Tuesday, November 15, 2011

Movie review : Misteri Jalan Lama


Hello readers? Salam sejahtera ?? Ermmmm....Thanks sebab sudi jalan-jalan kat blog th3b0r3dsha ye. Alhamdulillah plan 'berdating' th3b0r3dsha dan enchek hubby dah pun selamat dan selesai. Lama benar tak keluar berdua, selalu keluar bertiga aje kan? Damia dah selamat dijaga oleh parents th3b0r3dsha dan siblings di Pee Jay. Tapi sekejab aje lepas habis movie tu kami bawaklah Damia pulang ke Cheras semula.
Kui Kui Kui.....

ni masa kat jambatan Titanic, Cineleisure , ihiks



So inilah dia suprise yg th3b0r3dsha bagi tahu kat entry semalam tu. Movie yg ditonton selepas mendapat undangan dari rakan twitter itu ialah sebuah filem arahan Afdlin Shauki yg bertajuk 'Misteri Jalan Lama'. Satu panggung hampir penuh dengan penyokong filem tempatan. Yelah, filem kita, wajah kita !! Ecewaaahhh....




Guess what? Kami jumpa blogger CikLilyPutih masa nomnomnom kat McD..!! Beliau dan hubby turut serta menonton movie Misteri Jalan Lama ni. Wink-wiNK !!

sorry ciklily, picture a bit goyang.....



Selepas dinner kat McDonald kami terus menuju ke Cineleisure dan mendaftarkan diri dengan tweethandle, yakni th3b0r3dsha. Opssss sebenarnya kami terserempak dengan pelakon drama 'Asmara' tu...Siapa lagik kalau bukan Shah Jazle. Dia berdua dengan......entah siapa entah? Malas nak kacaukan, kalau ikutkan hati mau th3b0r3dsha ni jadik paparazzi..Ngeh Ngeh Ngeh. Tapi, ohh tidak....Yelah, pelakon pun nakkan privacy jugak. Ha Ha Ha..sedapkan hati aku yg kuciwa sebab tak dapat snap picture Shah Jazle.. :))

Masuk aje panggung dah ada kata-kata aluan dari emcee...Semuanya nampak bersemangat untuk tonton movie ni. Paling teruja bila emcee bagi tahu kami bahawa Afdlin Shauki akan menyusul kemudian kerana beliau masih lagi dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kluang, Johor.

OK, back to the topic, terus terang th3b0r3dsha akui bahawa th3b0r3dsha seorang yg pengecut dan ada adengan-adengan yg terpaksa th3b0r3dsha abaikan. Ha Ha Ha......sila gelak beramai-ramai yeh ! Sesekali enchek hubby di sebelah mengusik "Alaaaa tak payah lah tutup muka dengan tangan, tak ada apa-apa pun'. Amboiiiiii ....mentang-mentanglah enchek hubby tu sang berani, cool aje dia layan semua adengan, kan? Lain pulak dengan th3b0r3dsha ni , start je bunyi yg menakutkan terus katup muka dengan tapak tangan, aiyoooo wa tarak berani loh....:))

Tapi overall, movie ni bukanlah berkisar tentang hantu tetapi sebenarnya ia memaparkan satu bentuk perhubungan antara dua jenis dunia yakni dunia manusia dan dunia orang bunian. Ianya digarap sebaik mungkin agar penonton terpaku dan tertunggu-tunggu apakah adengan seterusnya. Ada sesetengah filem tu yg agak klise maka penonton mudah untuk membuat andaian masing-masing. Tetapi bagi filem MJL ini Afdlin berjaya membuat satu kelainan dan plot ceritanya amat meyakinkan terutama ketika adengan-adengan fantasi.

Bagi penggemar filem epik contohnya filem Lord Of The Ring, anda pasti tertarik untuk menonton filem MJL ini. Afdlin turut mengakui beliau amat mengagumi filem epik dan filem sebegini adalah sesuatu yg diidam-idamkannya selama ini.

Menurut Afdlin lagi ketika sesi Q&A di akhir tayangan, unsur bunian dipilih di dalam filem ini adalah hasil 'research' yg dilakukannya beserta pengalaman rakan terdekat seperti Aziz M. Osman dab beberapa orang lagi. Antaranya ialah manusia harus menghindarkan diri dari makan makanan yg dijamu oleh orang bunian. Selain itu jikalau manusia itu menari bersama orang bunian sehingga orang bunian itu membentuk satu bulatan dan manusia berada di tengah-tengahnya, maka manusia tersebut akan masuk ke dunia orang bunian.

Sedikit pendahuluan dari th3b0r3dsha, filem ini berkisar tentang institusi kekeluargaan di antara seorang ayah dan dua orang anaknya iaitu lakonan Hans Isaac dan Que Haidar. Afdlin, turut menyelitkan unsur jenaka di dalam filem ini tetapi sekali lagi pujian harus diberi kerana aksi lawak yg ditontonkan tidak keterlaluan. Maka sesuai sekali jika pepatah Inggeris 'Less is More' diberikan ! 

Antara barisan pelakon lain yg menjayakan filem MJL ini ialah Vanida Imran, Liyana Jasmay, Marion Counter, Sari Yanti, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi. Teruja tak dengan barisan pelakon yg hebat-hebat belaka ni? :))

Jom terjah gambar yg sempat th3b0r3dsha dan enchek hubby snap ! Jom ??

Afdlin ketika Q&A session
Afdlin dan enchek hubby


rakan twitter, Zullicious, Afdlin dan sorunk lg rakan twitter

Misteri Jalan Lama akan masuk ke pawagam berdekatan anda pada 24 Nov ini...So, selamat menonton dan semoga anda semua terhibur !!!!


6 comments:

puanbee said...

wah sha rajin betul lah dia ..

Anonymous said...

Ceriter nih,Abg bagi 4/5 Bintang lahhhh dear.. =D
Your Hubby

Anonymous said...

wahhh... sounds great movie!! u 2 had a good time ha?? Sian Mia..kena left behind.. anyway this movie can be box opis ka??... Along , Jb

Psssttt.. i loike yr pic with afdlin...

Cik Lily Putih said...

ermm not bad citer nie tak de lah takut langsung, cume terperanjat2 sket je

anyway thks for the photo, x kisahlah goyang janji ado

Unknown said...

puan bee : haha..sesekali dpt chance mmg enjoyed to the fullest lah! hihi

abg : twinkle-twinkle little star ek? hohoho

along : x pe Mia ok je..len kali buleh bw Mia plak..pic dgn Afdlin tu ek? hik3x....

cik lily : sesamer cik lily, hepi 2 c u there :)

Freelance SEO said...

Fantastic movie review share in the post. really your good looking and thanks

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!