Friday, November 11, 2011

Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night

Salam 1Malaysia

Ingat lagi tak teaser yg th3b0r3dsha ada war-warkan sebelum ni fasal satu event yg th3b0r3dsha dan enchek hubby hadiri? Ala, post fasal Kirsten Dunst dating dengan Samurai kat event Astro B.yond IPTV tu.... Hu Hu Hu..... Ingat? Tak ingat???

OK kali ni th3b0r3dsha nak kongsikan informasi yg lebih lengkap berkenaan event tu. Mesti u olsss nak tahu apa benda sebenarnya Astro B.yond IPTV ni, kan? All right, momantai, anda dah bersedia ? Sudah?? Mari mari mari !!


Event yg dianjurkan oleh Nuffnang ini telahpun berlangsung dengan meriahnya di hadapan Astro B.yond IPTV Concept Store kat Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Th3b0r3dsha sampai sana ngam-ngam ketika sesi pendaftaran bermula. Seorang blogger Nuffnang yg dijemput boleh membawa seorang teman. Th3b0r3dsha bawa enchek hubby lah kan siapa lagi yg nak diharapkan?? Kekekeke... Oh ye, sesi pendaftaran bermula pada jam 6.00 petang dan majlis bermula pada jam 6.45 petang.


Oppsss..tapi u olssss mesti nak tahu kan, cerita di sebalik tabir ? Aik, dah macam filem pulak, siap ada disebalik tabir bagai....Saspens  gitu! Ha Ha Ha...Yang sebenarnya th3b0r3dsha dan enchek hubby sudah sesat barat lahhhh nak cari ini tempat. Hu Hu Hu.....

Mula-mula kami sampai di Solaris Dutamas tapi rupa-rupanya bukan itu tempat yg dicari ! Solaris Mont Kiara dan Solaris Dutamas ni adalah dua tempat yg berbeza tau ! Aiyooooo.... :))  Tapi dengan berkat kesabaran kami dapat juga navigate kereta kami ke tempat yg sepatutnya. Ihiks.

Say bye-bye to Solaris Dutamas !!!!!!! Ha Ha Ha....Lain hari ajelah kami singgah yek? :)

Bila dah selamat sampai kat Solaris Mont Kiara, kami berpusing 2-3 kali jugaklah sebab nak dapatkan tempat letak kereta yg terbaik. End up, kami park kereta di hadapan Maybank. Alhamdulillah, kami rasa lebih yakin dan selamat bila dapat petak parking yg sepatutnya instead of park kereta kat bahu jalan aje, kan ? :))


Inilah dia Astro B.yond IPTV Concept Store. Ia terletak di ground floor....so, amatlah mudah untuk dikunjungi, kan? Lokasi yg sangat strategik, betul tak? Sesiapa yg lalu-lalang kat area tu mesti tertarik untuk singgah dan dapatkan lebih info. Untung-untung, terus sign-up dan pasang Astro B.yond IPTV kat rumah masing-masing !!!

Lepas mendaftar dan collect door gift, kami pun terus masuk Astro B.yond IPTV Concept Store tadi dan first of all mesti lah usha-usha dan berkenalan dengan blogger Nuffnang yg dah sampai, kan? Ramai jugak Nuffnangers yg dah sampai, adalah lebih kurang 10-15 orang bloggers macam tu.

Th3b0r3dsha dan enchek hubby terus jalan-jalan cari maklumat kat Astro B.yond IPTV Concept Store ni Ambil gambar sini, ambil gambar sana, nasib baiklah enchek hubby sudi luangkan masa kan, boleh tolong-tolong amik gambar ye dak?? Oh ye, Astro B.yond Concept Store ini terbahagi kepada 3 bahagian, yakni Discovery Zone, Connect Zone dan Experience Zone.

Apa fungsi kesemua zon-zon tu? Anda akan berpeluang untuk melihat dengan mata dan kepala sendiri peralatan Astro B.yond IPTV ini, apatah lagi bila melihatkan alat gentian kabel yg halus serta yg paling penting tak berserabut, sebab hanya ada satu wayar sahaja yg disambungkan !!! Seterusnya anda turut berpeluang untuk menggunakan remote control Astro B.yond IPTV tu dan tukar-tukar channel tv dengan fungsi HD atau High Definition tu. Kat situ jugak anda dapat peluang untuk alami dan nikmati kesemua ciri-ciri unik Astro B.yond IPTV ni. Konon-konon macam tengok kat rumah sendiri lah..haa.. macam tu. Amacam..ada syok kah? You see, you touch and you experience yourself!

Nak tengok satu magic show tak? Haaaaa.....jom tengok dua keping gambar kat bawah ni. Gambar pertama ialah channel tv tanpa HD atau High Definition. Manakala gambar keduanya pula ialah gambar rancangan tv yg berdefinisi tinggi. Cuba readers bezakan sendiri............!




Wowwwww!! Teruja tak bila tengok gambar yg kedua? Huh gambar kedua memaparkan kualiti gambar yg lebih jelas, objek dan warna yang lebih terang dan nampak lebih real serta dikelilingi pulak dengan 5.1 Dolby Digital surround sound. Perghhhhhh....suka tak?

Rasa macam nak masuk dalam tv sama-sama pulak, kan? Ihiksss...Tengok gambar kat bawah ni lagi :-


Th3b0r3dsha dan enchek hubby pun ada jumpa banner ni, tau dalam Astro B.yond IPTV Concept Store tu.......Jom terjah??



Kami sangatlahhh bertuah sebab Mr Eric Foo sudi berkongsi first hand information tentang Astro B.yond IPTV ni !! Kalau anda nak tahu, Mr Eric Foo ni ialah orang kuat Astro tau !! Dialah Vice President bagi IPTV Sales Channel Management under Customer Division. Kat sini th3b0r3dsha tempek beberapa keping gambar yg enchek hubby tolong snap masa th3b0r3dsha dengar taklimat ringkas oleh Eric.








Astro B.yond IPTV ni dilengkapi dengan HD & PVR enabled box, HDMI cable, Wi-Fi router modem, Astro Smartcard dan semestinya remote control Astro !! 

So, semestinya anda hanya perlukan satu talian yakni Astro B.yond IPTV untuk kesemuanya iaitu Astro, Broadband dan talian telefon atau Voice. Rahsia di sebalik ketiga-tiga ciri unik ini ialah kebebasan berinternet 30 mega kali ganda dari kelajuan biasa, hiburan dan rancangan televisyen yg berdefinisi tinggi dan boleh ditonton secara fleksibel atau pada bila-bila masa, serta kekal berhubung dengan orang tersayang pada kadar harga yg berpatutan !!! Jangan tak percaya, so anda kena alaminya sendiri untuk mempercayai apa yg th3b0r3dsha bagi tahu ni. :)) 

Nak maklumat lagi ??? OK ... here we go....!

1. Program tv terbaik dari Astro
Terdapat lebih dari 150 program yg ditawarkan di Astro dan 15 programnya adalah rancangan tv berdefinisi tinggi atau High Definition (HD). Tentunya lebih banyak pilihan rancangan yg boleh anda saksikan di kaca tv !

2.Innovative Personal Recording Services (PVR)
Dengan kemudahan merakam dan mengulang-tayang semula pada waktu yg anda inginkan, pada bila-bila masa je ! Tengok berulang kali pun boleh !!!!

3.Video-on-Demand (VOD) Services
Terdapat lebih dari 200 program tv yg sentiasa dikemaskini dan disimpan di dalam satu storan, apa yg anda perlu lakukan ialah tekan butang tertentu dan nah!, filem pilihan anda sedia untuk ditonton sekarang !!!
 
4.Gentian Jalur Lebar yg terpantas
Dengan talian yg sama untuk menonton rancangan tv, anda turut berpeluang menikmati kelajuan ketika melayari Internet 30 kali ganda dari kelajuan biasa di Malaysia ketika ini. Walaupun hanya satu wayar yg dihubungkan, tetapi dengan kabel gentian optik sepenuhnya dari TIME, ia berupaya untuk meningkatkan potensi dan kelajuan ketika melayari Internet.
Nak tahu lagi fasal Astro B.yond IPTV ni? OK, sambil menonton rancangan tv yg dilengkapi dengan HD atau High Definition, ataupun sambil layan rancangan tv yg husband anda tolong rakamkan, di waktu yg sama, anda boleh rakam 2 lagi program tv yg turut dilengkapi dengan fungsi HD. Huh, bukan takat tu je, sambil tu jugak anda juga masih boleh muat turun program dari VOD atau Video On Demand. Terbaikkkk, yo??  Maksudnya sambil tengok program kat Movies HD anda boleh rakam 2 lagi program kat Movies HD serta rakam 1 program dari Video On Demand. :))

Tiada lagi masalah ketika hujan sebab Astro B.yond IPTV ni dihubungkan melalui kabel gentian optik dan penghantaran isyarat maklumat bukanlah dihantar melalui gelombang radio seperti sebelum ini. So tiada lagi rancangan tv tergendala akibat gangguan cuaca. Inilah inovasi dan pembaharuan yg dibawakan oleh Astro. Teruja kan??? Hu Hu Hu..... OK jom layan lagi gambar-gambar sekitar event ni......

enchek hubby jumpa orang kampung...Mr Melvin Teoh. He is Nuffnang Crew
enchek hubby dan Ms Audrey, a cute blogger

gambar ni yg masuk The Star edisi 4 Nov 2011
Me with Nuffnang crew, Ms Thara



Emcee of the night, Adam C, Hitz.fm DJ

We are team ' I '  for a game 'Who Kidnapped Kak Limah' and we won RM500 cash vouchers !!!! Kak Limah has been kidnapped by Mary-Kate-Olsen and she is using Hulahoop to kidnapped Kak Limah at Chilla Cup ! BINGO !!

5 best female dressed bloggers, won by Captain America

5 best male dressed bloggers, won by Lady Gaga

funny, uh? hihi

scarry !!! eehehee
with orang kuat Nuffnang, Mr Nicholas Chay.  
Thanks for your time ! Happy reading !

Thanks Nuffnang !!!







7 comments:

Unknown said...

good luck sya..

Unknown said...

tq kak ina......maceh jgk sbb sudi drop by..bile leh jupe lg ni? huhu

Geng Borak said...

good luck yea..!! bagus entry ni

Unknown said...

ye ke kid?tq 4 de comment, anyway ! :)

Cik Lily Putih said...

kite cilok gambo kite ek... hehehehehhe TQ tau..

Anonymous said...

congrats..good luck :)

Unknown said...

cik lily: boleh3x...jgn cik lily mintak royalty sudah, x t'byr sha nnt hehehehehe

hanani : thanks awak..insyaAllah ! :))

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!