Thursday, October 11, 2012

Selamat Tinggal HTC Desire S ku yg disayangi

Assalamualaikum?


Nasi dah jadi bubur sebab segala kecuaian yg telah terjadi sebelum ni tiada apa yg boleh mengembalikan ia kepada keadaan yg asal. Segala yg tersurat dan tersirat adalah ketentuan Yang Maha Esa. Semoga ia menjadikan Sha sebagai individu ataupun pengguna gadget yg lebih berhati-hati. 

Henpon HTC Desire S Sha yg baru nak masuk 1 tahun telahpun rosak dan kos membaikinya dikatakan melebihi harga pasaran henpon tu sendiri. Semalam HTC Service Centre dah hubungi Sha sendiri untuk memberitahu perkara ini. Menitis juga air mata ni sebab ia banyak betul berjasa kepada Sha dan family. Kebanyakan gambar-gambar yg Sha capture dan post ke dalam blog ni merupakan hasil tangkapan dari henpon tersebut kerana kualiti gambarnya yg sangat cantik dan bagi Sha ia sudah cukup untuk Sha, seorang blogger bukan sepenuh masa.

Apakan daya Sha masih boleh gunakan digital kamera Canon yakni hadiah perkahwinan yg telah diberikan oleh adik-beradik Sha. Tentang henpon gantian, biarlah masa yg menentukannya. Sob..sob....

Im going to miss you a lottttttt!
 

1 comments:

cik nieza said...

sabau ia my sis..ad hikmahnya tu..maybe nk dpt iphone 5 atau samsung note kot..huhu

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!