Friday, October 5, 2012

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Assalamualaikum?


Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau nama pendeknya SSPN yg berlandaskan Wakalah Bil Istithmar bukanlah satu terma baru di Malaysia. Ia sering diperkatakan apatah lagi ketika berbicara tentang pendidikan anak-anak di masa hadapan. Waktu Sha jadi budak sekolah rendah dulu tak wujud pun segala terma begini, malah ketika Sha berada di Sekolah Menengah hanya pelajar 'cream de la cream' yg bakal mendapat tajaan pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg tertinggi dari pihak Mara. Tidak wujud lagi istilah PTPTN ketika Sha berada di darjah 1 pada tahun 1988 yakni 24 tahun dulu. 

Tapi kini segala-galanya telah berubah dan negara kita sudah maju di dalam segenap aspek termasuklah bidang pendidikan. Dengan simpanan permulaan serendah RM20 di institusi kewangan yg terpilih kita mampu menyediakan platform demi pendidikan anak-anak kita untuk masa hadapan. 

Sekadar renungan bersama, mungkin kita tidak boleh assume berapakah kos sebenar yg bakal kita gunakan untuk menghantar anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM nanti?? Berapakah kos pendidikan di peringkat tertiary kelak? 20 tahun dulu adakah kita dengan mudahnya lihat kelibat pelajar asing yg belajar di universiti di negara kita?? Tidak, bukan? Bagaimana pula 10 tahun yg akan datang?? Tentu sekali jumlah pelajar asing makin bertambah berbanding sekarang. 

Ya Sha dan enchek hubby sudahpun mendepositkan sejumlah wang untuk Damia di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan InsyaAllah both Sha dan enchek hubby akan terus menyumbang di bulan yg akan datang. 

Damia dan kazen-kazennya :)

1 comments:

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah!! Bagusnya sha dan suami..
Eh pd thn 1988 sha darjah 1? Maksudnya sha ni muda dr saya sethun la.

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!