Assalamualaikum?
Kos lepas dari terma ilmu ekonomi bermaksud sesuatu nilai atau barang yg perlu dikorbankan untuk satu nilai atau satu barang yg lain. Gitu. Hello lovelies..hari ni kita refresh memori pasal subjek ekonomi...mau kah? Muahaha..mau lah mau lah. Sia-sia je Sha dapat A1 untuk subjek Ekonomi Asas dalam SPM tahun 1998 dulu. Terima kasih cikgu ekonomi !!!! (alahai sorry terlupa lah nama cikgu ekonomi) :)
Bila kita drive kereta sendiri dan maksimakan penggunaan kereta tu untuk tujuan mencari rezeki pastinya kita tak boleh elak dari kos penyelenggaraan ataupun maintenance cost. Baru-baru ni Sha dan enchek hubby spent almost RM1300 untuk tukar bearing tayar, disk brake, brake pad, lampu brake, aircond compressor dan juga kos untuk servis aircond. Biasalahkan Sha bila dapat figure gitu terus Sha teringat kat handbag yg mahal-mahal tu. Ahaksssssss. Langsung tak ada kena-mengenakan? Cuma Sha terfikir kalaulah duit yg kami spent tu buat beli handbag baru yg ehem ehem branded macam Princess Victoria jual kat website tu alahaiiiii syoknya. Hiks.
kredit gambar : website Princess Victoria |
Tapi being a rasional person kan so kita kenalah berpijak di bumi yg nyata. Sah-sahlah tukar ganti alat dalam kereta kita tu satu keperluan berbanding handbag mahai-mahai tu pula adalah satu kehendak. Gitu. Tak apa Sha masih happy lagi dengan handbag Charles & Keith yg enchek hubby hadiahkan. Handbag kahwin pun jenama tak mau kalah, ada lagi simpan elok-elok. Paris Hilton lagi. So alhamdulillah atas rezeki yg Allah berikan dan InsyaAllah kalau ada rezeki nanti bolehlah pakai handbag lagi mahal ye dok? Yg penting kita berusaha, bertawakal dan be positive always :)
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!