Monday, December 31, 2012

iPhone 5 Gadget Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sesungguhnya ketika entry ini disiapkan, frasa iPhone 5 Gadget Impian adalah satu frasa yang begitu sinonim dengan blog DENAIHATI yang sememangnya terkenal dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi. Jika hashtag #MyWishIn2013 dan #NewYear menjadi trending di Google.com, hashtag iPhone 5 Gadget Impian tetap menjadi pujaan hatiku. Sebelum Sha menutup tirai tahun 2012 yang cemerlang ini Sha berharap agar iPhone 5 Gadget Impian akan menjadi milik Sha. In shaa Allah. Adakah anda masih bersama dengan Sha? Adakah anda ingin merealisasikan hasrat Sha untuk menggenggam iPhone 5 Gadget Impian? Tepuk dada tanya selera.


Satu ketika dahulu Sha pernah gagal untuk memposisikan entry di dalam Search Engine Results Page (SERP) di dalam Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. Entry penyertaan Sha untuk Contest SEO tersebut tidak berada di Google First Page mahupun di Second Page. Walau bagaimanapun kegagalan itu tidak mematahkan semangat juang Sha untuk mencuba dan terus mencuba di dalam Contest iPhone 5 Gadget Impian ini. Uniknya contest ini ialah ia tidak berunsurkan Search Engine Optimization (SEO) semata-mata malah terdapat pelbagai jenis tugasan dan cabaran yang perlu dilakukan oleh setiap peserta. Jika kami tersilap langkah pasti impian untuk memenangi iPhone 5 Gadget Impian musnah begitu saja. Harus diingat kerana hadiah yang di tawarkan oleh blog DENAIHATI bukanlah hadiah yang biasa-biasa tetapi seunit iPhone 5 16GB (Harga iPhone 5 Malaysia RM2190) yang menjadi taruhan di dalam contest iphone 5 Gadget Impian ini. Adakah anda turut teruja seperti Sha? Atau anda rasa macam nak belikan Sha iPhone 5? Hey nanti dulu!

Alhamdulillah Sha bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah berjaya menempatkan diri di dalam kelompok blogger yang bakal memenangi iPhone 5 Gadget Impian. Sejujurnya semua 84 orang blogger yang telah terpilih mempunyai impian yang sama iaitu untuk memenangi iPhone 5 Gadget Impian. Hai siapa yang tak mahu iPhone 5 kan? Tipulah jika kita masuk satu contest tapi tidak mahu menang hadiah yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun rezeki itu adalah ketentuan Allah Taala. Semua peserta mempunyai kebarangkalian yang sama dan mempunyai peluang yang sama di dalam contest iPhone 5 Gadget Impian ini. Jika iPhone 5 itu bukan rezeki Sha sekurang-kurangnya Sha telah berani untuk mencuba. Hidup kena berani gagal !

Pada peringkat permulaan pertandingan iPhone 5 Gadget Impian, setiap peserta dikehendaki untuk memasang button G+1 di blog masing-masing. Satu entry tentang iPhone 5 yang bertajuk iPhone 5 Gadget Impian perlu dibuat dan setiap peserta perlu publish entry penyertaan tersebut selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam 6/11/12 untuk bersaing di dalam contest iPhone 5 Gadget Impian.

Peserta juga dikehendaki untuk menyenaraikan kesemua entry iPhone 5 yang ada di blog DENAIHATI.


Senarai entry iPhone 5 yang ada di blog DENAIHATI.

credit gambar : DENAIHATI


Kenapa Sha minat sangat dengan iPhone 5 ?

Gadget keluaran Apple bermatlamat untuk memasarkan sekurang-kurangnya 8 produk baru sebelum tahun 2012 berakhir. Produk yang dimaksudkan ialah iPhone 5, iPad Mini, iPod baru dan komputer Mac yang terkini. Apabila Apple melancarkan iPhone 5 pada bulan September baru-baru ini tentunya ia menjadi rebutan setiap penggemar produk Apple di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Kalau ada good network dan ada duit lebih bolehlah minta rakan belikan iPhone 5 USA tapi jika apa pun tak boleh maka tunggu saja iPhone 5 dijual secara rasmi di Malaysia.

Sha minat sangat dengan iPhone 5 sebab iPhone 5 mempunyai spesifikasi yang lebih bagus dan lebih baik selain dari rekabentuknya yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding iPhone 4S. iPhone 5 yang didatangkan dengan new metal body ini hanya mempunyai berat 112g sahaja, menjadikannya telefon pintar paling ringan berbanding iPhone 4S, Samsung Galaxy S3 mahupun HTC One X. Nanti kejab. Walaupun iPhone 5 bukanlah telefon pintar paling nipis di dunia kerana ketebalan iPhone 5 ialah 7.6mm akan tetapi jika kita gabungkan kedua-dua ciri lebih ringan dan tidak begitu nipis maka sudah pasti ia ibarat memegang henpon sambil melambai-lambai bak Permaisuri. Gitu.


Pemprosesan yg digunapakai di dalam iPhone 5 iaitu iOS6 tentulah pemprosesan yg paling terkini dan berfungsi dengan lebih pantas lagi. Contohnya tiada gangguan ketika kita lakukan multitask yakni ketika kita menggunakan pelbagai aplikasi telefon pintar pada satu-satu masa. 

Lagi pun iPhone 5 lebih popular berbanding telefon pintar yg lain. Oleh itu secara automatiknya Sha ingin masuk di dalam golongan pengguna telefon pintar yg menggunakan iPhone 5. Sha minat dengan iPhone 5 sebab ia mempunyai ciri-ciri 4G, oleh itu liputan rangkaiannya lebih luas lagi.

Antara sebab-sebab yg lain ialah Sha ingin memiliki iPhone 5 melalui contest yg dianjurkan oleh blog Denaihati. Macam konsep bercinta selepas kahwin, kita kena ada niat untuk memilikinya terlebih dahulu kemudian barulah kita akan meminatinya, sama juga dengan iPhone 5 ni, Sha kena ada niat untuk memenanginya melalui contest ni, kemudian pasti Sha akan minat sangat dan terus jatuh cinta dengan iPhone 5. Ihiks

Selain itu dengan adanya iPhone 5 dapatlah Sha download dan mengguna pakai aplikasi iPhone Zabihah bagi memudahkan urusan mencari restoran yg menjual makanan halal dan untuk mencari lokasi masjid ketika berada di luar negara. 

credit gambar : Google

Apa pun ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada blog DENAIHATI dan juga sepuluh blog budiman yang lain yang telah menjadi penaja contest ini !!


Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran blog DENAIHATI ini turut di taja oleh eQurban.comStudioAksara.comAbangEnsem.comAriffShah.comEizil.comSweetkurma.comServerfreak.com, Noehas.com, Anarm.net dan Denai.my.


Nevertheless, demi kepentingan bersama, bak kata omputih, for mutual benefits, Sha telah membuat satu Giveaway yg bertajuk iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com dan ia telah pun berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Wang tunai RM50 dan barangan IKEA menanti pemenang yang bertuah. Berikut adalah senarai peserta iphone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway 

Terima kasih kerana sudi membaca entry penyertaan Sha ini. Sha berharap agar anda di luar sana sudi menyokong Sha demi merealisasikan hasrat untuk memiliki iPhone 5 Gadget Impian. Amin.

contest iphone5 300x250 Banner

Saturday, December 29, 2012

Hello baby!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Awal pagi semalam ketika Sha dan enchek hubby belum menghantar Damia ke rumah pengasuh, kami sempat mandikan Damia sebab pampers beliau basah lagi. Hehe. Sekali harunglah bila ganti lampin terus aje mandikan beliau. So to be short, lepas dah pakaikan baju beliau tak mahu enchek hubby sikatkan rambut beliau dan minta Sha yg sikatkan. Dialog seperti begini.....

Damia : NANAK ABAH IKAT (tak nak abah sikat rambut)
Sha : Kenapa Mia tak mo abah sikat rambut?
Damia : ...... diam je sambil pandang muka abahnya
Sha : Mia, Mia tahu tak dulu-dulu kan masa Mia baby masa tu Mia duduk dalam perut ibu ni (sambil Sha tunjuk perut Sha), Abah selaluuuu cakap... "Hello Baby.. Hello Baby... "
Damia : ..... tengok aje perut Sha... sambil jeling-jeling kat abahnya
Sha : Bila abah hantar ibu pergi kerja , abah cakap "Bye Baby....Assalamualaikum..." Lepas tu abah pegang perut ibu.
Damia : ......... diam dan buat muka serius....
Sha : Bila ibu dah balik kerja , bila abah ambik ibu kat office kan, abah cakap.. "Assalamualaikum... Hello Baby... " Abah sayang kat Damia tau....
Damia : ... diam lepas tu terus sondol-sondol muka dia ke perut Sha..... 

hehehehe.... speechless sangat masa tu.... Tak sangka reaction Damia gitu ala-ala nak masuk balik ke dalam perut Sha ni. Hehe...


salah satu gambar ketika pregnant..huhuhu

Monday, December 24, 2012

senarai peserta iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway

Assalamualaikum?

Hello lovelies maaf ye lambat benar untuk Sha update senarai peserta Giveaway sempena iPhone 5 gadget impian yg bakal berakhir pada malam ini. Sorry seems to be the hardest words ..perghhhh tiba tiba menyanyi pulak kat sini. Hikhikhik. Okay jom lihat senarai peserta iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway. Checkitouttttt !!! 

1. http://www.mohdnoorshawal.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

2. http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

3. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

4. http://ohthrillers.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

5.http://syaisya.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian-sharidawati-blogspot-com-giveawayati-blogspot-com-giveaway.html

6. http://www.fazrol.com/2012/12/giveawaykaksha.html

7. http://mairasukacgl.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

8. http://akmaomar.com

HADIAH GIVEAWAY:-
Hadiah utama : Wang tunai RM50 x 1 pmenang
Hadiah Kedua : Barangan IKEA bernilai RM20 x 1 pemenang 
Hadiah Ketiga : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah keempat : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah kelima : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang

Tunggu next entry untuk keputusan GIVEAWAY :))

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada kesemua peserta Giveaway dan Sha ucapkan Good Luck! ^_^


Friday, December 7, 2012

iPhone 5 Gadget Impian Sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nampaknya persaingan dalam contest iPhone 5 Gadget Impian yg dianjurkan oleh blog Denaihati semakin hari semakin sengit. Dateline yg diberikan oleh penganjur contest semakin lama semakin dekat tup-tup tinggal kurang dari 17 hari dari sekarang. Semakin lama semakin sukar untuk Sha posisikan blog Sha di Google First Page ataupun di laman pertama carian Google. Cabaran untuk meningkatkan click Google+ dan cabaran untuk menjadi Blogger Paling Hebat juga semakin terasa bahangnya. Wah dah macam Anugerah Bintang Popular pulak. Muehehe. Oleh itu, dengan niat untuk memberi persaingan yg sihat, Sha telah menganjurkan GIVEAWAY ini.

iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY

Syarat-syarat GIVEAWAY:-

1) Terbuka kepada semua individu sama ada memiliki blog atau tidak. Jika anda tidak mempunyai blog, anda boleh menggunakan akaun Facebook.

Mekanisme GIVEAWAY

Kepada individu yg mempunyai Blog:-

a) Buat satu entry bertajuk "iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY" 
b) Letakkan permalink entry ini di dalam entry anda "iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com" 
d) Undi blog sharidawati.blogspot.com sekurang-kurangnya satu kali di entry ini http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat . Terpulang pada anda untuk memilih 2 blog yg lain.
e) Letakkan permalink entry penyertaan anda di petak komen di bawah.
f) Tarikh tutup penyertaan : pada 20 December 2012

Kepada individu yg tidak mempunyai Blog:-

a) Letakkan link ini http://www.sharidawati.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html di status Facebook anda setiap hari bermula dari hari ini 7 December 2012 sehingga 24 December 2012.
b) Like facebook fanpage ini https://www.facebook.com/sharidawati 
d) Undi blog sharidawati.blogspot.com setiap hari bermula dari hari ini 7 December 2012 sehingga 24 December 2012 di sini http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat. Terpulang pada anda untuk mengundi 2 blog yg lain kerana setiap satu undian, anda harus memilih 3 blog yg berlainan.

HADIAH GIVEAWAY:-
Hadiah utama : Wang tunai RM50 x 1 pmenang
Hadiah Kedua : Barangan IKEA bernilai RM20 x 1 pemenang 
Hadiah Ketiga : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah keempat : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah kelima : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang

Mekanisme Pemilihan Pemenang
Sha akan menyenaraikan kesemua peserta GIVEAWAY ini dan pemenang akan dipilih berdasarkan random.org 


Saturday, December 1, 2012

Harimau Malaya Mengaum lagi



Assalamualaikum?

Ok tak mau citer banyak cuma sebagai peminat bola sepak kita kenalah redha dengan apa jua keputusan pada perlawanan piala AFF Suzuki malam ini. Tanyalah pada mana-mana rakyat Malaysia, for sure mahukan kemenangan buat team Malaysia yakni Harimau Malaya. Tetapi jika garuda yg menang,mmmm mungkin ada lagi usaha yg perlu dilakukan oleh pengurusan FAM. Fullstop. 
Aahaha tetibe seriyes pulak ayat-ayat Sha ek? Wakakaka. Bukan ape kadang-kadang tu bila Harimau Malaya kalah je, uols blame itu, blame ini macam-macamlah yg di condemn sampaikan isu Apek Khairul Fahmi nak kahwin pun boleh masuk suratkhabar. Huhuhu.

Anyway all the best untuk team Harimau Malaya. Ketika entry ini di taip Harimau Malaya sudah menjaringkan 2 gol di minit 26 dan minit 29 oleh Azamudin dan Mahali. Aummmmmm!!!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com

Assalamualaikum?

Jom lah rakan-rakan Blogger marilah kita join peraduan yg dianjurkan oleh mummy blogger SumiJelly.com yg diberi nama Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com. Wah sedap sungguh nama peraduan ni..hikhik... Nama dah sedap tentulah hadiah-hadiah yg ditawarkan tu sedap belaka. Ehh kejab tapi lebih murni usaha kita jika kita join contest ni sebabnya setiap penyertaan yg dihantar, secara automatik RM10 akan disumbangkan untuk bantuan amal Make A Wish Malaysia  untuk merealisasikan setiap impian mereka yang dimana antara mereka mempunyai penyakit yang merbahaya. 

Untuk contest ni Sha tempek gambar di bawah dan Sha rasakan ia paling comel dan best sebab kebanyakan kanak-kanak sukakan peluang tatkala memegang pensel atau pen dan kertas.  Seorang kanak-kanak biasanya akan menconteng kertas tersebut sesuka hati, ibarat menyampaikan mesej tertentu melalui kertas tersebut.


Monday, November 12, 2012

bla..bla..bla..bla....

Assalamualaikum??


Hari ni tiba-tiba monday blues melanda diriku ini walhal esok pun saya bekerja bukan cuti macam korang pun! Muahaha..Kalau korang yg monday blues tu, i pahamlahkan. I yg akan kerja esok pun monday blues??? Bluwek!

So ramai betul rakan-rakan di twitter yg condemn Anugerah Skrin 2012 yg berlangsung pada hari Jumaat lepas eh. Suka hati koranglahkan. Tapi pada pendapat Sha, is such a good effort. Sebabnya mereka yakni pihak produksi yg bekerja untuk Anugerah Skrin sudah 'think out of the box'. Kita sebagai penonton kena lah terima dengan hati yg terbuka dengan apa yg ingin dipersembahkan. Tak kisahlah jika setiap scene ambil masa yg lama ke, bosan ke atau konsep teater yg entah-apa-apa ke. Why not kita try to be creative sikit. Hargailah usaha pihak produksi yg sudah fikir, atur dan lakukan demi Anugerah Skrin. Kenapa nak bandingkan Anugerah Skrin dengan Oscar awards??? Biarlah Oscar dengan kredibiliti mereka tapi setidak-tidaknya Anugerah Skrin kali ni punyai cara tersendiri untuk dipersembahkan kepada penonton. Tentang isu tiada masa untuk para pemenang berucap, bagi Sha itu isu lapuk kerana dunia sekarang masing-masing punyai medium untuk bersosial. Artis pun ada blog sendiri, ada blog hiburan yg tersohor dan punyai unique view beratus-ratus ribu sehari seperti Beautifulnara dan sebagainya, so sudah tentu ucapan terima kasih itu boleh jek disampaikan melalui medium blog tersebut. Rancangan hiburan macam Melodi pun ada. Kebanyakan artis pun ada social medium seperti facebook, twitter dan instagram. Tak salah kan kalau setakat nak ucapkan "terima kasih kepada semua yg menyokong drama saya..bla..bla..bla..." melalui medium sebegitu ??! Demn panjangnya saya membebel. HAHAHA.

   

Tuesday, October 30, 2012

Pemenang Tea Tree Dry Skin Relief by Thursday Plantation Giveaway

Assalamualaikum???


Hi korang ...Alhamdulillah syukur walaupun hanya ada dua orang je rakan blogger yg telah join giveaway yg Sha anjurkan tempoh hari, tak mengapa yg penting semangat dan sokongan moral tu yg sangat Sha raikan. Terima kasih buat Miss Chocolate dan Wana Pelangi yg sudi join giveaway kali ni yek! Automatik u all berdua lah yg jadi pemenang giveaway ni. Hehehe. Anyway dua-dua blogger dah berikan sebab musabab yg best untuk giveaway tu dan Sha suka sebab yg korang kasi. Terbukti ramai juga rakan blogger yg menyukai produk kecantikan yg mengandungi Tea Tree Oil ni !! :))

Thumbs Up !!! Thank You Nuffnang !!!! Thank You Thursday Plantation !!!!!

   

Monday, October 29, 2012

My First Jubah by F&H Online Boutique

Assalamualaikum???


Hello lovelies......Amacam best tak raya haji korang? Korang pergi solat sunat Aidiladha kat mana? Berapa ekor lembu yg ditumbangkan kat kawasan korang tinggal? Apa juadah hari raya korban yg paling korang teringat-ingat sampai sekarang? Muehehehe....

Masa malam raya tu barulah Sha, enchek hubby dan Damia balik ke rumah mentua di Shah Alam. Hari Khamis tu kan Hari Wukuf so umat islam digalakkan untuk puasa sunat. Both Sha dan enchek hubby dapat puasa sunat dan kebetulan jammed teruk sangat pada petang Khamis masa kami on the way balik rumah dari office. Assumption Sha .... petang Khamis jalan dah tak jammed sebab paginya nampak lengang aje jalan. Rupa-rupanya ramalanku tak benar belaka. Huhuhu. Last-last kami buka puasa dalam kereta huhuhuhu. Nasib baik dah tapau Kebab Baba Rafi yg famous amos dari Turki. Alhamdulillah. Kebab untuk Damia pun Sha ada belikan. Suka betul budak kecik tu makan kebab ayam yeh. Huhu. 

Sampai aje kat rumah hujan turun lagi lebat dengan petir dan guruh sekali. Pakej. Apa-apa pun hujan kan satu rahmat dari Allah. Alhamdulillah. Syukur. Lepas Sha pack bag dan bahan-bahan untuk masak Soto, dalam jam 10.30 gitu kami gerak ke Shah Alam. Ketika tu masih hujan kat luar cuma dah reda sikitlah. Dialog si Damia malam tu.... "ibu hujan", so Sha cakap kat dia "ye, hujan lebat". Terus dia cakap "Payung" ! Hihi. Ada jek yg nak dia connectkan dalam minda dia. :) Mesti salah satu kebaikan susu Dumex Dugro, kan?  Alhamdulillah Thank You Allah. 

Bila kami sampai Shah Alam operasi memasak Soto pun bermula. Rebus ayam, rebus nasi impit, masak kuah soto, rebus daging kisar dan goreng kentang untuk begedil. Family di Shah Alam pun masih sibuk memasak time tu. Menu yg family Sha sediakan ialah Rendang Daging, Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Ketupat Palas, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan kek kukus. Apa lagi episod MasterChef Malaysia pun bermulalah. Hahahaha. Masing-masing dengan dapur masing-masing. Pum pam pum pam pukul 1.30 am gitu barulah Sha masuk tidur. Kekekeke. Esok-esok paginya lepas solat subuh terus Sha goreng begedil dan carik-carik isi ayam untuk Soto sebelum bersiap-siap ke masjid untuk solat sunat Aidiladha. Awesome ! :)

Gambar kami untuk Hari Raya Haji 1433 Hijrah. Cantik tak my first jubah from F&H Online Boutique ?




Thursday, October 25, 2012

Fardhu Haji

Assalamualaikum????


Hi semua, dah mula mood Hari Raya Haji kan? Yg pastinya jalanraya di Klang Valley mula lengang sejak pagi tadi yakni ketika Sha on the way ke tempat kerja. Anyway ni ada sedikit info tentang FARDHU HAJI yg Sha kongsikan dari laman facebook Vyrec :~

Dalil dari al-Quran:
-Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.

Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah : Digalakkan untuk umat Islam berpuasa sunat pada hari ini. Alhamdulillah ketika entry ini ditulis Sha masih berpuasa. 
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.

Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'

Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.

Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. 

Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.

Walaupun ibadat Haji diwajibkan untuk umat Islam yg mampu namun kita perlulah menanam niat di dalam hati dari sekarang untuk pergi menunaikan Fardhu Haji suatu hari nanti. Jikalau kita boleh pergi menunaikan Fardhu Haji lebih awal lebih bagus, yakni ketika kita masih muda. InsyaAllah. 

Salah satu azam Sha pada tahun 2013 ialah meningkatkan simpanan Tabung Haji Sha. InsyaAllah. Mudah-mudahan azam tu dimakbulkan oleh Allah. At the moment Sha masih berkira-kira untuk memikirkan caranya, mungkin perlu untuk Sha kurangkan perbelanjaan Sha setiap bulan. InsyaAllah. One of the solution yg Sha tengah fikirkan buat masa ini.

Anyway untuk Raya Haji kali ni Sha, enchek hubby dan Damia akan beraya di Shah Alam yakni di rumah mentua Sha. Sha cadang nak masak Soto untuk jamuan kami sekeluarga. Tadi Sha dah pergi shopping sikit kat Tesco Mutiara Damansara. Almaklumlah Tesco tu dekat je ngan office ni. Haruslah Sha contribute $$$ kat Tesco tu kan. Ihiks. 

So Sha ucapakan Selamat Hari Raya Haji buat semua rakan-rakan blog dan maaf zahir batin ye. Hati-hati ketika memandu kereta tu. Semoga kita semua mendapat keberkatan di Hari Raya Haji kali ini. InsyaAllah

credit gambar : laman facebook Vyrec atau Virtual Youth Resource Centre

Saturday, October 20, 2012

ATM akan jadi juara Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum??

First of all janganlah uols emo sangat dengan tajuk entry kali ni, cuma pada pandangan Sha pasukan Angkatan Tentera Malaysia atau nama singkatannya ATM mempunyai potensi untuk menggondol Piala Malaysia 2012. Keh keh keh. 



Bagi Sha kedua-dua pasukan mempunyai pemain bola sepak dengan skill yg berbeza-beza contohnya Hairudin Omar, kembar Aidil dan Zaquan dari ATM manakala pemain seperti Inderaputra dan Khairul Fahmi dari the Red Warriors. Both team ATM dan TRW (the Red Warriors) ada player import kan tapi itu cuma satu bonus je. Bagi Sha cukup sekadar kita compare 'apple' to 'apple' iaitu kita bandingkan pemain tempatan yg dimiliki oleh setiap team. Maksud Sha kat sini both team ada player yg hebat dan masing-masing ada 50% peluang untuk menang dalam perlawanan pada malam nanti di Stadium Shah Alam.

Walaupun dah tak ada askar dalam team ATM tapi Sha percaya tentu kesemua pemain ATM ada tahap disiplin dan team work yg lebih tinggi dari pemain the Red Warriors. Siapa sangka, mungkin tahap kecergasan ataupun fitness player ATM lebih tinggi dari player Kelantan? Harap-harap sangat team ATM dapat keberkatan bila berada dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia yg penuh dengan semangat ketenteraan, semangat berjuang dan darah satria ! Hehehe. Go ATM Go !! :))



Friday, October 19, 2012

Pegang-pegang tangan

Assalamualaikum??


Hello lovelies. Salam Jumaat to all. Esok lusa dah nak weekend kan...masing-masing senyum jekkkkk sebab dapat more time untuk spend dengan keluarga tercinta. Sebelum uols bercuti tu jom tengok 2 keping gambar yg paling sempoi between Damia dan cousinnya Zhafran. Haaaaaaaa..ingat lagi tak entry Lelaki Kacak? Huhuhu..Zhafran adalah antara lelaki kacak tersebut.



Tuesday, October 16, 2012

Sederap Meluru Memburu Gagal Sifar

Assalamualaikum??


Sebenarnya Sederap Meluru Memburu Gagal Sifar tu ialah satu motto ataupun tagline tempat Sha belajar dulu yakni Pusat Matrikulasi UUM yg terletak di Sintok, Kedah. Lepas je SPM terus masuk matriks selama 1 tahun dan ini last matriks yg dikendalikan oleh pihak universiti sebab tahun berikutnya semua program matriks dikelolakan oleh KPM ataupun Kementerian Pelajaran Mara sehinggalah ke hari ni.

Baru-baru ni ada rakan-rakan matriks yg create Facebook Group untuk semua ex student matriks UUM. So seronok dua ronok tiga ronok betul bila dapat keep in touch. Masing-masing dah ada career, family dan komitmen yg tersendiri. Huhuhu. Facebook ni ada jugak pro nya kan? Of courselah banyak contra nya tapi kita tengok lah dari aspek yg positif, ye member-memberku semua? Eheks....

So kat bawah ni Sha ada tempek sekeping gambar masa Sha dan rakan sekelas pergi enjoy-enjoy kat Pantai Merdeka, Sg Petani, Kedah. Masa tu tahun 1999 semester kedua which is semester terakhir di matriks.


pergi stay 1 night kat Pantai Merdeka Resort then malam tu kami buat barbeque kat tepi pantai. Giler best !! Hahaha
  

Monday, October 15, 2012

Memorable Monday : Saya dan Neelofa

Assalamualaikum?





Good morning lovelies !!!!! Maaf ye asyik delay je segmen yg Sha initiate untuk blog ni yakni segmen Memorable Monday. Gambar-gambar yg kat atas ni tak pernah Sha taruk kat sini blog ni lagi. Sha pernah citer pasal event yg Sha pegi tu kat entry ni ....neelofa-in-house in case kalau uols tak baca lagi... wuwuwu. 

Anyway makin lama career seni Neelofa makin berkembang kan. Berlakon filem dan drama, pengacara Nona dan duta produk, yg terbaru sekali jadi duta tilam jenama King Koil. Good for her kan. Drama TV3 yg bertajuk 'Kau Yang Terindah' tu pun ada jugak Neelofa berlakon. Sha layan jugak citer tu provided sampai rumah awal. If stucked dalam traffic jammed kadang-kadang tu tak sempat jugak nak layan. Apa yg paling best tentang Neelofa dalam citer tu ialah bagaimana Neelofa hidupkan watak Alisya yg degil tapi end up dia jadi soft sangat especially bila Alisya dan suaminya Syamiel pergi menunaikan umrah di Mekah. Lepas tu walaupun Alisha ada terserempak dengan Firman di Mekah namun hati Alisha dah melekat kat Syamiel dan dia sudah lupakan cintanya pada Firman. Happy ending :)  

Sunday, October 14, 2012

Kos Lepas ialah handbag berjenama tinggi

Assalamualaikum?


Kos lepas dari terma ilmu ekonomi bermaksud sesuatu nilai atau barang yg perlu dikorbankan untuk satu nilai atau satu barang yg lain. Gitu. Hello lovelies..hari ni kita refresh memori pasal subjek ekonomi...mau kah? Muahaha..mau lah mau lah. Sia-sia je Sha dapat A1 untuk subjek Ekonomi Asas dalam SPM tahun 1998 dulu. Terima kasih cikgu ekonomi !!!! (alahai sorry terlupa lah nama cikgu ekonomi) :)

Bila kita drive kereta sendiri dan maksimakan penggunaan kereta tu untuk tujuan mencari rezeki pastinya kita tak boleh elak dari kos penyelenggaraan ataupun maintenance cost. Baru-baru ni Sha dan enchek hubby spent almost RM1300 untuk tukar bearing tayar, disk brake, brake pad, lampu brake, aircond compressor dan juga kos untuk servis aircond. Biasalahkan Sha bila dapat figure gitu terus Sha teringat kat handbag yg mahal-mahal tu. Ahaksssssss. Langsung tak ada kena-mengenakan? Cuma Sha terfikir kalaulah duit yg kami spent tu buat beli handbag baru yg ehem ehem branded macam Princess Victoria jual kat website tu alahaiiiii syoknya. Hiks.

kredit gambar : website Princess Victoria



Tapi being a rasional person kan so kita kenalah berpijak di bumi yg nyata. Sah-sahlah tukar ganti alat dalam kereta kita tu satu keperluan berbanding handbag mahai-mahai tu pula adalah satu kehendak. Gitu. Tak apa Sha masih happy lagi dengan handbag Charles & Keith yg enchek hubby hadiahkan. Handbag kahwin pun jenama tak mau kalah, ada lagi simpan elok-elok. Paris Hilton lagi. So alhamdulillah atas rezeki yg Allah berikan dan InsyaAllah kalau ada rezeki nanti bolehlah pakai handbag lagi mahal ye dok? Yg penting kita berusaha, bertawakal dan be positive always :)  

Friday, October 12, 2012

Pengalaman menggunakan P1 4G Portable MiFi Modem

Assalamualaikum??

P1 4G MiFi Modem ni memang portable ataupun mudah alih sesuai untuk individu macam Sha ni yg kejab ada kat Cheras kejab ade kat Jln Tun Ismail kejap ada kat Section 14 PJ kejab ada kat IKEA...eh eh ehhh banyak benau berjalan si Sha ni kan? Hehehe. So meaning to say ia mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja plus is kecil, ringan dan comel. Hikhik. Heyyy kecil jangan disangka tak power ye sebab bateri modem ni tahan lama jugak....at least tahan 4 jam bergantung pada penggunaan data internet kita. Jikalau kita stucked dalam traffic jammed tu at least adalah penyelamat dalam kereta. Gitu. Boleh juga update blog sepam dua. #Ehh.





So far bila Sha gunakan P1 4G Portable MiFi Modem MF230 ni kat rumah memang berdesup laju je layan internet apatah lagi ketika blogwalking. Seronok je rasanya bila meninggalkan jejak di blog orang lain. Tiada masalah langsung dengan modem P1 ni di area rumah Sha. Thumbs up!! :)



Oleh kerana P1 4G Portable MiFi Modem MF230 ni mempunyai ciri-ciri On The Go so ia bebas digunakan di mana-mana asalkan ada liputan internet di kawasan tersebut. So far internet surfing dengan P1 okay je bila Sha keluar dari rumah, start driving dan Sha masih boleh connected to the world, ecewahhh. Cuma biasalahkan kadang-kadang warna merah yg berkelip-kelip instead of warna oren sebabnya kita kene faham, data sedang dihantar dari pencawang yg terdekat dengan kita ketika itu. Meaning to say, ketika Sha berada di Jalan Istana contohnya, data dihantar dari pencawang A dan ketika Sha dah ada kat SPRINT highway, data dihantar dari pencawang B. Gitu. So it takes time, at least for 10 seconds untuk internet surfing kita kembali normal yakni lampu berwarna oren akan menyala di modem P1 tersebut.

Berbaloi-baloilah bang, kakak, adik-adik yg lovely sekalian apabila kita hanya perlu spend RM69 jek sebulan untuk pelan terbaru P1 yakni ToGo Plans ini. Kita akan dapat liputan 4G unlimited lepas tu dapat pulak quota penggunaan sebanyak 6GB. 

Dah nama pun personal WiFi hotspot so kaedahnya bukan kita sorang-sorang jek yg dapat guna internet tapi boleh berkongsi data internet P1 ini dengan 5 orang di dalam waktu yg sama. Hah kiranya in case ada satu hari tu si laki bini dua-dua sakit tekak ngan hilang suara so bolehlah whatsapp jek masing-masing tak payah nak cakap-cakap. SMS pun tak payah! Jimat kos SMS. Hehehe

Check it out kat SINI yekkk :)

Anyway terima kasih kepada P1 kerana sudi kasi Sha review produk ini. Best!!!!!

Thursday, October 11, 2012

Selamat Tinggal HTC Desire S ku yg disayangi

Assalamualaikum?


Nasi dah jadi bubur sebab segala kecuaian yg telah terjadi sebelum ni tiada apa yg boleh mengembalikan ia kepada keadaan yg asal. Segala yg tersurat dan tersirat adalah ketentuan Yang Maha Esa. Semoga ia menjadikan Sha sebagai individu ataupun pengguna gadget yg lebih berhati-hati. 

Henpon HTC Desire S Sha yg baru nak masuk 1 tahun telahpun rosak dan kos membaikinya dikatakan melebihi harga pasaran henpon tu sendiri. Semalam HTC Service Centre dah hubungi Sha sendiri untuk memberitahu perkara ini. Menitis juga air mata ni sebab ia banyak betul berjasa kepada Sha dan family. Kebanyakan gambar-gambar yg Sha capture dan post ke dalam blog ni merupakan hasil tangkapan dari henpon tersebut kerana kualiti gambarnya yg sangat cantik dan bagi Sha ia sudah cukup untuk Sha, seorang blogger bukan sepenuh masa.

Apakan daya Sha masih boleh gunakan digital kamera Canon yakni hadiah perkahwinan yg telah diberikan oleh adik-beradik Sha. Tentang henpon gantian, biarlah masa yg menentukannya. Sob..sob....

Im going to miss you a lottttttt!
 

Wednesday, October 10, 2012

Face Shop mask from Korea

Assalamualaikum?


Pernah dengar satu produk kecantikan berjenama Face Shop yg diperbuat di negara Korea? Produk kecantikan ni sebenarnya boleh didapati di kebanyakan farmasi di KL ni tapi kawan Sha ada stok face mask untuk dijual dengan harga yg lebih murah, yakni cuma RM4.00 sahaja sekeping. Harga pasaran di Malaysia ialah dalam lingkungan harga RM6.90 - RM7.00 sekeping. Kat bawah ni Sha tempek gambar face mask tu ye in case uols berminat nak mendapatkannya boleh komen kat bawah. Terima kasih.


The Face Shop : Real Nature Mask Cucumber. A hydrating/vitalizing mask sheet containing cucumber extract to fill puffy and lackluster skin with cool hydrating minerals.

The Face Shop : Real Nature Mask Lemon. A brightening mask sheet containing fresh lemon extract bursting with Vitamin C to densely penetrate the skin and brighten dull skin tone while maintaining its translucence.

Ohh ada lagi satu jenis iaitu The Face Shop Real Nature Mask Rice. An exfoliating/complexion improvement mask sheet to smoothen and brighten dull and rough skin.
   

Wordless Wednesday : Model filem Resident Evil versi Hijabista

Pelakon Bicara Hati datang office Sha

Assalamualaikum???


Ingat lagi tak drama Bicara Hati, sebuah drama yg diadaptasi dari novel yg bertajuk Bicara Hati karya Damya Hanna ? Tiap tiap kali layan drama arahan Osman Ali ni kat Astro Ria setiap malam minggu mood Sha asyik swing je sebab jalan cerita novel ni buat kita jadi geram dan marah lepas tu kita jadi sedih. Hehe. Sha ada tanya Cristina masa beliau datang book ticket dekat office tempat Sha kerja ni bila you nak berlakon drama dengan genre gini lagi? Cristina terus jawab, tak mau lah asyik berlakon watak sedih nanti saya balik rumah pun saya sedih tau. Hehe. 

Anyway Cristina ni seorang yg peramah dan seronok berbual dengan beliau. Beliau sempat ucapkan selamat hari raya kat Sha sebab katanya beliau sambut hari raya hari-hari! Hehehe. All the best to Cristina Suzanne dan semoga terus popular ye! :)

Friday, October 5, 2012

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Assalamualaikum?


Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau nama pendeknya SSPN yg berlandaskan Wakalah Bil Istithmar bukanlah satu terma baru di Malaysia. Ia sering diperkatakan apatah lagi ketika berbicara tentang pendidikan anak-anak di masa hadapan. Waktu Sha jadi budak sekolah rendah dulu tak wujud pun segala terma begini, malah ketika Sha berada di Sekolah Menengah hanya pelajar 'cream de la cream' yg bakal mendapat tajaan pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg tertinggi dari pihak Mara. Tidak wujud lagi istilah PTPTN ketika Sha berada di darjah 1 pada tahun 1988 yakni 24 tahun dulu. 

Tapi kini segala-galanya telah berubah dan negara kita sudah maju di dalam segenap aspek termasuklah bidang pendidikan. Dengan simpanan permulaan serendah RM20 di institusi kewangan yg terpilih kita mampu menyediakan platform demi pendidikan anak-anak kita untuk masa hadapan. 

Sekadar renungan bersama, mungkin kita tidak boleh assume berapakah kos sebenar yg bakal kita gunakan untuk menghantar anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM nanti?? Berapakah kos pendidikan di peringkat tertiary kelak? 20 tahun dulu adakah kita dengan mudahnya lihat kelibat pelajar asing yg belajar di universiti di negara kita?? Tidak, bukan? Bagaimana pula 10 tahun yg akan datang?? Tentu sekali jumlah pelajar asing makin bertambah berbanding sekarang. 

Ya Sha dan enchek hubby sudahpun mendepositkan sejumlah wang untuk Damia di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan InsyaAllah both Sha dan enchek hubby akan terus menyumbang di bulan yg akan datang. 

Damia dan kazen-kazennya :)

Thursday, October 4, 2012

Saya masih sayang kat handphone saya

Assalamualaikum???


Hello Uols. Selamat tengahari.. dah lunch ke belum? Sha dah tapau magee goreng ni dari Teh Tarik Cafe di The Curve tapi belum ada 'feel' nak menjamahnya. Ecewahhhh buat-buat kenyang lettew, pada hal tengah lapar sangat ni. Ngeh3x... Uols uols uolssssss (berapa harakat daaa uols tu) tajuk entry kali ni agak emosi lah, kan? Anda setuju? Hahahaa. Cerita banyak tak mau. Straight to the Ampang Point KL. Henpon Sha hang sejak awal pagi tadi. Sekarang ni Sha rasa risau + gundah + gulana + sedih + takut + lapar + dan sebagainya.. Eheks

InsyaAllah Sabtu ni Sha akan pergi hantar smart phone yg tersayang ni ke HTC Service Centre sebab masih under warranty. Moga-moga henpon ni dapat diselamatkan lagi dan tak maulah kena re-format henpon bagai sebab ada banyak betul koleksi gambar-gambar yg Sha sangat sangat sayang yg ada dalam henpon tu. Uhuk Uhuk.





 

Tuesday, October 2, 2012

Banyaknya earning Nuffnang saya !!

Assalamualaikum???

Wah wah wahhhhh bukan main seronok Sha bila tengok earning Nuffnang naik 10 kali ganda dari earning sebelum ni.. Muahahaha..Sebelum ni baru berapa je earning Sha sekali bila tengok kat website Nuffnang tadi homaiiiiii naik lah lagi earning ~ naiklah lagi !!! Ahakss... Apa cer ni Nuffnnag nak kasi duit terpijak ke kat Sha? I loike..... Ihiks.


Isk isk isk setahu Sha, tahun 2009 Sha masih belum ada blog lagi, so acaner boleh ada campaign pulak dalam blog Sha ni yek ???? Hahaha. Sah ada bugs ni kat dalam sistem Nuffnang. Get well soon ye sistem Nuffnang.  Hehe
 

Belum rezeki Burger Samurai McDonald's

Assalamualaikum?


Hai lovelies ! Sayangnya kat uols sebab masih sudi jengah blog Sha. Time Kasih yeh! Hehe. Oh ye syukur alhamdulillah sebab abah Sha dah dibenarkan untuk keluar dari hospital semalam. Doktor minta abah Sha kawal kadar kandungan gula di dalam badannya setiap masa. Ada sejenis alat untuk mengukur kandungan gula yg telah diberikan dan ada jadual waktu untuk abah Sha periksa sendiri kadar kandungan gula ataupun glukosa dalam badan beliau. Benda benda ni sangat penting untuk abah Sha yelah jika tak cukup gula pun susah jika terlebih gula pun susah juga! InsyaAllah sebagai anak, kami adik beradik kenalah tolong ingatkan abah ye dak? Hehe. Terima kasih doktor2 nurse2 dan pakar pemakanan serta pakar fisioterapi di SDMC sebab tolong jaga abah saya !!! 6 hari 5 malam abah saya ada di sana. Wah dah macam pakej percutian oversea pulak. Huhu.


So........Selamat datang Oktober dan sekejab je September meninggalkan kita untuk lembaran tahun 2012 ni kan? Subhanallah. How time flies very fast. Tak terkejar rasanya semua benda yg kita nak buat dan semua benda yg kita nak kecapi. Cuma sebagai insan biasa Sha bersyukur di atas segala limpah kurnianya.  


Nampak gaya ramai peminat tegar McDonald's dah mencuba Burger Samurai kan? Huhuhu...Sha baru jamah sikit Burger Samurai pada hari Jumaat minggu lepas dan belum sampai seru lagi nak membeli Burger Samurai. Malam minggu baru baru ni Sha dan family ada hang out kat McDonald Drive Thru SS15 Subang Jaya tapi Sha rembat Chicken McDeluxe pulak. Lunch tadi pun Sha pergi McDonald's Curve dan terus order McChicken. Hahaha...Belum rezeki nak membeli Burger Samurai McDonald's lah agaknya. Hahaha.

sayalah peminat tegar McChicken McDonald's. Sila percaya. Hehe