Showing posts with label Maxis Centre. Show all posts
Showing posts with label Maxis Centre. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

31 Julai 2010




Waktu mengandungkan Damia ialah waktu yg sangat indah di dalam hidup Sha setelah Sha berkahwin. Tiada morning sickness seperti ibu-ibu mengandung yg lain dan tiada apa-apa alahan baik di fasa awal mengandung mahupun di fasa akhir mengandung. Seingat Sha, tiada apa-apa makanan yg Sha idamkan ketika Sha mengandungkan Damia dulu. Alhamdulillah. Cuma yelah alahan dan morning sickness tu sebenarnya satu nikmat dari Allah dan bagi Sha ia merupakan satu pengalaman yg mesti dilalui oleh kebanyakan ibu-ibu mengandung. Bila dengar cerita tentang morning sickness dan alahan dari kakak Sha, saudara-mara dan rakan-rakan Sha tumpang simpati dan kesian sangat. 

So seingat Sha, Sha mula sakit nak bersalin dari selepas azan subuh pada 31 Julai 2010 (hari Sabtu) sehinggalah Damia selamat dilahirkan pada jam 1.20 pagi pada 1 Ogos 2010 (Ahad). Bermula dengan rasa sakit nak bersalin setiap setengah jam sehinggalah selang 5 minit dan tanda-tanda nak bersalin yg lain. Ohh tapi walaupun ketika menahan sakit nak bersalin tu, Sha, enchek hubby dan seorang pakcik enchek hubby dari Perlis sempat pergi melunaskan bil Maxis Sha di Maxis Centre, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ! Huhu. Lepas bayar bil tu kami sempat pekena Bihun Sup di Restoran Cili Merah di Seksyen 9, Shah Alam. Ihiks. 

Esok genaplah umur Damia 2 tahun. Alhamdulillah Sha bersyukur di atas kurnia yg Allah limpahkan selama ini kepada keluarga kami. Sha doakan semoga Sha dan enchek hubby akan terus menyayangi dan mengasihani Damia sehingga akhir hayat kami sebagaimana kasih dan sayangnya kedua-dua ibu-bapa kami ke atas kami berdua. Amin. 

 

Saturday, April 28, 2012

Maxis Apps Blogger Experimental Tour

Assalamualaikum ???



OK You All, cuti-cuti Sabtu Ahad ni apa kata You All terjah satu entry pekasam ini? Keh Keh Keh.. OK OK permohonan maaf dibuat secara langsung dan disiarkan di blog saya ni, amacam.... Boleh maafkan kekihlafan saya sebab peram entry lama-lama ???? :)

Pada bulan March yakni tanggal 13 haribulan, Sha dan beberapa orang blogger Nuffnang telah dijemput untuk menyaksikan satu demo ataupun kata lainnya, satu taklimat tentang Aplikasi terbaru oleh Maxis. Event ni berlangsung di of course lah di Menara Maxis sebelah KLCC. Lama toqqq Sha tak jenguk area sini sejak blah ke Damansara utk mencari nafkah. Ewahhh dah macam hape aku taip ni. Dulu masa kerja kat Yap Kwan Seng bolehlah lunch ke... window shopping ke... dan mengular ke KLCC. Hiks.

OK back to topic. So pada hari tersebut Sha dapat tahu ada sebanyak 13 jenis aplikasi Maxis yg canggih-canggih. Contohnya macam MAXIS FINDER301 yakni aplikasi untuk anda yg inginkan quick info untuk restoran yg beredekatan dengan lokasi anda, mahupun untuk mencari mesin ATM !! Kalau-kalau nak tahu jika ada ulasan tentang restoran tu pun anda boleh dapatkan di MAXIS FINDER301. 

Aplikasi lain ialah MAXIS ONEMUSIC yakni satu aplikasi bagi membolehkan anda memuat turun atau dalam bahasa Inggerisnya 'download' lagu-lagu yg anda gemari. Huisshhh  lagu tu terus masuk ke smartphone anda  tak payah sibuk-sibuk nak cari laptop untuk download lagu. Nak muat turun berapa banyak lagu pun boleh yg penting pastikan bateri smartphone mengizinkan. Huhu.....

Ada juga aplikasi MAXIS PAYPAL yakni anda kini boleh mengakses data PayPal anda dari smartphone untuk anda lakukan apa jenis transaksi pembayaran termasuklah nak bayar bil telefon bila line telefon dah kena bar. Tetttttttt !! Yelah kot-kot terlupa nak bayar lepas tu terlupa nak up-kan credit limit terussss lah zass kena bar kejap line telefon smartphone tu. Ngeh3x.....

Aplikasi MAXIS pun ada yakni pengguna Maxis boleh lakukan segala jenis hanky-panky tentang akaun Maxis anda melalui smartphone. Haahhhhhh tak payah nak rebut-rebut pergi ambik nombor giliran kat Maxis Centre kat e@Curve tu. Save sikit tenaga tu tak payahhhh nak pergi jalan jauh-jauh. Anda kini boleh akses info diri sendiri yakni berkaitan akaun Maxis kita tu. Kalau anda pengguna HOTLINK, dengan aplikasi ini anda dapat memeriksa baki akaun prepaid, boleh tahu bila kredit prepaid kita tamat dan boleh tengok siapakah Active 10 Numbers. Best kan !!?

Ada banyak lagi aplikasi yg lain tapi kat bawah ni Sha nak share gambar yg diambil sekitar event tersebut....

Kelihatan Jejai, HazmanFadzil dan BeanMoreno ketika demo berlangsung.


One of the CEO of Maxis


Orang kuat Maxis juga, nama beliau ialah T. Kugan. Pernah jumpa beliau di Hotlink Event With Yuna pada tahun lepas


Encem tak? ;p


Bersama emcee of the day.


Indian Food yg uhhhh.. Walla !!! Marvelous !!!!


Sedap betul.....


Ini lah makanan yg saya bedal tempoh hari.....


Jai, Adam dan Alan


Bersama Ruby, rakan beliau dan Alan

 
Thank You Maxis !!!! Thank You Nuffnang !!!!!