Showing posts with label Duta Unifi. Show all posts
Showing posts with label Duta Unifi. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Mimpi Shakiddo Datang Beraya

Entah semena-mena Sha termimpikan si Shakiddo pagi tadi. Horror juga cerita mimpi Sha kali ni, kan? Haha..nak kata Sha tidur tak basuh kaki tak mungkin sebab dah basuh segala-galanya. Aduyyaiii. 

Beliau ada datang beraya ke rumah kami so macam biasalah sebagai tetamu Sha dan enchek hubby layankan ajelah. Kami jamu beliau makan kuih raya yg pelbagai jenis tu dan air sirap ais. Borak punya borak lepas tu beliau minta izin nak balik sebab nak masuk kerja shift petang katanya. Sha sempat hulurkan sekeping sampul raya beserta dengan duit raya untuk si Ilham, anak beliau. Lepas tu beliau pun naik motor vroom vrooom dan hilang dari pandangan mata kami. 




Tup tup handphoneku berbunyi kring kring kringgg.

Bila Sha jawab "hello" Sha terdengar suara mak Sha kejut bangun sahur. Huhuhuhu..owh ku bermimpi rupa-rupanya. Muehehehe...*GelakGulingGuling*

Adehh adakah mimpi itu bermaksud Shakiddo nak taja Unifi di rumah Sha???

Atau adakah mimpi itu mahu perli Sha sebab Sha belum hantarkan penyertaan ke Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com” ????

Hahaha. Sekian