Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

31 Julai 2010




Waktu mengandungkan Damia ialah waktu yg sangat indah di dalam hidup Sha setelah Sha berkahwin. Tiada morning sickness seperti ibu-ibu mengandung yg lain dan tiada apa-apa alahan baik di fasa awal mengandung mahupun di fasa akhir mengandung. Seingat Sha, tiada apa-apa makanan yg Sha idamkan ketika Sha mengandungkan Damia dulu. Alhamdulillah. Cuma yelah alahan dan morning sickness tu sebenarnya satu nikmat dari Allah dan bagi Sha ia merupakan satu pengalaman yg mesti dilalui oleh kebanyakan ibu-ibu mengandung. Bila dengar cerita tentang morning sickness dan alahan dari kakak Sha, saudara-mara dan rakan-rakan Sha tumpang simpati dan kesian sangat. 

So seingat Sha, Sha mula sakit nak bersalin dari selepas azan subuh pada 31 Julai 2010 (hari Sabtu) sehinggalah Damia selamat dilahirkan pada jam 1.20 pagi pada 1 Ogos 2010 (Ahad). Bermula dengan rasa sakit nak bersalin setiap setengah jam sehinggalah selang 5 minit dan tanda-tanda nak bersalin yg lain. Ohh tapi walaupun ketika menahan sakit nak bersalin tu, Sha, enchek hubby dan seorang pakcik enchek hubby dari Perlis sempat pergi melunaskan bil Maxis Sha di Maxis Centre, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ! Huhu. Lepas bayar bil tu kami sempat pekena Bihun Sup di Restoran Cili Merah di Seksyen 9, Shah Alam. Ihiks. 

Esok genaplah umur Damia 2 tahun. Alhamdulillah Sha bersyukur di atas kurnia yg Allah limpahkan selama ini kepada keluarga kami. Sha doakan semoga Sha dan enchek hubby akan terus menyayangi dan mengasihani Damia sehingga akhir hayat kami sebagaimana kasih dan sayangnya kedua-dua ibu-bapa kami ke atas kami berdua. Amin. 

 

Thursday, May 17, 2012

Kad Keahlian MBO Cinemas

Assalamualaikum???



Hi Lovely? Dah lunch ke belum? Kalau belum cepat-cepatlah datang IKEA boleh makan meatballnya yg sedap menyengat itu. Hiks. Out of topic lah pulakk...

Ingat lagi tak kat entry ni..............Hadiah Istimewa dari Neelofa ?

So.....pada hari yg ditunggu-tunggu tu Sha apa lagi kan, laju-lajulah pergi redeem hadiah ni di MBO Cinema, Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Hiks. Tapi tak adelah laju sangat sebabnya Sha hanya sempat untuk redeem pada hari terakhir. Keh Keh Keh... Alahaiii Sha ni kalau bukan buat kerja last minute tu maka bukan Sha lah tu... Muehehehe..... Dah lah kau pergi redeem masa last day, lagik tu pergi redeem di waktu malam pulak tu kan? Isk isk iskkk... :P

Sha bawa enchek hubby, Damia ngan adik bongsu Sha yg masih di bangku universiti tu.. hiks. 

Mari lihat gambor kami di kala mood gumbira ketika Sha meng'redeem' kad keahlian tersebut.......

Perlu bawa surat ini untuk redeem  Kad Keahlian MBO Cinema 


Damia ngan kelibat Mak Usunya....... 


Damia ngan abahnya........ Masa ni Damia baru nak tap-teh dan belajar untuk ringankan badan dia...Hehee 


Mak usu Damia......


Ketika Sha mendaftar untuk dapatkan kad keahlian MBO Cinema. Sebelah tu pulak Kiosk untuk ahli MBO Cinema membuat transaction......


Thursday, March 8, 2012

Western food di Windmill Restaurant, Plaza Masalam, Shah Alam



Assalamualaikum???

Maaflah entry ni bukanlah cerita lama-lama, cuma cerita tahun lepas ajek. Erkk??!! Ahaks...:)

Masa ni ada gathering family sebelah in law sebab nak raikan birthday adik ipar Sha yg paling kecik (alahaiii U All ingat dia sebaya Damia ke? No! No! No!). Kalau U All nak tahu adik ipar Sha ni dah besar dah. Namanya Balqeish. Sedap kan nama itu? Ohoii ..sedap tak sedap nama tu, Cik Aqeish kita ni dah masuk 20 years old ++. Ihiks.

Kami mula-mula nak makan kat port lain, tiba-tiba ada cadangan tempat makan. So terus lah zasssss pergi ke Plaza Masalam, Shah Alam. Memanglah best bila pergi makan kat dalam mall sebab ada aircond. Lepas tu kalau hujan dah sah-sah ada bumbung yg setia menjalankan tugasnya. Ecewahh..

Kami pergi dengan 2 kereta, al-maklumlah kalau satu kereta ajek alamatnya tersepitlah Sha nanti. Wakakaka... Apa kata kita terjah gambar kat bawah ok? :-



Ada gaya CEO tengah gelak sebab menang tender project tak ? Ahaks

Hello semua? Perkenalkan bantal busuk saya !!!!! Hiks

Like father Like daughter? :)

Kami keluar cari baju lain untuk Damia sebab aircond kat Windmill tu sangat kuat. End up kami belikan sweater untuk Damia. Hello Maroon ?!!

I heart you both , muah muah !!!!!

Ibu dan Damia. Damia excited nak turun bawah time ni sebab tengok kawasan corridor kat SACC yg luas. Haizz..
Meet my new families , my parents in law and in-laws sibling !!!!!!! Love them all too :)

Lets meet Aqeish !!!!

This is some of those menu. I think these one was ordered by my MIL :)

This are mine !!!! I ni kan perut nasi so tidaklah order those western foods. Kah Kah Kah


Sorry yeah to everyone sebab peram entry ni. Cheers everyone!!!! 






Friday, February 10, 2012

Space U8 :: Malaysia's First Eco Mall

Bahagian dalam Space U8 yakni untuk Retail Outlets.
Assalamualaikum ???

Whoah ni entry paling Sha suka...Sebab pertama di sinilah lokasi Sha bertemu dengan Neelofa dan secondly di sini juga lah Sha dapat MBO movie passes worth RM110. Sha menang contest lah  bila jawap soalan dari Neelofa dengan betul. Muahaha..anda suka? Mari baca lagi.....

Sebenarnya ini kali pertama jejak kaki di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam ni, itupun setelah dapat jemputan menonton filem Azura2012 dari akaun twitter NeelofaTeam. Hello #Lofers !!! Welcome to my blog. Ihiksss..

Sha menjadi follower yang terawal untuk balas tweet NeelofaTeam. Alhamdulillah so dapatlah 2 keping tiket untuk tayangan di MBO Cinema di Space U8 ni. So Sha bawaklah enchek hubby...Hu...Hu...Hu....   Erk, siapa jaga Damia ? Kami mintak tolong toknya di Shah Alam. Baik punya plan kan? Miahaha...

Kebetulan kakak Sha pun dapat jemputan sama dari Media Hiburan, so dia datang dengan housemate a.k.a officemate dia. : )) Hello Kak Jem ! !

Sampai-sampai aje, terkesima jugak lah Sha bila melihatkan konsep mall ini yang sangat unik. Bak kata mat saleh.....'One Of Its Kind' !!! Uhuk uhuk.... 

Mall ini mempunyai dwi fungsi yakni mempunyai lot-lot untuk pejabat di bahagian luarnya dan mempunyai lot-lot 'Retail' macam yang anda semua nampak kat mana-mana shopping mall. Whoah !!! Terbaek dari ladang ni, Ahakss.

Iyelah, sekarang ni banyak konsep baru yang kita boleh nampak di sesebuah shopping mall. Antaranya  ialah sebuah shopping mall yang dihubungkan dengan hotel contohnya Empire Shopping Gallery.

Apa yang Eco Mall nya?

OK kat Space U8 ni semua ruang yang ada mempunyai keluasan yang sangat besar, contohnya kawasan 'corridor' nya yang luas dan di mana-mana saja anda akan nampak tangga yang menghubungkan pejabat dengan kawasan luar. Jadi, ia mempunyai peredaran udara yang sangat baik !!! :)) So tak de lah macam sesetangah mall tu, bila terlampau ramai orang dan sesak aje rasa macam tak boleh bernafas pulak. Huuuuuuuuuu....

Kalau readers nak info lagi boleh click kat sini  ===> eco mall 

Jom tejah gambar ???

Dalam Space U8 ada air pancut !!!


Banyak lukisan yang cantik-cantik..

Muahaha.... konon-konon Sha nak pose sambil pegang air pancut tu ...Kah3..Tak jadi pulak..Hu Hu..

Antara Retail Outlet yang ada tapi dalam bentuk kiosk.

Pose dalam lift nak ke MBO Cinema kat tingkat 3. Enchek Hubby, Kakak Sha dan Housemate Kakak Sha. Hello lovely!!


Sejuk mata memandang fountain tu !!!!!! Hilang stress Sha kejap. La.la.lalal.lalala... :p

Space U8. Nanti kami datang lagi, bawak Cik Damia pulak.. Ha..Ha...
Stay tuned untuk next entry - Movie Review :: Azura2012

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Sunday, November 6, 2011

Damia minat hindustan ke atau minat nak main violin?

Selamat pagi!!!!! Rasanya tak terlalu awal untuk th3b0r3dsha ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha untuk sumer readers blog th3b0r3dsha. Entry tentang sambutan Hari Raya Haji akan menyusul selepas ini..........Stay tuned ok?

Sebenarnya th3b0r3dsha beraya di Melaka ni......rumah kedua orang tua th3b0r3dsha, Alhamdulillah th3b0r3dsha bersyukur kerana dikurniakan nikmat serta dipanjangkan umur sehingga kini. Flashback, raya haji tahun 2010 th3b0r3dsha, enchek hubby dan nur damia beraya di rumah kedua orang mentua th3b0r3dsha di Shah Alam. Seperti rutin setiap pasangan yg telah berkahwin, kami pun amalkan sistem rotation...Hu Hu Hu...Thanks to the democracy system we applied :))

OK back to topik post ni......th3b0r3dsha sempat usha-usha gambar dalam digital kamera ni...terjumpa beberapa keping gambar yg th3b0r3dsha ada snap beberapa bulan, say 5 months before?? Masa tu damia dok layan kereta bulat dia lagi !!! :)