Thursday, July 26, 2012

Akhirnya Nasi Lemak Bazar Ramadhan Cheras dibeli jua :)

Assalamulaikum?


Hai bukanlah Sha ni mengidam cuma kecewa juga bila Nasi Lemak yg dijual di Bazar Ramadhan Cheras seringkali habis tiap-tiap kali diterjahi. Huhuhu. Rasa macam nasib tidak menyebelahi diriku je. Gitu.


Sorry ye sebab kualiti gambar tak berapa cantik dan gelap. Tapi tang langit tu cantik kan? Nampak tenang je langit itu :)  


Inilah gerai yg menjual Nasi Lemak Ayam Berempah dan Nasi Kukus di Bazar Ramadhan Cheras. Nasi Kukus dengan Ayam Goreng Berempahnya pun sedap :) 


Alhamdulillah petang semalam Sha dan enchek hubby dapatlah makan Nasi Lemak sebungkus sorang. Overall nasinya memang sedap dan dimasak sempurna (dah macam ayat Masterchef Celebrity Malaysia 2012) ditambah pula sambal nasi lemak yg fuhhhhh sodap wa cakap lu. Sambalnya tak begitu pedas tetapi enak dan syok je bila dimakan bersama nasi. Ayam Goreng Berempah pun marvelous eh satu pakej lah sedap dan harga yg ditawarkan pun berpatutan iaitu RM4.50 bagi satu bungkus.



Ramainya pengunjung bazar yg datang :) Siap ada Jalur Gemilang yg dikibar. Semangat nak sambut Hari Kebangsaan ye?? 



Yeayyyy at last dapat beli Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Alhamdulillah sebab hajat tercapai :)



Abang bungkus ROTI JOHN satu! Roti John saiz besar berharga RM4 dan saiz kecil berharga RM2.  Sha recommend Roti John di gerai ini sebab intinya sedap sekali.  



Kereta Peronda Makanan. Seronok Damia bila dapat jalan-jalan gini. hehe




  

13 comments:

Kakcik Seroja said...

Bazar Ramadhan Cheras yang mana satu ni Sha?

Kalau dekat dengan rumah, hendak juga kakcik cuba terjah. :)

Unknown said...

kakcik..

dekat area pasar besar cheras :)

dtg lah :)

Unknown said...

saya rasa macam tak sabar nak terjah jam 7.30malam ni,hahaha

|| NaFiRaa || said...

waaahhh.. tetiba nak berbuka makan nasi lemak plak.. kekekeke.. sedapnye~

titan said...

lama dah rasanya nak makan roti john bulan puasa ni. tapi takde kesempatan plak..

Unknown said...

KALAU NAK SELF PICKUP SAMBAL KENTANG TUE KAT BANGSAR

Unknown said...

amboi, meriahnye... :)

Anonymous said...

Saya tak pernah terjah sini..
Asyik ka tasik permaisuri ja..

hazman aka species1980 said...

Kat pekan salak lama... ade brother tu jual nasik lemak ayam rm2/satu ... rm5/tiga bungkus

akubiomed said...

Akhirnya dapat yang diidamkan. :-)

Myra Jay said...

Depan gerai Myra ada gak jual Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, selalu ramai orang dan abes awal ;)

Pernah try makan sekali

Geng Borak said...

akhirnyaaa... dapat jugak yea.. seb bek tak IKEA

Jefry said...

Yummy nasi lemaknya..
nice share

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!