Monday, November 21, 2011

semalam :: 20 .11. 2011

Salam sejahtera semua? Such a happy day? Seronok dua ronok dan tiga ronok tak spend ur weekend? Ihiksss....!! Th3b0r3dsha bersyukur sangat-sangat sebab bila demam yg tiba-tiba datang pada petang Jumaat lepas sudah pun kebah. Mula-mula perut th3b0r3dsha sebu sangat dalam jam 5 petang macam tu, terus pergi beli panadol Actifast dengan air 100plus. Feeling better sikit tapi kena kuatkan semangat untuk harung traffic jam hari Jumaat petang. 

Malamnya ketika rancangan Separuh Akhir Muzik-Muzik th3b0r3dsha tidur awal sebab rasa penat satu badan! Esoknya masih ada saki-baki demam sampailah ke lewat petang Sabtu baru rasa betul-betul bertenaga. Pada sebelah malamnya th3b0r3dsha rasa sangat perlu untuk th3b0r3dsha tidur lebih awal dan qadaq tidur secukupnya.

Esoknya, bila bangun pagi, teringat pasal tarikh yg cantik ni.......20.11.2011....terus teringat kat entry untuk th3b0r3dsha masuk contest kat blog redmummy. Melepaslah th3b0r3dsha nak masuk contest tu, tapi tak apa itu namanya tiada rezeki. Tiba-tiba ter'flash back' pulak mimpi malam tadi.

Th3b0r3dsha mimpi th3b0r3dsha masih lagi seorang student ketika th3b0r3dsha belajar di UUM, Sintok, Kedah dulu. Masa tu th3b0r3dsha dan seorang rakan tengah berjalan kaki menuju dewan MAS atau Dewan Muadzam Syah untuk menduduki final exam. Th3b0r3dsha memang cam jalan tu, memang laluan kami penghuni Kolej MAS. Cuma ada sedikit perubahan kat jalan tu, macam ada sedikit construction yg tengah berjalan. Th3b0r3dsha perhatikan ada kerja-kerja tambak kat situ. Eh pelik pulak sebab UUM ni tengah-tengah hutan bukannya dekat dengan pantai atau berada kat pulau ke. 

Th3b0r3dsha biarkan aje dan terus jalan lagi. Tiba-tiba ada satu simpang yg kami kena pilih. Satu simpang tu kami kena naik jambatan atau jejantas menuju ke seberang sana, tapi th3b0r3dsha kurang pasti nak melintasi jalanraya ke atau sungai ke. Jalan yg lagi satu ialah jalan yg lurus. Th3b0r3dsha ambil jalan yg lurus selepas th3b0r3dsha clarified dengan rakan th3b0r3dsha tu. Masa tu ramai lah pelajar lain yg sedang berjalan sama cuma masing-masing punyai haluan berbeza. Yelah, ada yg tempat examnya di dewan kuliah dan ada yg di dewan MAS. Oh ya, kawan th3b0r3dsha ada bagi tau lagi, kalau ikut jalan yg ada jejantas tu, kita akan melalui bukit-bukau dan menghala ke arah yg lain.

Sambil kami berjalan tu th3b0r3dsha tiba-tiba rasa seronok sebab lepas habis exam tu nanti abah dan mak th3b0r3dsha akan jemput dan bawa th3b0r3dsha pulang.

Tup-tup, 'flash back' mimpi tu tadi terberhenti bila Damia terjaga. Lepas tu terus th3b0r3dsha tak ingat apa sambungan mimpi tu.

Selalu jugak th3b0r3dsha boleh ingat kembali mimpi th3b0r3dsha sebaik th3b0r3dsha bangun dari tidur. Tapi ada jugak mimpi-mimpi yg th3b0r3dsha tak boleh nak ingat sangat...kadang-kadang tu ingat sikit-sikit aje. Kalau tak silap th3b0r3dsha, th3b0r3dsha pernah dengar dari seorang rakan yg mengatakan, jikalau kita boleh mengingati semula mimpi kita, maka ada perubahan di dalam jiwa kita. 

The rest of the day, th3b0r3dsha rehat dan tak update pun blog ni.....sibuk melayan kerenah Damia..Hu Hu Hu......Biasalah budak-budak...makin besar makin bertambah akalnya, macam-macam kerenahnya. Sebagai ibu-bapa kita perlu sentiasa bersedia tiap masa.


2 comments:

Anonymous said...

mimpi as mainan tido.. tp sometimes kita akan mimpi satu tempat n coincident kita akan berada do tempat itu.. tu sebab kdg2 kita akan ckp sorang diri, mcm pernah ku lihat tempat ni tp dimana ya??? Along Jb..

Unknown said...

Along...wink-wink Thanks for sharing...kdg2 bila mimpi best2 cam p Canada..p Hawaii ..seronok sgt kan?

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!