Friday, August 31, 2012

Katalog IKEA 2013

Hargailah kebebasan negara kita dari penjajah !

Assalamualaikum?

Salam kemerdekaan Malaysia yg ke 55 tahun !!



Uniknya Malaysia kerana mempunyai pelbagai kaum, agama dan bangsa namun sentiasa sepakat dan hidup bermuafakat.  



Sesungguhnya perjalanan negara kita masih jauh. Umur 55 tahun merdeka bukanlah kayu pengukur kejayaan Malaysia tetapi apa yg lebih penting ialah jatidiri setiap seorang rakyat Malaysia !   




Salam Kemerdekaan ke 55 tahun dari Sha. Hargailah kebebasan negara kita Malaysia dari penjajah demi masa depan anak anak kita !!!  






Thursday, August 30, 2012

Sofa IKEA 2013

Assalamualaikum ??


Raya dah nak masuk minggu kedua tapi sempat ajek kalau uols nak pergi shopping sofa IKEA. Muahahaha. Sebenarnya pesanan itu ditujukan khas untuk enchek hubby. Ngeh3x... Kalaulah gedung IKEA Malaysia tu Sha yg punya, alahaiii hari-hari kita menukar set sofa ye dak. Hari ni sofa warna hijau pucuk pisang hari esok sofa warna merah hati. Gitu. Hahaha. 

Ceritanya katalog IKEA 2013 dah keluar. Macam biasalah kan semua item dan semua perabot kat dalam katalog IKEA tu nampak syok ajek. Teknik photographer dan pencahayaan yg terbaik! Hahaha. Anyway kat bawah ni ada koleksi set sofa IKEA yg menawan. Cewah cewahh...


Sofa ni sesuai diletakkan di dalam bilik tidur, kan? 


Sofa ni pulak macam sesuai diletakkan di tepi tangga . Gitu


Haaa sofa yg ni kalau letak kat ruang tamu pun okay...kan?


Alahaiiiii sofa ni nampak comel ajek.


Canggihnya design sofa ni. Huhu


Sofa dah macam design baju kemeja. Huhu


Ihiks. Sebenarnya set sofa yg kat atas tu adalah sempena Pertandingan Reka Bentuk Sarung Kerusi Berlengan IKEA untuk pelajar-pelajar universiti. Sofa-sofa tu bukan untuk dijual yek. Tapi kalau dijual pun alamat ada ajek pembelinya. Betul tak..betul tak... Hahaha..



Beraya dengan Tablet ??

Assalamualaikum??


Hello semua. Ecewah cam bajet ramai je yg datang baca blog Sha ni kan? Muahaha. Hari ni hari Khamis. Eh ehh Sha rasa macam sekejab aje dah masuk 12 Syawal kan? Puasa Enam tak start start lagik. Tettttt.

Si Damia sekarang ni dah macam masyuk bercinta dengan Talking Tom. Apps tu Sha ada download ke handphone Sha. Sebenarnya dah lama dah download dan dah lama Damia main dengan Apps tu cuma sejak dua menjak ni dah macam orang bercinta pulak. Hahaha. Sikit-sikit Tom. Celik mata bangun tidur nak Tom. Kadang-kadang Sha kasi alasan...

Sha :  "Ibu tengah charge henpon lah Damia"   
Damia : "Ibu cas?"
Sha : Kejab lagi Damia main ngan Tom ye"
Damia : "Ibu nak Tommmm" ........
Sha : Hmmmmm.... speechless dibuatnya.

Aplikasi Talking Tom


Damia dengan cousinnya Norman dan Zhafran ketika 1 Syawal di Kg Dato Keramat


Lekanya dua orang beranak ni dengan Tablet. Hahaha. Damia tengah main Talking Tom kat dalam Tablet. Seronok benar dia sebab screen Tablet lagi berganda-ganda besar dari screen henpon. Huhu


Laju je jari jemari Damia nak touch screen here and there....


Wednesday, August 29, 2012

Accessory Henponku ... woot woot!

Assalamualaikum??


Hi awak! Selamat Hari Raya !!!! Esok lusa awak cuti ye sempena Hari Merdeka so plan nak pergi Open House mana nanti? Sha tak pergi Open House sebab hari Jumaat ni Sha kerja. Wuwuwu..

Ehh ehhh lupa lah Sha nak citer. Minggu lepas Sha berpeluang untuk kuar dating ngan Kak Jem. Woot Woot !!! 

Beliau sebenarnya pergi 'jalan-jalan cari item' kat IKEA dengan lalingnya so terus Sha message kat Instagram Kak Jem nak ajak jupe. Hihi.. Beliau tu senior masa kat uni cuma zaman tu Sha belum ada blog so tak kenal beliau pun. Bila Sha dah menjinak-jinak dengan blogging baru lah kenal beliau. Bulan Mac baru-baru ni ada kenal gitu-gitu ngan beliau ketika beliau menang i-phone for esssss kat satu event Nuffnang & Maxis. Ketika tu beliau baru lepas naik pentas dan amik i-phone4S tu. Sha sempat salam je ngan beliau. Salam Berkat gitu. Hehe...

Seronok bila dapat jupe Kak Jem. Selama ni melayan dalam blog ngan facebook ngan Instagram beliau je kan. Lepas tu pulak terus Sha berkenan ngan accessory handphone beliau yg sangat shantek tu..... So inilah motip entry ni........Pls scroll down.....

Lawa tak..lawa tak? Baik awak angguk. Hahaha....


Accessory yg telah siap ditempek di henpon. Ahaks...

   

Kak Jem yg sangat chumel dan periang :)) pergilah terjah blog beliau di www.viruspadu.com



Hahaha.... bukan nak lawan lawan ngan accessory henpon Kak Jem cuma alahai rasa lawa lawa lah pulak bila henpon kita ada accessories gitu. Heeeheeeee... kebetulan pagi tadi Sha pegi ronda-ronda kat Level 3 Ikano Power Centre kat IT Wholesale nak cari ribbon printer terus nampak ada stall jual accessory henpon gini. So teruslah Sha memborong 3 paket. Ihiks

Wordless Wednesday : PuanBee ada kedai sendiri?

Kedai Cenderamata milik Puanbee.com ? Masih menjadi tanda tanya :))

Monday, August 27, 2012

Kerja Kerja Kerja lepas cuti Raya !!

Assalamualaikum?



#1stSyawal 1433H Jalan Tun Razak Alahaiiiiii bestnya masa ni sebab jalan tak jammed langsung.


Pagi tadi kebanyakan jalan kat KL sesak teruk. Jalan Loke Yew toksah cakap lah kan hari-hari mau jammed....Hahaha. Kebiasaannya Sha dan enchek hubby akan ikut Jalan Istana untuk menghala ke KL. Itu ialah jalan alternatif dari Cheras ke KL selain dari Jalan Loke Yew. Kiranya dari rumah kami tu lalu ke Bandar Tasik Permaisuri then masuk ke Jalan Salak Selatan tu terus masuk ke Jalan Istana. 

Rupa-rupanya dekat Dataran Merdeka tengah ada raptai sempena Hari Kemerdekaan. Huuuuu hazab benar duduk lama-lama dalam kereta kan. Cuaca pulak mendung gitu kalaulah boleh patah balik pastu sambung tidur kan best. Hahaha. Kebetulan hari ni ialah hari pertama selepas cuti hari Raya bagi mereka yg cuti panjanggggg. Sha dan enchek hubby tak cuti lama sangat pun hari Khamis lepas dah mula masuk opis. Ngeh3x...

Hari ni hari Isnin dan lihatlah muka kami yg ceriaaaaa di office. HikHik

 

#1stDayKejeLepasCutiRaya #5Syawal 1433H #IKANOPowerCentre 


#BreakfastUntuk1stDayKejeLepasCutiRaya #SausageMcMuffin #McDonaldTheMall


Friday, August 24, 2012

Ke Beijing kita ...moh !!

Assalamualaikum?


Salam 6 Syawal 1433H. Hari Raya ke enam baru nak update blog iye Yong? Ate kome idak ke tau...mike ni udah lemau lepas makan ketupat, lemang, rendang segala bagai?? (Slang Orang Perak) hahaha.


Kat entry ni tak mau citer pasal Raya.......


If Sha tempek gambar lama lama kat entry ni aci tak ?? Huah3. Sebenarnya gambar gambar tu masih elok tersimpan dalam album. Gambar tu semua diambil ketika Sha jadi Tour Manager Reliance Travel dan bawa pelancong dari Malaysia ke Beijing, China. Enjoice!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, August 18, 2012

Beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum?


Menjelang 1 Syawal 1433 H, kebanyakan wargakota akan pulang ke kampung halaman masing masing. Telah menjadi satu budaya 1 Malaysia di mana tak kira apa jua perayaaan yg disambut, setiap kaum akan mengambil kesempatan untuk pulang bercuti di kampung halaman masing masing.


Haa..... Alhamdulillah..Sebenarnya Sha dah selamat sampai ke rumah ibu bapa Sha di Melaka pada hari Khamis yg lalu. Nak tahu tak tanda tanda awal nak Raya yg Sha alami ??? Let's check it out....


1. Start je cuti Raya terus Sha ada mood nak nyanyi lagu Raya. Fuhh hati rasa berbunga bunga je nak Raya. Dam dam dum bunyi mercun.... Pada hal, lagu lagu Raya dah lama berkemundang di corong radio tapi mood nak nyanyi lagu Raya dok ke laut...tak de feel gitu!!


2. Start je cuti Raya, mood nak makan kuih Raya berkuak kuak . Muahaha... Nak makan kuih Raya ni,  nak makan kuih raya tu. Padahal sebelum Sha beli kuih Raya tu, Sha dah makan tester kuih Raya tu semua. Huhuhuhu.


3. Mood nak beli belah untuk hari Raya di saat saat akhir tiba tiba ada.

Gitu. Nak Tudung Raya lah apa lah. Macam macam! Sedia je lah duit ye enchek hubby! Hiks. Haa.. malam ni malam Raya, so mari lah kita pergi downtown dan uptown segala bagai. :) Kuikuikui


Ok itu je tanda tanda nya.. uols ada rasa yg sama macam iols?? Hik3


Sehingga kita bertemu lagi, Sha ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam 1 Syawal 1433 Hijrah dan Maaf Zahir Batin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, August 17, 2012

#SaveJejai

Assalamualaikum?


Ketika entry ini ditulis Sha masih tertanya tanya apakah kesudahan nasib seorang rakan?


Ketika entry ini ditulis Sha masih tertanya tanya bagaimana rasanya penderitaan yg ditanggung oleh seorang rakan?


Namun begitu, siapalah Sha ?? siapalah kita untuk menentukan takdir seseorang ??? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan segala galanya. Ye, Qada' dan Qadar itu adalah ketentuan Allah.


Sebagai seorang umat Islam, marilah kita memanjatkan doa kepada Allah Taala agar saudara kita, Azhar bin Ramli diberikan kekuatan untuk menempuh penderitaan akibat penyakit barah paru paru yg kini di tahap 4 (stage 4). Mari kita sama sama doakan agar beliau cepat pulih seperti sediakala, InsyaAllah.


Anda pun masih tidak mampu untuk menjawab kedua dua soalan Sha di atas, bukan?


Walau bagaimanapun kita semua masih mempunyai peluang untuk membantu saudara Azhar bin Ramli yg lebih dikenali sebagai Je Jai di kalangan blogger.


Bagaimana caranya?


Berikan sumbangan seikhlas hati anda bagi membantu untuk meringankan sedikit beban beliau menerusi akaun yg tertera di bawah:-


No Akaun Maybank : 1643 5107 9691

Nama : Azhar bin Ramli


Ataupun melalui akaun isteri beliau:-


No Akaun Maybank : 1640 8974 1562

Nama : Mazlina binti Othman


InsyaAllah mudah mudahan Allah Taala makbulkan doa kita semua. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


Note : Je Jai adalah pemilik blog www.teratakarmo.com dan seorang rakan blogger Sha yg sangat baik dan suka membantu rakan rakan yg lain. Gambar di atas di ambil ketika kami hadiri satu majlis anjuran Maxis iaitu Maxis Apps Blogger Experimental pd bulan Mac 2012.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, August 16, 2012

Checklist bag balik kampung!!

Assalamualaikum??


Bukan checklist untuk barang-barang yg nak dibeli kat Supermarket aje tapi Sha kena ada checklist bag balik kampung !!!! Kuikuikui. InsyaAllah malam nanti kami sekeluarga akan memulakan perjalanan balik kampung ke Melaka. Tahun ni giliran berhari-raya di sebelah keluarga Sha sebab tahun lepas giliran beraya ke Perlis yakni sebelah keluarga enchek hubby. Tahun sebelumnya yakni tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri, kami beraya di Melaka secara automatik sebab ketika itu Sha baru ajek melahirkan Damia. Automatik gitu kan tak payah nak perang-perang. Muehehe....

Checklist bag balik kampung ni sangat penting apatah lagi jika kita mengemas bag di saat saat akhir (ditujukan pada diri sendiri). Yelah takut-takut ada barang penting yg tertinggal. Sha dulu masa single mingle pun kena buat checklist, masa dah kahwin pun ada checklist apatah lagi bila dah ada anak kan? Barang-barang Damia aje dah berapa bag. Gitu.    



Alamak tertinggal lah....
17) Kuih Raya

Hehehehe ...... Selamat kemas bag balik kampung dan Selamat balik kampung !!!! 

Wednesday, August 15, 2012

Girls Day Out




Assalamualaikum?

Dah lama juga tak ada girls day out (GDO) antara Sha ngan Damia. Wah GDO dah ala-ala 'GTO' tagline Blogger Nihong Celup yakni Eyriqazz. Ihiks. Jgn sentap ek Eyriqazz raya dah nak dokek ni. Hiks.

Girls day out paling last antara Sha dan Damia ialah masa p try Buffet Ramadhan di Restoran Brisik yg terletak di Jaya One, PJ bulan lepas :-) Oh tetiba terbayang bayang Satay Serai salah satu signature menu yg terdapat di Restoran Brisik. Huhu.

Girls day out sebelum tu ialah ketika Sha dan Damia pi event Pelancaran Butik Trudy & Teddy di Kids World, Pavillion. Ingat tak entry ni ?? Wuwuwu.

So utk berbuka puasa semalam Sha dan Damia dah membawa diri ke Mcdonalds The Mall. Haha bawa diri dan bawa perut gitu, yelah kan nak buka puasa sure perut kosong kan? Hiks. Enchek hubby ada company buka puasa di Pan Pacific Hotel so oklah tu kami berjiran je masa iftar. Haha.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, August 14, 2012

Olay Yuna & Friends' Buka Puasa Reunion contest

Assalamualaikum ?


Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan. Sha ada sertai satu contest yg dianjurkan oleh Olay melalui Facebook Olay pada bulan lepas dan komen Sha telah dipilih sebagai salah seorang pemenang. Walaupun Sha bukanlah pemenang utama tapi syukur ke hadrat Allah. Walaupun tidak berpeluang untuk berbuka puasa bersama Yuna pada 16 Ogos 2012 ini namun Sha redha kerana mungkin ia bukanlah rezeki Sha. Peluang untuk bergambar dengan Yuna di EVENT 1  dan EVENT 2 dan EVENT 3  tu dah cukup buat Sha happy.

 OLAY 7in1 Day Cream and Night Cream, OLAY 7in1 Foaming Cleanser, OLAY White Radiance Cream Cleanser, OLAY White Radiance Purifying Foaming Cleanser dan Head and Shoulder Shampoo..... Kesemuanya produk ini di bawah satu mother company yg sama yakni 'P and G' atau Procter and Gamble


Komen yg Sha berikan yg telah melayakkan Sha untuk dipilih sebagai pemenang contest ini..


Jom Berbuka Puasa bersama Yuna!
Saya cabar awak untuk berikan jawapan yang lebih kreatif! Tontoni episode “Yuna’ s Reunion” terbaru dan jawab soalan untuk dapatkan peluang berbuka puasa bersama Yuna!

Komen Sha :-
Saya akui bahawa saya seorang yg mudah tertekan ataupun stressed sama ada ketika bekerja di pejabat mahupun ketika tersekat di dalam kesesakan lalulintas. Perkara tersebut turut menyumbang kepada keadaan kulit saya yang tidak sihat.

Terima kasih Olay dan Yuna!!!!

Monday, August 13, 2012

Aku ni kecik ke besar?


Sharidawati Shahrudin nama diberi. Cewah cewah macam pemantun sekolah, haktui!! Kat gambar tu aku yg paling muka garang. Aku kakak tau!! Kakak sulong jauh sekali. Aku kakak nombor 5. Adik aku yg laki tu yg depan sekali. Dia duduk sebelah pagar rumah. Lagi sorang adik aku yg depan tu yg mulut tak reti dok diam. Pok pek pok pek!! Dia kat depan sekali dan pengakap selalu cakap gini "Dari Kiri Cepat Jalannnnn!" Dia duduk dari kiri nombor 2. Sebagai kakak pada adik-adik jadik aku duduk kat belakang sekali. Aku yang tinggi sangat!! Penat susun semua orang tinggi rendah tinggi rendah. Aku paling besar tau dah darjah 3. Kadang-kadang mak dengan abah cakap aku dah besar. Mak cakap, "Acha dah besar tolonglah mak buat keje rumah..". Tapi mak cakap aku kecik pulak. "Tak boleh pergi naik bas, Acha kan kecik lagi?" Kepala pening aku dibuatnya. Bila mak suruh sapu sampah sidai kain kemas tempat tidur aku dah besar tapi aku tiba-tiba jadik kecik bila kawan dalam kelas ajak naik bas. 

Lama-lama aku pun faham. Aku besar sebab aku boleh harap. Mak dengan abah boleh harap pada aku. Takkan nak harap pada adik-adik sebab dorang kecik lagi. Kecik dari aku sangat. Aku pun kecik dari mak dengan abah. Betul tak tipu! Kalau tak percaya tengok tangan dorang, tangan aku kecik cenonet jek! Kita mesti ikut cakap mak dengan abah sebab raya nanti kita boleh dapat duit raya banyak-banyak!!    

Sekian. Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri [dot]My. Jom sertai contest ini di pautan INI dan INI .

Friday, August 10, 2012

Baskin Robbins VS Nandos

Assalamualaikum?


Seronok betul rakyat Malaysia dengan barang percuma apatah lagi bila dapat peluang makan aiskrim Baskin Robbins secara percuma walaupun cuma diberi 1 scoop aiskrim je. Ehh siapa yg tak suka aiskrim Baskin Robbins, kalau dapat kat Sha pun Sha senyum sampai ke telinga! Hehe.

Tahniah sekali lagi pada Dato Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong di atas sumbangan pingat Perak dan Gangsa di Sukan Olimpik London. Tahniah juga pada Media Prima dan Baskin Robbins yg sudi menabur bakti pada rakyat Malaysia dengan memberikan aiskrim Baskin Robbins percuma pada 8 Ogos yg lalu. Wahhh cantiknya tarikh yg dipilih tu, ada ong ong lah tarikh tu! Ehehe.


Orang ramai beratur untuk mendapatkan free Baskin Robbins ice cream di Aeon Maluri. Ketika gambar ini dirakam, jam menunjukkan waktu 6.20 petang, yakni 1 jam 40 minit sebelum kaunter aiskrim percuma dibuka. 


Bahagian dalam Aeon Maluri yg berhampiran dengan premis Baskin Robbins. Ramalan yg Sha boleh buat berdasarkan pemerhatian, terdapat kira-kira 88-128 orang yg sedang beratur pada ketika itu.


Sha : Ramainya orang yg beratur, bang. Jom kita join sama?
Enchek hubby : Kita buka puasa dulu lah.....
Sha : Oh okayyy...
Damia : (i follow)


Walaupun Malaysia belum memenangi pingat emas di Sukan Olimpik London, namun  Media Prima dan Baskin Robbins tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka. Malah bagi Sha Baskin Robbins dapat publisiti yg sungguh meluas gara-gara aiskrim percuma ini. Mana taknya, hampir semua orang 'share' berita ini di dalam wall Facebook masing-masing. Haha..


Its alright to do it after sunset. Kami makan Nandos pada hari tersebut.  


Mula-mula Nandos Aeon Maluri fullhouse lepas tunggu 15 minit gitu baru ada kekosongan meja untuk kami. Sebelum tu kami makan bun & donut dulu untuk berbuka puasa. Muehehe.  


Sukanya auntie ni dapat ice cream Baskin Robbins percuma. Huhu


Sha pernah sekali je makan ice cream Baskin Robbins itupun ex boss yg belanja di Baskin Robbins KLCC. Masa tu birthday ex boss dan kami keluar celebrate berempat. Setelah beliau belanja kami makan di Dome kami makan di Baskin Robbins pula. Teringat kata-kata beliau, 'I belanja Baskin Robbins lah so that you all can remember me'. Haha. Tepat sekali, beberapa bulan selepas tu beliau resign dan pastinya Sha masih ingat akan memori pada hari tersebut sampai sekarang! :)



Keluar je dari Nandos kami dapati orang yg beratur makin ramai dah macam beratur nak pergi tengok Konsert pulak. Hahaha


PR3 ?

Assalamualaikum???


Sha pun tak tahu menahu yg Page Rank blog ni dah naik ke PR3. Serius. Sebelum ni Sha pernah check PR blog ni yakni ketika Sha tukar nama blog dari th3b0r3dsha ke sharidawati tapi ketika itu PR blog ni masih di tahap PR1. 



Petang semalam baru tahu dah naik ke PR3, itupun setelah diberitahu oleh seorang Manager P1. P1 tu apa? P1 ialah singkatan nama bagi Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi yg bersaing secara sihat dengan syarikat telekomunikasi lain seperti Streamyx, Maxis dan lain-lain. 

Apa itu Page Rank?


Page Rank adalah alat yang dicipta oleh Larry Page dan Sergey Brin untuk menentukan halaman mana yang lebih popular dan layak untuk dipaparkan dalam laman utama mesin carian google. Page rank dikira 0-10. Semakin tinggi kedudukan laman tersebut, bermakna lebih popular halaman tersebut di enjin carian. 

Walau bagaimanapun faktor populariti sesebuah blog bukan saja bergantung pada Page Rank malah ia juga bergantung pada keyword yg diletakkan di dalam setiap entry.

(credit info : blog Kulanzsalleh.com)

Wednesday, August 8, 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com”



Assalamualaikum?










Eh ehh tapi bukan bercinta berdua-duaan macam couple tu tau!!! Kaedahnya yg ini bercinta beramai-ramai tau. Tak percaya? Tengok kat SINI




Bagaimana cara-cara nak masuk Contest Duit Raya ni? Mudah je! Bagi sesiapa yg ada blog maka anda boleh buat satu entry tentang bulan Ramadhan tahun ini yg bertajuk CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Peraturan paling penting dalam apa-apa contest tentulah idea yg original dan bukan idea yg diciplak.

Anda boleh letak gambar untuk memeriahkan lagi entry anda. Gitu. Oh paling best tentang Contest Duit Raya ni ialah gambar cun melecun anda tu akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM. Glamour ahkak sekejab. Hahaha...




Cerita Puasa Ramadhan 2012 Sha berlaku pada malam 1 Ramadhan baru-baru ini yakni ketika Sha, enchek hubby dan anak kami, Damia pergi menunaikan solat teraweh di Masjid Shah Alam. Rasa syukur sangat ketika itu sebab dapat meluangkan masa bersama-sama untuk solat teraweh. Bila difikirkan kembali, sekarang ni agak mencabar bagi Sha untuk solat teraweh jika dibandingkan ketika masih bujang dulu. Ketika bujang dulu, Sha boleh pergi solat teraweh tapi bila dah berkahwin dan sudah ada anak ni kita kena fikirkan siapa yg nak tolong tengokkan anak kita ketika kita solat teraweh

Alhamdulillah tahun ini ialah tahun kedua Damia berhari raya dan Damia sudah boleh di bawa bersama ke masjid untuk solat teraweh. Yelah beliau dah boleh berjalan sendiri dan bukan lagi seorang bayi yg perlu dipantau setiap saat. Beliau sudah boleh faham setiap arahan yg diberikan cuma bezanya samaada beliau nak ikut ke tak setiap arahan tu. Hehehehe...  

So berbalik semula pada Cerita Puasa Ramadhan 2012 ini, Sha ambil keputusan untuk bawa Damia ke ruang solat perempuan untuk beri enchek hubby tumpuan sepenuhnya ketika solat teraweh. Konsep 'Ladies First' gitu. Hehehe

Sha pilih untuk solat di bahagian tepi dinding di bahagian saf belakang. Kelihatan ramai juga anak-anak kecil sebaya Damia di ruang solat tu. Biasalah budak-budak punya aktiviti mestilah berlari-larian, kan? Hahaha..Macam kita masa kecik-kecik dulu! Hehe. Damia terus dapat kawan baik kawan lelaki mahupun kawan perempuan. Sha biarkan aje, janji mereka tak jerit-jerit dan mengganggu jemaah lain yg ingin bersolat. Oh Sha dah bagi warning awal-awal lagi pada Damia supaya jangan jerit-jerit dan jangan lari jauh-jauh dari ibu dan beliau angguk tanda setuju. :))

Setelah selesai solat fardhu Isyak secara berjemaah, Sha lihat Damia dan kawan-kawannya masih elok lagi. Selang 10 minit selepas tu, tiba-tiba Damia mencebik dan datang ke arah Sha. Rupa-rupanya ada budak lelaki yg pukul pipi Damia dengan kereta mainan. Kesiannya Damia. Nasib baik pipi Damia tak luka cuma merah sikit je :( 


Sekian, itu saja Cerita Puasa Ramadhan 2012 Sha. Terima kasih yg tak terhingga buat sponsor Contest Duit Raya ini yakni blogger adik beradik shakiddo.com dan hazmanfadzil.com

Friday, August 3, 2012

Mimpi Shakiddo Datang Beraya

Entah semena-mena Sha termimpikan si Shakiddo pagi tadi. Horror juga cerita mimpi Sha kali ni, kan? Haha..nak kata Sha tidur tak basuh kaki tak mungkin sebab dah basuh segala-galanya. Aduyyaiii. 

Beliau ada datang beraya ke rumah kami so macam biasalah sebagai tetamu Sha dan enchek hubby layankan ajelah. Kami jamu beliau makan kuih raya yg pelbagai jenis tu dan air sirap ais. Borak punya borak lepas tu beliau minta izin nak balik sebab nak masuk kerja shift petang katanya. Sha sempat hulurkan sekeping sampul raya beserta dengan duit raya untuk si Ilham, anak beliau. Lepas tu beliau pun naik motor vroom vrooom dan hilang dari pandangan mata kami. 




Tup tup handphoneku berbunyi kring kring kringgg.

Bila Sha jawab "hello" Sha terdengar suara mak Sha kejut bangun sahur. Huhuhuhu..owh ku bermimpi rupa-rupanya. Muehehehe...*GelakGulingGuling*

Adehh adakah mimpi itu bermaksud Shakiddo nak taja Unifi di rumah Sha???

Atau adakah mimpi itu mahu perli Sha sebab Sha belum hantarkan penyertaan ke Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com” ????

Hahaha. Sekian