Wednesday, September 23, 2015

Selamat datang ke dunia Play-Doh !



Assalamualaikum dan knock knock !! hehehe. 

Buat semua, tenkiu ye sebab sudi jenguk blog ni yg telah lama rehat, berehat, direhatkan dan rehatnya alahaiii hahahaha.
Harap semua sihat belaka ye? amin.. 



Korang mesti dah biasa main Play Doh kan? Rupa rupanya permainan tanah liat Play Doh tu dah wujud dari tahun 1956 lagi, lebih kurang satu tahun sebelum negara kita merdeka pada tahun 1957. Bila dah bertapak lama, tentulah semakin berinovasi Play Doh ni tak gitu? Makin best dan makin layan. Haha bukan budak budak je yg suka main Play Doh ni, mak budak pun sama. Ahakss! 

Ok hari Sabtu ni, iaitu pada 26 September 2015 jom ramai ramai kita meriahkan Sambutan Bulan PLAY-DOH di mana cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam masa satu hari akan diadakan. Syoknya sebab nanti hasil rekaan PLAY-DOH korang akan dipamerkan so satu Malaysia boleh selpie dengan PLAY-DOH korang. Woot woot !! hahaha. Lepas tu kalau ukiran PLAY-DOH korang paling kreatif korang boleh menang hadiah !!!!!!! 

So, block your calendar, kita jumpa di Highstreet New Wing, 1 Utama Shopping Centre pada hari Sabtu ni jam 10 pagi. Jumpa anda di sana !! 




Mempersembahkan, Malaysia's dAll Time Fabulous and Favourite Food, roti canai, kuah kari dan teh tarik !!!! huhuhuhuhu



 
terima kasih :) 

#playdohmonth2015
#toys
#playdoh
#ShapeAColorfulCommunityCampaign
#parentalblogger
#mommyblogger

Monday, July 14, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Berpuasa di bulan Ramadhan

Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183).

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud :
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Puasa Ramadhan telah difardhukan ke atas umat Islam pada 2 Syaaban, tahun ke 2 Hijrah, menerusi 4 ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat 183-187. Ayat-ayat ini tidak diturunkan serentak, tetapi ia diturunkan satu per satu serta ia dipisahkan dengan jarak masa yang tertentu.

Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan buat semua. Kini kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan 1435 Hijrah. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih dipanjangkan umur, dipertemukan dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini serta kita masih lagi diberikan peluang untuk menunaikan ibadat puasa yakni rukun Islam yang ketiga ini. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari bulan Ramadhan terdahulu dan diberkati Allah.



Buffet Ramadhan


Apabila menjelangnya bulan Ramadhan, rata-rata memperkatakan tentang persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan. Antara topik yang sering dibincangkan adalah seperti kenduri kesyukuran menyambut puasa serta perancangan untuk menyambut puasa sama ada di rumah sendiri ataupun menyambut awal Ramadhan di kampung halaman. Satu lagi topik yang hangat diperkatakan ialah Buffet Ramadhan paling sedap dan berpatutan.


Sempena bulan Ramadhan ini, sekali sekala tidak salah untuk membawa keluarga atau rakan-rakan berbuka puasa di luar. Kadang kala jemu juga ye jika hari-hari memasak lauk-pauk untuk berbuka puasa, walaupun menu yang dimasak bertukar-tukar setiap hari. Kalau tak percaya cubalah tanya pada ibu dan isteri masing-masing. Pasti ada yang menjawap, tak tahulah nak masak apa untuk berbuka hari ni. Hehehe. Begitu juga dengan juadah yang dijual di bazar Ramadhan. Minggu yang pertama mungkin perasaan berkobar-kobar untuk merasa juadah di bazar Ramadhan, akan tetapi apabila dah masuk minggu yang kedua dan seterusnya macam rasa muak pula nak singgah ke bazar Ramadhan, ye tak? Oleh yang demikian, berbuka puasa di luar adalah satu pilihan yang tepat.

Secara amnya Buffet Ramadhan boleh didapati di hotel-hotel serta restoran-restoran yang tertentu. Kebanyakan hotel di Lembah Klang ada menawarkan Buffet Ramadhan buat para pengunjungnya. Trend Buffet Ramadhan di sekitar Lembah Klang kini adalah seperti masakan citarasa kampung, juadah tradisi Arab, masakan asli India Utara (Moghul) dan juadah antarabangsa yang lain seperti masakan Cina, masakan Barat, masakan Jepun dan sebagainya. Ada Buffet Ramadhan yang mempunyai tema tertentu seperti tema balik kampung dan ada juga Buffet Ramadhan yang bertemakan One Stop Halal Food. Ada juga hotel yang turut menghiburkan pelanggan dengan persembahan ghazal secara live ketika tetamunya menikmati juadah berbuka puasa. Ada diantara hotel di Lembah Klang yang mempunyai Piawai Hotel Islamik serta Hotel Patuh Syariah dan ciri-ciri sebegini tentunya memberi impak yang lebih positif di dalam Buffet Ramadhan yang disediakan. Secara kasarnya, boleh disimpulkan di sini, harga Buffet Ramadhan di hotel-hotel di Lembah Klang bermula dari RM50 sehinggalah RM140 bagi seorang dewasa.

Tepuk dada tanya selera, tepuk iman tanya pilihan. 
Tepuk poket tanya budget. 

Buffet Ramadhan Casa Ombak    




Diam tak diam rupa-rupanya Buffet Ramadhan Casa Ombak sudah berusia lebih 2 tahun. Usia 2 tahun tu jika diibaratkan dengan seorang bayi, tentunya bayi yang sudah merangkak, sudah belajar berjalan dan sudah boleh berlari ! Hehehe. Bak kata Akma Omar founder of blog AkmaOmar.com yang juga merupakan salah seorang dari orang kuat Buffet Ramadhan Casa Ombak, Ramadhan kali ini Ombak Creative kena buat promosi lebih sedikit. Secara ringkasnya, Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan menu ala kampung dan mempunyai konsep open style. Okay sebelum kita cerita lebih lanjut pasal Buffet Ramadhan Casa Ombak, apa kata jika kita kenal dulu Ombak Creative itu sendiri. Ada orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta, ye tak? Dah cinta nanti bolehlah cuba sendiri Buffet Ramadhan Casa Ombak, tak gitu?

Ombak Creative adalah sebuah event company di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd dan telah menjalankan pengurusan acara lebih dari 10 tahun. Team Ombak Creative mempunyai pengalaman di dalam menguruskan tempahan makanan atau catering, mempunyai kemahiran untuk menjadi perancang majlis perkahwinan, majlis korporat dan majlis persendirian. Lokasi perniagaan Ombak Creative ialah di Casa Ombak Banglo, no 22 Jalan Damai off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.  Ombak Creative telah memilih tagline 'Your True Experience' sebagai trademark perniagaannya. Tagline itu sinonim dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ombak Creative kerana ia  menawarkan pakej yang telah disebutkan tadi dengan harga yang berpatutan. Sudah pasti majlis yang dirancang akan nampak ekslusif dengan sentuhan dari Team Ombak Creative yang sentiasa komited untuk mencipta keunikan serta kelainan bagi setiap majlis.      




Pada bulan Ramadhan 1435H ini, Ombak Creative masih lagi menyediakan Buffet Ramadhan yang dikenali sebagai Buffet Ramadhan Casa Ombak. Buffet Ramadhan Casa Ombak masih lagi beroperasi di banglo Casa Ombak yang berkonsepkan ala garden. Tentunya lokasi dengan konsep sebegini mampu memberi rasa ketenangan bagi setiap pengunjung yang tiba. Pengunjung pasti akan berasa santai ketika menikmati juadah berbuka puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak. Buffet Ramadhan Casa Ombak menyediakan buffet secara terbuka dan turut tersedia juga instant cook style corner.   















Dengan tawaran harga yang amat berpatutan ini pastinya Buffet Ramadhan Casa Ombak menjadi pilihan anda yang ingin berbuka puasa di luar. Anda pasti akan berpuashati dengan hidangan juadah yang disediakan di dalam Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. Mestilah seronok dapat makan masakan kampung, nasi kerabu, mee dan bihun sup, laksam, kuih-muih serta instant cook stall corner seperti ikan bakar, roti john, juadah pemanis mulut seperti ABC dan macam-macam lagi juadah iftar yang sedap dalam suasana yang santai, pasti akan lebih berselera ye tak? Tempahan boleh dibuat untuk individu, kumpulan dan keluarga atau syarikat tapi kena cepat-cepat buat tempahan sebab tempat terhad. Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah. Oh ya, tempat solat turut disediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Tempahan Boleh Dibuat Melalui:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com


Jom ramai-ramai kita tempah Buffet Ramadhan Casa Ombak sekarang !

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD


Salam Ramadhan Al Mubarak 

#PrayForGaza

Thursday, January 23, 2014

Tiada yang lama, tiada yang baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Maaf yek sebab lama benar blog ni dipinggirkan. Niat di hati meronta-meronta untuk update blog dan join event blogger, jumpa kengkawan blogger dan kembangkan networking; cuma sejak Sha preggie awal tahun lepas pelbagai rintangan yg datang. Rasa mual, hilang selera makan, hilang mood, buka blog pun rasa tak menyeronokkan dan tak teruja seperti sebelumnya. Adat orang mengandung begitulah, macam-macam perihal. Itu semua mematangkan diri ini, dan alhamdulillah syukur kerana Sha dapat merasa pengalaman yang berbeza ketika mengandung anak kedua. Yup, berbeza sungguh mengandung anak sulung dan mengandung anak kedua. Allahuakbar.


Petang semalam Sha hampir-hampir nak update status FB seperti gambar di atas tetapi Sha tak jadi nak klik "post" . Entahlah mungkin rasa lebih selesa jika update di blog dan merepek sorang-sorang HAHAHA... ada lagi ke kengkawan blogger yg sudi jenguk blog Sha ni? ihikssss.. tank-u uols =)

So, yup, seperti yg Sha luahkan dalam gambar di atas, sampai sini saje peluang Sha untuk bersama-sama dengan blog ashadin.com. Ia bukan lagi jadi milik Sha. Mungkin bukan rezeki Sha untuk pergi lebih jauh dengan blog berdomain ashadin.com. Redha itu pasti.  

Looking back, Sha masih ada blog ini. sharidawati.blogspot.com.Yup, alhamdulillah, blog yg berada di platform blogspot ini juga banyak kenangan manisnya..... salah satunya tentulah iphone 5 yg dimenangi pada awal tahun lepas ketika menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 anjuran Denaihati Network.

So here i m, Sha tak pasti lagi, sejauh mana Sha boleh sumbangkan perhatian dan komitmen Sha pada blogging job semula. Mungkin Sha akan aktif, cuma mungkin tak akan seaktif dulu kerana tuntutan kerja yg berbeza di company baru ni serta tanggungjawab terhadap keluarga dan baby baru Sha, Nur Hikmah. 


Thursday, May 23, 2013

Tuntutlah ilmu sampai negeri China

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 

Sana-sini orang memperkatakan tentang penahanan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bernama Adam Adli Abdul Halim beberapa hari yang lepas. Beliau didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Ramai yang memberi komen bahawa beliau adalah hero dan penyelamat negara demi mempertahankan demokrasi negara yang tercinta ini. Beliau didakwa kerana menghasut rakyat Malaysia agar turun ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan. 

Terkini, beliau dibebas dengan ikat jamin RM5000 dan sebutan kes ini akan dibacakan pada 2 Julai. 

Pada pendapat peribadi Sha, agama Islam lebih mengutamakan ilmu pengetahuan di dalam segala aspek. Ye Sha akui anak muda seringkali dikaitkan dengan darah muda dan semangat kecintaan terhadap negara sangat tinggi, akan tetapi siapa yang tak sayangkan negara sendiri, dek? 

Lakukanlah sesuatu yang lebih utama iaitu menuntut ilmu. Hadith Rasulullah ada menyebut "Tuntutlah ilmu sampai negeri China" . Jika betul ingin meminpin dan mengajak orang ramai demi ideologi dan kepercayaan tu, tunggulah waktu dan ketika yang sepatutnya. Tamatkanlah dulu pengajian ke peringkat yang sepatutnya. 

Walau apapun ideologi dan kepercayaan yang kita pegang dan sanjung, pentingkanlah diri sendiri dahulu. Majukan diri sendiri, bantu ahli keluarga kita dan yang paling penting sekali, tingkatkanlah nilai diri kita ini. Siapa lagi yang nak tolong kalau bukan diri sendiri. Tepuk dada tanya iman. 

peace. 

Tuesday, May 21, 2013

Pasca Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah, di atas limpah kurnia Nya serta nikmat kesihatan yang baik, Sha dapat menghadiri Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 pada hari Ahad yang lalu. Walaupun keputusan untuk menghadiri seminar tersebut dilakukan pada saat-saat akhir, namun bertuah rasanya bila berpeluang untuk menjadi antara 220 peserta seminar.

Cerita pasal #SBDdB13 akan bersambung di entry seterusnya. Mohon anda semua stay tuned… hehehe. Cuma apa yang paling penting sekarang ialah.....
action
 ataupun tindakan yang perlu kita lakukan. Action speaks louder than words. gituu…


Setelah sertai #SBDdB13, banyak perkara yang Sha pelajari dan hari ni Sha sudah pun mendaftarkan diri untuk menjadi rakan Affiliate Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja di bawah kelolaan Denaihati Network. In Shaa Allah, mudah-mudahan usaha promosi yang akan Sha lakukan dalam program ini akan diberkati oleh Allah Taala.

memperkenalkan…Nasi Kandar Zainul Petaling Jaya. The best Nasi Kandar in PJ. Lepas je habis seminar tu, perut dah berbunyi-bunyi so Sha dan enchek hubby terus zoom pergi makan lunch. Terbaik ! hehe

Thursday, May 16, 2013

Pergerakan pertama bayi dalam perut

Assamualaikum dan salam sejahtera semua.

Masa berlalu begitu pantas sekali dan tibalah harinya untuk Sha kongsi satu lagi berita gembira dalam hidup Sha, enchek hubby, Damia dan seluruh ahli keluarga kami. Ikut nasihat orang tua-tua, eloklah agar tidak hebohkan berita bahawa kita mengandung apatah lagi ketika di awal fasa permulaan iaitu first trimester.

Alhamdulillah Sha pregnant lagi dan kini berada di minggu ke 15 iaitu sudah masuk ke second trimester.. Syukur ke hadrat Allah dan Sha doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat, In Shaa Allah.

Semalam lepas habis waktu kerja, ketika Sha drive di LDP, dengan izin Allah, Sha rasa ada satu pergerakan bayi di perut Sha. Pergerakan pertama tu buatkan Sha bersyukur sangat. Ketika tu jalan jammed betul, mungkin kerana hujan di serata KL dan PJ.

Semoga selepas ni Sha akan lebih rajin untuk update blog ni setiap hari! hehehe Amin Amin Amin !!!

First acrobatic at week 15 dated 15 May 2013 at 7.15pm at LDP near Section 16 PJ junction.....

Tuesday, May 7, 2013

Pasca PRU13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Seperti yg Sha jangkakan dari awal lagi sebelum rakyat Malaysia mengundi pada 5 Mei baru baru ini, jika menang mereka akan berkata, ini pilihan rakyat, rakyat telah bersuara, rakyat ingin berubah.. bla bla bla.

Sebaliknya jika mereka kalah, ayat klise mereka tentunya orang itu salah, orang ini salah, orang menipu, bla bla dan bla bla...the list goes long and long...

Nobody is perfect, jika ada yg tak kena
maka bertindaklah melalui saluran yg
sepatutnya. Hindari diri dari membuat
hasutan di serata medium sosial semata
mata kerana amarah.

Tepuk dada tanyalah iman. Berpada pada
lah di dalam setiap tindakan kita.

peace!

Friday, April 26, 2013

Selamat kembali berblogging Sharidawati aka AshaDin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

“YOU ARE RESPONSIBLE FOR YOUR OWN HAPPINESS”

nice kan quote tu? huhu semenjak dua menjak ni Sha malas betul nak update blog sepam dua. #ehh

tak tahulah kenapa. Blogwalking pun i malas. rasa loya je bila buka blog sendiri..hhaha. anyway sorry ye rakan2 blogger sebab Sha tak mampu nak balas kunjungan uols yang datang jenguk blog Sharidawati ni.

tapi bila buka website Nuffnang pagi tadi , terkejut “princess ” i sebab rupa-rupanya dah lebih sebulan Nuffnang hadiahkan Buffered Earning kat blog Sha. alhamdulillah, syukur. Thanks Nuffnang for the opportunity!

so sekarang Sha masih mencari cari motivasi dan momentum untuk berblogging semula. Agaknya kena pujuk enchek hubby bawa pegi melancong ke Eiffel Tower kot? pffttt..

anyway sebelum end of the story, Sha nak tempek gambar Nasi Lemak Fancy yang Sha beli dari seorang kenalan di Instagram. sedap betul nasi lemak dan sambalnya, yang paling best, special delivery to Ikea, yeyyy!


Wednesday, February 6, 2013

Ashadin.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ni Sha nak jemput anda semua ke blog baru Sha iaitu AshaDin.Com. Blog tersebut di selenggara oleh Eizil Network dan sebenarnya ia belum siap sepenuhnya. Kebanyakan entry di dalam blog ini telah diimport ke blog baru Sha. Sha tetap akan mengekalkan blog ini sampai satu tarikh yang belum dikenalpasti, tapi kalau boleh sehingga hujung nyawa In Shaa Allah =) 




Seperti yang telah Sha ceritakan di entry sebelum ni, blogger AkmaOmar telah menghadiahkan domain dan web hosting kepada Sha. Perkara ini berlaku ketika kami sama-sama menyertai contest iPhone 5 Gadget Impian pada bulan December tahun 2012. 




Frankly speaking, banyak lagi setup yang perlu Sha buat di blog baru Sha. Meh Sha kongsikan ..... hehehe :-

1) Social button tak setup lagi. Twitter, Facebook, Instagram, G+1 hehehe

2) Nak letak banner ashadin.com

3) Nak letak banner 'blog ini ditaja oleh akmaomar.com' dan diselenggara oleh Eizil Network

4) Nak letak button Blog Follower ke tidak ek?

5) Page tak buat lagi, currently baru ada Home dan Sample Page. Grrrr.... 

6) bla-bla-bla.....


Okay lah bila you all senang-senang nanti jemputlah singgah blog baru Sha tu yehhh.. http://ashadin.com


Cantik tak header blog baru Sha yang ditempah dari blogger Kozumi di Service Tempahan Header ? sila angguk jika setuju bangat..hehe


Bye for now ! 

Saturday, January 19, 2013

AkmaOmar hadiahkan domain [dot] com dan Hosting

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, In Shaa Allah jika tiada aral yang melintang, jika diizinkan Allah, mulai esok hari, Sha dan saudara Eizil dari blog Eizil Network akan melakukan perpindahan entry dari blog Sha ini ke blog baru Sha di Wordpess. Bismillahirrohmanirrohim....semoga kerja-kerja pemindahan tersebut dipermudahkan olehNya. Amin


Rezeki ketika menyertai contest iPhone 5 Gadget Impian


Sebenarnya pihak Penganjur iaitu Tuan Ilham dari blog Denaihati ada mencadangkan agar peserta contest membuat satu enty khas di blog masing-masing berkenaan dengan topik Pro dan Contra contest iPhone 5 Gadget Impian. Sha hampir-hampir terlupa untuk membuat entry tersebut namun ketika Sha blogwalking ke blog PuanGojes kelmarin barulah Sha terbaca bahawa PuanGojes ada menyiapkan entry yang Sha maksudkan itu tadi.

Oleh itu izinkan Sha berikan sedikit-sebanyak pendapat berkenaan Pro dan Contra contest iPhone 5 Gadget Impian yang telah berlangsung dengan jayanya. Ehh akan tetapi sampai sekarang kami masih tak tahu blog yang mana satukah yang bakal memenangi iPhone 5 tersebut. *nailbites*

Bagi Sha, contest tersebut mempunyai pro ataupun kebaikan yang lebih banyak berbanding keburukan kerana wujudnya interaksi baru di antara blogger yang terlibat baik di kalangan blogger yang jauh mahupun blogger yang dekat. Baik blogger dari Malaysia mahupun blogger dari Indonesia. Almaklumlah bukan senang nak approach seseorang yang tidak kita kenali namun dengan adanya contest tersebut, masing-masing berinteraksi dengan baik sekali di alam maya, yakni ketika sokongan diperlukan di antara satu sama lain di dalam Cabaran G+1 dan Cabaran Blogger Paling Hebat. Kawan pun bertambah ramai lagi, so mestilah seronok dua ronok sebab dapat luaskan lagi pengetahuan dan rangkaian, betul tak?

Blogger hadiahkan Sha domain [dot] com


Alhamdulillah selama contest iPhone 5 Gadget Impian berlangsung, ukhuwah dan tali persaudaraan di antara blogger semakin erat dan siapa tahu, ada blogger yang sudi hadiahkan Sha domain [dot] com. Blogger yang dimaksudkan ialah Akma Omar dari blog AkmaOmar[dot]com. Sebenarnya sebelum contest iPhone 5 Gadget Impian lagi Sha telah mula mengikuti blog beliau tapi sejak kami sama-sama menjadi segmenmate, terus jadi kamceng ! Hiks. Terima kasih buat AkmaOmar, hanya Allah saja yang dapat membalas jasamu itu. Nanti Sha designkan satu banner khas utk promote blog AkmaOmar yang memang Famous Amous tu ye! iye.. iye... serius ni nak design banner tu nanti, haa siap tulis 'Blog ini ditaja oleh AkmaOmar[dot]com ' =)

Itu je yang dapat Sha update buat masa sekarang, more updates soon, my lovely readers and my fellow friendly bloggers !!!!! Stay tuned please....

Sudah biasa dengan Blogger namun Welcome Wordpress to my life. Banyak rintangannya ketika nak adapt dengan sesuatu yang baru...tapi alah bisa tegal biasa.

Blogger di sebelah enchek hubby tu siapa lagi kalau bukan Eyriqazz.  Blog beliau dah semakin nice to see and have a professional looks ! huhu  

Tak sabar nak rasai the cream of self hosted domain walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mudah.  Cabaran sunnguh !!! 

Wednesday, January 16, 2013

Mak dah discharge dari hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, gembira nya hati ini bila doktor sudah beri greenlight kepada mak Sha untuk discharge dari hospital hari ini. Alhamdulillah syukur.

Sebenarnya sejak petang Isnin kelmarin, mak Sha telah ditahan di wad SDMC kerana kesakitan di lutut beliau. Sesiapa pun tak suka duduk dalam wad sebab kita tak bebas untuk buat apa-apa yang kita suka. Kesihatan kita dipantau oleh doktor dan nurse setiap masa. Tengah-tengah tidur pun kita diperiksa oleh nurse, nak check BP lah nak check suhu badanlah. Menu makanan seharian pun dikawal oleh pihak hospital. Pendek kata segalanya diperhatikan.

Akan tetapi jika difikir kembali, kadang-kala seseorang itu perlu berehat dari segala perkara. Berehat dari memasak dan berehat dari aktiviti surirumah yang biasa. Opss tapi bukan berehat dari solat ye kerana Agama Islam mempunyai cara tertentu untuk mengerjakan sembahyang bagi sesiapa yang sakit. Alhamdulillah, walaupun mak sakit namun beliau tak tinggalkan sembahyang. Bukankah sembahyang itu tiang agama?

Yang penting kesihatan mak Sha sudah bertambah baik dan beliau tak sakit lagi. Tiap-tiap hari kami adik-beradik yang berdekatan di KL ambil giliran untuk jaga mak di hospital.  Itu adalah salah satu terapi untuk mak cepat sembuh juga =) Thank you boss sebab kasi Sha cuti semalam. Hehehe.

Walaupun begitu, adik beradik Sha yang tinggal jauh dari KL turut mendoakan kesihatan mak dan turut berikan sokongan moral untuk mak. Sha doakan mak sihat selalu. Amin...

Wordless Wednesday : Kepala Ikan Curry

Monday, January 14, 2013

It takes 2 to tango

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Januari ini genaplah 2 tahun usia Sha dengan Q Partner Travel and Tours, sebuah travel agent yang sangat sinonim dengan Reliance Travel. Ini semua kerana Q Partner pernah menjadi franchisee Reliance suatu ketika dulu.

Alhamdulillah Sha bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk bekerja dan rezeki yang halal untuk dikongsi bersama keluarga tercinta. Jika dihitung jumlah tahun perkhidmatan Sha di dalam travel industry, sudah menjangkau 1 dekad. Ye sudah 10 tahun Sha berkecimpung di dalam travel industry khususnya dan tourism industry amnya.

Makin lama di dalam industri ini maka makin bertambah pengalaman yang Sha pelajari. Macam-macam ragam dan gelagat pelanggan yang dapat Sha lihat. Biasalah kan pepatah Inggeris ada menyebut "Customer is Always Right".

Dah lama juga Sha tak bawa kumpulan pelancong ke luar negara, paling akhir sekali ialah pada bulan disember tahun 2009 Sha bawa 26 orang pelancong ke Perth Australia. Hurmm...tahun 2013 ni Sha nak start lead oversea tour semula tak? Don't know yet =p

Anyway all the best for my career in Q Partner for year 2013. A year older a year wiser =)

Thursday, January 10, 2013

Selamat Hari Jadi Abah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ni genaplah usia abah Sha yang ke 67 tahun. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan keberkatan yang Allah berikan kepada keluarga kami. Abah seorang ketua keluarga yang sangat pentingkan disiplin di dalam segala hal. Abah seorang yang tegas tetapi di dalam ketegasan itu beliau masih boleh dibawa berbincang. 

Teringat masa Sha kecik-kecik dulu abah bukan seorang yang suka bercakap sangat tapi jika ada yang beliau bebelkan tu, pastinya ia something yang sangat penting, termasuklah apabila anak-anaknya ada buat silap. Sha lah tu yang degil dan buat silap ! Hehehe. Abah juga seorang yang sporting tau sebab selalu bawak kami semua pergi beriadah ke sana ke mari. Kebanyakan air terjun kat KL Selangor Perak Johor semua kami pernah pergi tau. Cakap je kat abah nak mandi laut ke atau mandi sungai tak pun nak mandi air terjun, semua tempat beliau bawak. Mak Sha pun sporting juga sebab selalu siapkan bekalan makanan yang sedap-sedap untuk picnic kami tu. Memang best lah !!! Awesome =)

Moment paling Sha ingat tentunya ketika Sha beritahu tentang keputusan SPM Sha kat abah. Ya Allah menitis air mata ni bila dapat berikan keputusan yang cemerlang kat abah dan melihat abah senyum. Walau apa pun jasa dan pengorbanan abah tak terbalas lagi. Hanya doa yang dapat Sha panjatkan agar Allah Taala berikan kesihatan yang baik buat abah dan mak. Semoga mak dan abah happy sokmo ye ! Amin =)

kalau nak tahu Sha ni antara anak yang manja tau hari-hari Sha akan call mak dan abah di kampung untuk bertanya khabar dan borak-borak.  yeahh lets call our parents often !
     

Friday, January 4, 2013

Prestasi Blog


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam tahun baru. Tergerak untuk Sha periksa prestasi blog Sha buat masa ini dan di sini Sha ada tempek result yang Sha dapat ye =) Almaklumlah dah masuk tahun baru banyak benda nak kena periksa kan termasuklah road tax dan insurans kereta masing-masing. Mari check sama-sama ye takut-takut driving lesen pun dah mati...Ngeh3



Salah satu tips blogging yang pernah Sha pelajari mengenai SEO ialah prestasi blog. Prestasi blog memainkan peranan yang penting untuk sesebuah blog diposisikan kedudukan atau tempat yang lebih baik di Search Engine Results Page atau SERP. Bila prestasi blog bagus maka lebih tinggi kebarangkalian blog tersebut berada di page hadapan Google.com. Anda boleh check prestasi blog anda di gtmetrix.com. 

Oh ye, sebenarnya Sha ada satu pengumuman yang ingin dibuat cuma Sha masih menunggu waktu yang sesuai untuk ia diumumkan. Berikan sedikit masa lagi kerana masa begitu suntuk untuk Sha khatam segala benda. Al maklumlah ia benda baru. Walau bagaimanapun let me give you a hint ye, perkara tersebut tentunya berkisar tentang dunia blogging Sha =)

Sesuatu yang baru dalam dunia blogging menanti Sha di tahun 2013 ini. In shaa Allah



Thursday, January 3, 2013

Keputusan iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway

Assalamualaikum?

Firstly sorry buat semua peserta iPhone 5 Gadget Impian Giveaway kerana entry keputusan ini terpaksa di delay kan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebab yang pertama tentu sekali kerana berlakunya perubahan pada tarikh akhir contest iPhone 5 Gadget Impian dari 25 Disember 2012 ke 31 Disember 2012. Sha terpaksa memohon sokongan dari peserta contest untuk terus berikan undian buat blog Sha serta blogger yang lain sehingga tarikh contest tersebut tamat. 

Alhamdulillah untuk salah satu tugasan iaitu di dalam tugasan undian @ Blogger Paling Hebat, blog Sha telah berada di kedudukan Top 10. Terima kasih yang tidak terhingga buat peserta contest ini yang banyak membantu meningkatkan jumlah undian blog Sha. =) Korang semua memang superb dan best sangat !!!

1. http://www.mohdnoorshawal.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
2. http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
3. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
4. http://ohthrillers.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
5.http://syaisya.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian-sharidawati-blogspot-com-giveawayati-blogspot-com-giveaway.html
6. http://www.fazrol.com/2012/12/giveawaykaksha.html
7. http://mairasukacgl.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
8. http://akmaomar.com

Berikut ialah keputusan Giveaway dan Sekalung Tahniah Sha ucapkan kepada peserta yang bertuah !!! =)

Hadiah Pertama : Wang Tunai RM50 x 1 pemenang
6. http://www.fazrol.com/2012/12/giveawaykaksha.html (iskkk I minta buat tajuk entry lain tapi kamu buat tajuk lain ye alahai nasib baik nombor kamu yang bertuah ye dalam random.org.. huhu)

Hadiah Kedua : Barangan IKEA bernilai RM20 x 1 pemenang 

5.http://syaisya.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian-sharidawati-blogspot-com-giveawayati-blogspot-com-giveaway.html
 

Hadiah Ketiga : Barangan IKEA bernilai RM10 x 3 pemenang 

 3. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
2. http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

                          7. http://mairasukacgl.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html


TAHNIAH !!!!  TAHNIAH !!!!  TAHNIAH !!!! 

Kepada semua pemenang yang bertuah, harap anda dapat emailkan alamat untuk urusan pengeposan hadiah ke anatano_bernabeu@yahoo.com. 

Kepada 4 pemenang barangan IKEA yang bertuah di atas anda diberi pilihan samaada ingin barangan IKEA ataupun inginkan KAD DISKAUN IKEA sebagai hadiah anda. 

Kad Diskaun IKEA tersebut mempunyai nilai yang telah di top-up mengikut hadiah masing-masing. Let say Kad Diskaun IKEA RM20 untuk pemenang kedua, maka anda boleh terus menggunakan kad diskaun tersebut di kaunter pembayaran IKEA pada bila-bila masa. Tetapi jika anda tidak memilih Kad Diskaun IKEA, anda akan menerima hadiah barangan IKEA =) Jika anda memilih Kad Diskaun IKEA maka anda boleh datang sendiri ke IKEA untuk membeli barangan yang anda prefer. Kad Diskaun IKEA tersebut boleh dipindahmilik.

Barangan IKEA mahupun Kad Diskaun IKEA tetap akan dipos ke alamat masing-masing =)

Kepada pemenang pertama sila emailkan no akaun anda ye! =)

Terima kasih sekali lagi kerana sudi menyokong giveaway kali ini. Sha harap agar kita boleh bertemu lagi di Giveaway di masa akan datang !!!!!!! In Shaa Allah.

jika ada rezeki nanti pasti Sha akan jalankan more and more Giveaway =)