Showing posts with label Duit Raya. Show all posts
Showing posts with label Duit Raya. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Mimpi Shakiddo Datang Beraya

Entah semena-mena Sha termimpikan si Shakiddo pagi tadi. Horror juga cerita mimpi Sha kali ni, kan? Haha..nak kata Sha tidur tak basuh kaki tak mungkin sebab dah basuh segala-galanya. Aduyyaiii. 

Beliau ada datang beraya ke rumah kami so macam biasalah sebagai tetamu Sha dan enchek hubby layankan ajelah. Kami jamu beliau makan kuih raya yg pelbagai jenis tu dan air sirap ais. Borak punya borak lepas tu beliau minta izin nak balik sebab nak masuk kerja shift petang katanya. Sha sempat hulurkan sekeping sampul raya beserta dengan duit raya untuk si Ilham, anak beliau. Lepas tu beliau pun naik motor vroom vrooom dan hilang dari pandangan mata kami. 




Tup tup handphoneku berbunyi kring kring kringgg.

Bila Sha jawab "hello" Sha terdengar suara mak Sha kejut bangun sahur. Huhuhuhu..owh ku bermimpi rupa-rupanya. Muehehehe...*GelakGulingGuling*

Adehh adakah mimpi itu bermaksud Shakiddo nak taja Unifi di rumah Sha???

Atau adakah mimpi itu mahu perli Sha sebab Sha belum hantarkan penyertaan ke Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com” ????

Hahaha. Sekian


Thursday, August 2, 2012

Wang Kertas Baru Malaysia RM2

Siapa yg dah ada koleksi wang kertas baru? Sha dah hado sebab pagi tadi Sha adalah di antara beratus orang yg beratur di Maybank untuk menukar wang kertas baru. Untuk apa? Mestilah untuk hari raya yg bakal tiba. Cewah cewahh. Wang kertas RM2 pun Sha dah ada tau! Ok Sha tipu.:))

So overall Sha suka lah dengan pemilihan objek yg diletakkan di dalam setiap wang kertas baru tersebut. Bangga bila lihat objek seperti layang-layang, penyu, bunga rafflesia, puncak Gunung Kinabalu dan sebagainya yg begitu sinonim dengan negeri yg terdapat di Malaysia dijadikan sebagai objek bagi setiap keping wang kertas tersebut. *ProudToBeMalaysian* 

Sha harap jika Bank Negara Malaysia nak wujudkan kembali wang kertas RM 2, ambillah objek di bawah ini sebagai objek di dalam wang kertas RM 2 yg baru.

Sha cadangkan pilih Strawberi Tomato sebagai objek untuk wang kertas baru RM 2 . hehehe mesti comel, kan? haha




Wang kertas baru RM100


bahagian belakang wang kertas RM100 yg baru


Wang kertas baru RM 20. Wang kertas yg paling best dan Sha terus teringat pada Gulai Lemak Cili Api. Bhahaha...


bahagian belakang wang kertas baru RM 20. na-na-na-na Ganu kiter!


RM 10


RM 5


RM 5 


RM 1


RM 1 

Wang kertas siri baru ini, dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan.Teknologi baru itu  termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.
Satu kelebihan wang siri baru ini ialah mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenal pasti dan membezakan denominasi berlainan.
(credit info : http://shaharil.com)