Tuesday, July 31, 2012

31 Julai 2010




Waktu mengandungkan Damia ialah waktu yg sangat indah di dalam hidup Sha setelah Sha berkahwin. Tiada morning sickness seperti ibu-ibu mengandung yg lain dan tiada apa-apa alahan baik di fasa awal mengandung mahupun di fasa akhir mengandung. Seingat Sha, tiada apa-apa makanan yg Sha idamkan ketika Sha mengandungkan Damia dulu. Alhamdulillah. Cuma yelah alahan dan morning sickness tu sebenarnya satu nikmat dari Allah dan bagi Sha ia merupakan satu pengalaman yg mesti dilalui oleh kebanyakan ibu-ibu mengandung. Bila dengar cerita tentang morning sickness dan alahan dari kakak Sha, saudara-mara dan rakan-rakan Sha tumpang simpati dan kesian sangat. 

So seingat Sha, Sha mula sakit nak bersalin dari selepas azan subuh pada 31 Julai 2010 (hari Sabtu) sehinggalah Damia selamat dilahirkan pada jam 1.20 pagi pada 1 Ogos 2010 (Ahad). Bermula dengan rasa sakit nak bersalin setiap setengah jam sehinggalah selang 5 minit dan tanda-tanda nak bersalin yg lain. Ohh tapi walaupun ketika menahan sakit nak bersalin tu, Sha, enchek hubby dan seorang pakcik enchek hubby dari Perlis sempat pergi melunaskan bil Maxis Sha di Maxis Centre, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ! Huhu. Lepas bayar bil tu kami sempat pekena Bihun Sup di Restoran Cili Merah di Seksyen 9, Shah Alam. Ihiks. 

Esok genaplah umur Damia 2 tahun. Alhamdulillah Sha bersyukur di atas kurnia yg Allah limpahkan selama ini kepada keluarga kami. Sha doakan semoga Sha dan enchek hubby akan terus menyayangi dan mengasihani Damia sehingga akhir hayat kami sebagaimana kasih dan sayangnya kedua-dua ibu-bapa kami ke atas kami berdua. Amin. 

 

13 comments:

akubiomed said...

Selamat hari lahir kepada Damia. Cantik buat bibir seksi macam tuh. :-)

Unknown said...

sakit gila ke kak masa bersalin tu?

KamilSalleh said...

Selamat Ulangtahun Damia yg ke dua,
Semoga Damia menjadi Nur dlm hidup anda,
Lahirnya seorg cahaya mata yg cute di mana,
Menjadi suasana keluarga lebih bermakna.

Anarm said...

selamat hari lahir Damia.. takde hadiah nak bagi.. :p

Myra Jay said...

Selamat Hari Lahir Damia sayang.. Semoga membesar sebagai Anak yang Solehah ye :)

Riena Haiqal said...

belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat hari lahir Damia..... semoga menjadi anak yang solehah yer.. (^_^)

Anonymous said...

ala tomeinyer moncong dia......happy besday ^0^

Afasz said...

selamat hari lahir damia...meh sini kiss sikit :D

izla said...

comel damia buat mulut muncung camtu.
happy birthday damia!!

|| NaFiRaa || said...

selamat hari lahir Damia.. moga jadik anak solehah yer~

comel nye posing ngan mulut muncung cam tuh~ hehehe

Nadot said...

alolololo comellnyee la munchung tu... Happy Birthday Damia.. semoge membesar dengan sihat & hepi je sentiase.. ;)

Unknown said...

alalla..comel je..selamat hari ulangtahun yg kedua buat damia..semoga menjadi anak kebanggaan mama dan papa ya

NonaKarim said...

kak sha bile lagi nak no 2 tu?

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!