ni dapat solekan oleh juruandam artis dengan solekan artis....ala sekarang ni kan trend make-up artist tu ! Kos ni termasuklah kos dandanan rambut....dan photography shooting. Hasilnya??? Nah.....th3b0r3dsha dah dapat lesen untuk kongsi beberapa keping gambar-gambar dia.....







Jomlah pakat ramai-ramai p Farrenheit..Tak buat solekan boleh p window shopping...:))