Assalamualaikum????
Hi semua, dah mula mood Hari Raya Haji kan? Yg pastinya jalanraya di Klang Valley mula lengang sejak pagi tadi yakni ketika Sha on the way ke tempat kerja. Anyway ni ada sedikit info tentang FARDHU HAJI yg Sha kongsikan dari laman facebook Vyrec :~
Dalil dari al-Quran:
-Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah : Digalakkan untuk umat Islam berpuasa sunat pada hari ini. Alhamdulillah ketika entry ini ditulis Sha masih berpuasa.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah : Digalakkan untuk umat Islam berpuasa sunat pada hari ini. Alhamdulillah ketika entry ini ditulis Sha masih berpuasa.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa.
Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.
Walaupun ibadat Haji diwajibkan untuk umat Islam yg mampu namun kita perlulah menanam niat di dalam hati dari sekarang untuk pergi menunaikan Fardhu Haji suatu hari nanti. Jikalau kita boleh pergi menunaikan Fardhu Haji lebih awal lebih bagus, yakni ketika kita masih muda. InsyaAllah.
Salah satu azam Sha pada tahun 2013 ialah meningkatkan simpanan Tabung Haji Sha. InsyaAllah. Mudah-mudahan azam tu dimakbulkan oleh Allah. At the moment Sha masih berkira-kira untuk memikirkan caranya, mungkin perlu untuk Sha kurangkan perbelanjaan Sha setiap bulan. InsyaAllah. One of the solution yg Sha tengah fikirkan buat masa ini.
Anyway untuk Raya Haji kali ni Sha, enchek hubby dan Damia akan beraya di Shah Alam yakni di rumah mentua Sha. Sha cadang nak masak Soto untuk jamuan kami sekeluarga. Tadi Sha dah pergi shopping sikit kat Tesco Mutiara Damansara. Almaklumlah Tesco tu dekat je ngan office ni. Haruslah Sha contribute $$$ kat Tesco tu kan. Ihiks.
So Sha ucapakan Selamat Hari Raya Haji buat semua rakan-rakan blog dan maaf zahir batin ye. Hati-hati ketika memandu kereta tu. Semoga kita semua mendapat keberkatan di Hari Raya Haji kali ini. InsyaAllah
credit gambar : laman facebook Vyrec atau Virtual Youth Resource Centre |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!