Thursday, December 1, 2011

Entry terakhir di musim Luruh 2011

Hai readers? 

Th3b0r3dsha sangat teruja nak citer pasal aktiviti hari ni yakni hari terakhir di musim luruh pada tahun 2011 ni. Yelah bila dah masuk December dah kira musim sejuk pulak, kan? Hi Hi Hi......#Eh, musim luruh? Musim sejuk? Malaysia? KL ada musim luruh? (Sila gelak perlahan-lahan sambil control ayu dan control handsome, ok?) Hu Hu....

credit picture to better photo



Malaysia tanahair ku memang lah tak alami iklim empat musim macam negara-negara yg lain. Tentu sekali kerana kedudukan Malaysia yg terletak di garisan khatulistiwa. So iklim Malaysia ialah iklim khatulistiwa yakni panas dan lembab sepanjang tahun.

Kebanyakan negara yg terletak di benua eropah akan alami musim sejuk mulai awal December 2011. Begitu juga Amerika Syarikat, China, Korea, Japan, Taiwan dan Hong Kong. Musim sejuk akan dialami sehinggalah masuk bulan Mac 2012, yakni musim bunga pulak akan bermula. Itu bagi negara-negara di sebelah atas, tetapi bagi negara-negara di sebelah bawah yakni Australia dan New Zealand pulak akan alami musim panas pada awal December 2011. Bulan Mac 2012 nanti Australia dan New Zealand akan alami musim luruh pulak.

Wah !!! Sesekali citer bab cuaca dan geografi pulak ek? Kui Kui Kui.....

So back to topic, berikut ialah aktiviti th3b0r3dsha di hari terakhir musim luruh, yakni pada 30 November 2011. Ihikss..

6.30 petang : Th3b0r3dsha pulang dari kerja dan kereta th3b0r3dsha beredar dari parking IKEA

Traffic jam sangat teruk masa th3b0r3dsha nak buat pusingan U di Bangsar menghala ke Bukit Bandaraya. Begitu juga di Jalan Loke Yew. Masing-masing nak cepat so kebanyakan pemandu akan ambil jalan mudah dan potong Q. Isk Isk Isk !! Tak patutttt...!

7.45 malam : Th3b0r3dsha selamat sampai kawasan rumah tapi singgah jap rumah babysitter Damia untuk buat bayaran babysit Damia pada bulan November. Sempat jugak borak dengan babysitter dan th3b0r3dsha pun ada tanya fasal bubur nasi yg th3b0r3dsha ada sediakan untuk Damia pada hari ni. Th3b0r3dsha cuba-cuba masukkan sikit sayur sawi kat bubur nasi Damia, saja nak bikin kelainan. Most of the time th3b0r3dsha letak lobak merah atau kentang atau isi ayam atau daging lembu kisar atau isi udang atau isi ketam atau serbuk ikan bilis yg th3b0r3dsha buat sendiri kat dalam bubur nasi. Oh ye, babysitter ada jugak bagi tahu yg Damia memang berselera je bila makan bubur. Roti bersalut telur yg th3b0r3dsha bekalkan untuk breakfast pun dia suka makan.....Alhamdulillah, praise to God.

7.55 malam : Th3b0r3dsha cepat-cepat mandi dan solat Maghrib lepas tu zasssss, terus masuk dapur. Wah sejak th3b0r3dsha sakit minggu lepas, dapur I tak berasap U olsss! Either enchek hubby tolong tapaukan makanan atau kami sekeluarga pi makan kat luar tapi menu-menu th3b0r3dsha masa anak tekak bengkak hari tu asyik-asyik bubur atau bihun sup atau soto. Hu Hu Hu.... Weekend lepas pulak kami pulang ke teratak ibu mertuaku di Shah Alam so tiada aktiviti memasak ala-ala MasterChef di Cheras !! :)

9.30 malam : Yeayyy its makan time !!! tapi th3b0r3dsha suapkan Damia makan dan biar enchek hubby yg start makan dulu. Yelah bila dah ada anak kecik kita kenalah bergilir-gilir untuk makan, barulah pengurusan masa yg mantap dan jitu, auwwww.. : ) Apa menu makan malam kali ni? Hmmm, ikan merah masak cili special edition letak daun limau purut, serai dan halia...Ihiksss lepas tu Bayam masak air. Menu Damia pulak is ikan merah goreng dan bayam masak ai. Alhamdulillah habis seekor ikan tu si Damia makan......berselera anak ibu, tapi saiz ikan untuk Damia taklah besar sangat, yg sedang-sedang sajer...

 Lepas suapkan Damia makan now turn ibu pulak nak makan. Enchek hubby plak lah yg layan Damia, kan? Depa doq main passing passing bola..Hu Hu Hu....Damia dah start merengek lepas lima belas minit, cepat-cepat enchek hubby suapkan buah Delima yg adik ipar th3b0r3dsha belikan. 

Bila dah tidurkan Damia, hmmmmmmmm aktiviti memasak bubur untuk Damia pun bermula. Sementara tunggu bubur nasi masak, apa lagik kan, th3b0r3dsha pun capai lah lappy tersayang dan update lah entry kali ni.

Ihikssss, th3b0r3dsha nak wish selamat menyambut bulan December dan semoga readers semua sempat untuk tunaikan semua azam bagi tahun 2011. Kalau tak sempat nak capai, carry forward lah azam tu ke tahun 2012 , ye tak ? :))


3 comments:

cik nieza said...

mm mia da pandai berdiri ia?pandai3..:-)

Unknown said...

ihiks...macam tuh lah mak usu.....alhamdulillah :)

Indian Fashion said...

Beautiful this post so thanks

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!