Assalamualaikum???
Hello lovelies......Amacam best tak raya haji korang? Korang pergi solat sunat Aidiladha kat mana? Berapa ekor lembu yg ditumbangkan kat kawasan korang tinggal? Apa juadah hari raya korban yg paling korang teringat-ingat sampai sekarang? Muehehehe....
Masa malam raya tu barulah Sha, enchek hubby dan Damia balik ke rumah mentua di Shah Alam. Hari Khamis tu kan Hari Wukuf so umat islam digalakkan untuk puasa sunat. Both Sha dan enchek hubby dapat puasa sunat dan kebetulan jammed teruk sangat pada petang Khamis masa kami on the way balik rumah dari office. Assumption Sha .... petang Khamis jalan dah tak jammed sebab paginya nampak lengang aje jalan. Rupa-rupanya ramalanku tak benar belaka. Huhuhu. Last-last kami buka puasa dalam kereta huhuhuhu. Nasib baik dah tapau Kebab Baba Rafi yg famous amos dari Turki. Alhamdulillah. Kebab untuk Damia pun Sha ada belikan. Suka betul budak kecik tu makan kebab ayam yeh. Huhu.
Sampai aje kat rumah hujan turun lagi lebat dengan petir dan guruh sekali. Pakej. Apa-apa pun hujan kan satu rahmat dari Allah. Alhamdulillah. Syukur. Lepas Sha pack bag dan bahan-bahan untuk masak Soto, dalam jam 10.30 gitu kami gerak ke Shah Alam. Ketika tu masih hujan kat luar cuma dah reda sikitlah. Dialog si Damia malam tu.... "ibu hujan", so Sha cakap kat dia "ye, hujan lebat". Terus dia cakap "Payung" ! Hihi. Ada jek yg nak dia connectkan dalam minda dia. :) Mesti salah satu kebaikan susu Dumex Dugro, kan? Alhamdulillah Thank You Allah.
Bila kami sampai Shah Alam operasi memasak Soto pun bermula. Rebus ayam, rebus nasi impit, masak kuah soto, rebus daging kisar dan goreng kentang untuk begedil. Family di Shah Alam pun masih sibuk memasak time tu. Menu yg family Sha sediakan ialah Rendang Daging, Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Ketupat Palas, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan kek kukus. Apa lagi episod MasterChef Malaysia pun bermulalah. Hahahaha. Masing-masing dengan dapur masing-masing. Pum pam pum pam pukul 1.30 am gitu barulah Sha masuk tidur. Kekekeke. Esok-esok paginya lepas solat subuh terus Sha goreng begedil dan carik-carik isi ayam untuk Soto sebelum bersiap-siap ke masjid untuk solat sunat Aidiladha. Awesome ! :)
Gambar kami untuk Hari Raya Haji 1433 Hijrah. Cantik tak my first jubah from F&H Online Boutique ? |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!