Showing posts with label HTC Service Centre. Show all posts
Showing posts with label HTC Service Centre. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Selamat Tinggal HTC Desire S ku yg disayangi

Assalamualaikum?


Nasi dah jadi bubur sebab segala kecuaian yg telah terjadi sebelum ni tiada apa yg boleh mengembalikan ia kepada keadaan yg asal. Segala yg tersurat dan tersirat adalah ketentuan Yang Maha Esa. Semoga ia menjadikan Sha sebagai individu ataupun pengguna gadget yg lebih berhati-hati. 

Henpon HTC Desire S Sha yg baru nak masuk 1 tahun telahpun rosak dan kos membaikinya dikatakan melebihi harga pasaran henpon tu sendiri. Semalam HTC Service Centre dah hubungi Sha sendiri untuk memberitahu perkara ini. Menitis juga air mata ni sebab ia banyak betul berjasa kepada Sha dan family. Kebanyakan gambar-gambar yg Sha capture dan post ke dalam blog ni merupakan hasil tangkapan dari henpon tersebut kerana kualiti gambarnya yg sangat cantik dan bagi Sha ia sudah cukup untuk Sha, seorang blogger bukan sepenuh masa.

Apakan daya Sha masih boleh gunakan digital kamera Canon yakni hadiah perkahwinan yg telah diberikan oleh adik-beradik Sha. Tentang henpon gantian, biarlah masa yg menentukannya. Sob..sob....

Im going to miss you a lottttttt!
 

Thursday, October 4, 2012

Saya masih sayang kat handphone saya

Assalamualaikum???


Hello Uols. Selamat tengahari.. dah lunch ke belum? Sha dah tapau magee goreng ni dari Teh Tarik Cafe di The Curve tapi belum ada 'feel' nak menjamahnya. Ecewahhhh buat-buat kenyang lettew, pada hal tengah lapar sangat ni. Ngeh3x... Uols uols uolssssss (berapa harakat daaa uols tu) tajuk entry kali ni agak emosi lah, kan? Anda setuju? Hahahaa. Cerita banyak tak mau. Straight to the Ampang Point KL. Henpon Sha hang sejak awal pagi tadi. Sekarang ni Sha rasa risau + gundah + gulana + sedih + takut + lapar + dan sebagainya.. Eheks

InsyaAllah Sabtu ni Sha akan pergi hantar smart phone yg tersayang ni ke HTC Service Centre sebab masih under warranty. Moga-moga henpon ni dapat diselamatkan lagi dan tak maulah kena re-format henpon bagai sebab ada banyak betul koleksi gambar-gambar yg Sha sangat sangat sayang yg ada dalam henpon tu. Uhuk Uhuk.