Tuesday, January 31, 2012

Gossip Gurl dengan Pen Merah

Assalamualaikum??

Huhhh...ini memang kes rajin yg terlampau sebab back to back Sha update blog. Muehehehe....
Sha dan Anne dari blog Pen Merah berkesempatan untuk borak plus makan-makan kat Papa Rich di The Curve baru-baru ni. Kebetulan Anne nak ambil Nisa Kay di KL so singgah jap melepak kan. Ahakkksss...

Macam-macam yg kita orang borak plus gossip, wakakaka.. aisehman kan pompuan bertemu pompuan kalau tak gossip tu tak sah, yo!! Hu..hu..hu.  Anne ni memang tak lokek dengan tips dan nasihat untuk Sha majukan blog yg tersayang ni.

Jom terjah gambar.....






hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

th3b0r3dsha jadi penyampai berita di TV3

Assalamualaikum ??? Hello Hello readers ???

So far Sha pernah pergi Auditorium RTM untuk rakaman program televisyen 'Prisma'. U Olssss ingat lagi tak program 'Talk Show' tu yang dihoskan oleh Rosyam Nor dan isteri M.Nasir iaitu Marlia Musa. Masa tu Sha masih kat Tingkatan 5 kat Sekolah Menengah Subang Jaya. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sekolah Sha ada buat rombongan so apa lagi Sha kan suka bab-bap public speaking ni. Ihiksss....

Baru-baru ni Sha pergi ke Sri Pentas TV3, Bandar Utama untuk ambil Pas Masuk ke Anugerah Juara Lagu ke 26 yang telah pun bersiaran pada 29 Januari yg lepas. Hu...hu...hu..hu Ala, janganlah marah,  sebab tajuk kat atas tu hanya angan-angan Sha je. Nanti bila dah jadi kenyataan, Sha share kat blog ni OK? :)

Ada 2 kali slot untuk ambil pas masuk tu, yakni pada jam 10 pagi dan pada jam 2 petang. Kebetulan pada Hari Raya Cina kedua tu Sha kena kerja. So Sha pilih untuk amik pada sebelah pagi. Lagipun kalau beratur di sebelah petang tentu panas kan. Ahakksss Sha kan puteri lilin. Ngeh3..

Sha sampai kat TV3 pada jam 9.20 pagi dan queue memang panjang. Tapi nasib baik tak lama sangat beratur sebab tepat jam 10 pagi kaunter dah dibuka dan tak sampai sepuluh minit lepas tu Sha dah dapat pas masuk AJL26. Tapi setiap seorang hanya boleh ambil 2 keping pas masuk je. Alahaiiiii ikutkan hati Sha nak ambil lebih tadi. 

Jom layan gambar....











hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Tutti Frutti Frozen Yogurt Bandar Tasik Permaisuri

 Assalamualaikum???

Persinggahan kali pertama Sha, enchek hubby dan Damia ke sini, selalunya dok pusing-pusing cari port makan kat BSP tapi tak pernah pulak nak singgah kan. Sha jarang nak makan Tutti Frutti ni, so far ini kali ketiga Sha makan Tutti Frutti, (mari gelak ramai-ramai..muahahaha....) 

Aduhaiii Sha sangatlah tak minat dengan makanan yg ada yogurt ni. Yogurt pun Sha tak pernah makan. Ishhh ngada-ngada pulak ye? Kalau kari kat kedai mamak yg taruk yogurt tu makan pulak kan? :P

First time makan kat TF Sect 13 Shah Alam, masa tu adik ipar yg belanja tapi Sha makan satu sudu je kot..Ha..ha.. Second time kt TF Empire then yg kat BSP ni third time. 

Jom layan gambar...

Ohhh banyak khasiat rupanya..Ihikss...

Taruk jangan tak taruk....muahahaha

Damia dah excited nak makan...Sabar, dah baca doa makan belum? :))

Nyummmm...Damia sangat suka makan TF...Ayyyoo tak boleh bawak selalu ini macam..Kui Kui Kui...

Ibu , Mia nak lagi 2 cup Tutty Frutti ...... ?

Sebagai blogger hebat Sha dapat discount voucher from TF !!! Ahakssss

decorations....

situasi yg selalu U Olssss nampak kat TF....



hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Grand Tour of France

Assalamualaikum?? Sape nak ikut p Peranchis ?? Sila angkat tangan...He..He..He

Damia tengah buka buku Travel To Europe, betul-betul kat page Grand Tour Of France. Damia suka sangat bila dapat buku atau kertas dengan pen. Ada je objek yg dia nak lakarkan..Conteng macam-macam kat kertas or buku tu. Kadang-kadang nampak macam scratch jek tapi at times nampak cam ada bentuk pulak. Muahahaha...






Bila Sha dan enchek hubby Itula mintak pen dari Damia, kitaorang pun lukis-lukis lah jugak kan. Dalam banyak-banyak lukisan yg kami lukis tu Damia paling suka objek matahari, burung dan kucing. Hi..Hi..Hi..... Ecewahh tapi lukisan enchek hubby yg paling lawa..Ahakss. Lukisan Sha? Erk...lukisan yg penuh dengan ciri-ciri klasik. Keh..Keh..Keh..  Cuba tengok gambar kat bawah ni. Anda nampak tak ade lukisan kucing? Ihikss.... Itulah hasil kerja Sha. Yg scratch tu semua hasil kerja Damia. Lakaran tu semua ada ciri-ciri lakaran  Neelofa Heels tak? Ngeh3....




hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Monday, January 30, 2012

Blog th3b0r3dsha Is In Progress

Assalamualaikum ????

Sebelum sha menceceh panjang-panjang...sha letak satu gambar yg paling bermakna nie..Ecewahhh..



Still In Progress sebab ada banyak updates yg sha belum updates dalam blog nie. Muehehe.....
Ini memang pengakuan berani mati as known as kamikaze. Ngeh3..... :))

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Sweet couple kat Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum ???

Hoiii serious paling sweet lah couple nie :) Kalah Remi Ishak & Tiz Zakiah..Muahahaha...

Inilah dia pasangan Shila Hamzah dan Sharnaaz...Weeeeeeeeee.. Sebelum ni th3b0r3dsha pernah terserempak dengan Shila Hamzah masa Graduation Unisel..erm tak silap pada December tahun 2009.
Masa tu sister in law th3b0r3dsha yg grad..:))

Oppss tapikan th3b0r3dsha pun pernah jumpa Sharnazz tau.. Nak tahu bila? Ermm..mestilah kat dalam tv dalam drama popular 'Bicara Hati'. Muahehehehe.....




Banyak lagi pose-pose dan gambar kandid masa th3b0r3dsha dan enchek hubby hadiri Anugerah Juara Lagu ke 26 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Tunggu updates yeah ??? :))

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Friday, January 27, 2012

MY BIRTHDAY Giveaway by MADAMMONDOQ.COM


Hello-Hello !!! Edisi entry kali ni Sha nak dedikasikan untuk blogger retis madammondoq sempena kelahiran beliau pada 27 Disember tahun lepas. So syiok sebab beliau dgn ikhlas hatinya membuat Giveaway ini. Bukan tu ajek, giveaway ni plak berlangsung selama satu purnama !! Wah Wah Wah... !!! Seronok dua tiga ronok lahh sebab Sha bleh ding-dong ding-dong..delay-deli..buat entry last minute !! Adoyaiii Sha ni memang suke buat something last minute, kan? He He He.... nasib baik sempat kalu tak? Tak dapek den nak nolong, kan?

Pada pendapat Sha, apa yg perlu ditambah-baik dalam blog beliau ialah beliau harus kekalkan komunikasi dengan setiap pengunjung yg memberi komen di blog kesayangan beliau. Bagi Sha usaha sebegini amat murni dan mengeratkan 'bonding' serta kemesraan antara Madammondoq dan pembaca blog beliau. :))

Ucapan besday?? Hmmm.....Sha nak nyanyi lagu ni lah :-

Allah Selamatkan Kamu...!
Allah Selamatkan Kamu...!!
Allah Selamatkan Madammondoq...!!!
Allah Selamatkan Madam !!!!!

ok, repeat intonasi lagu di atas tetapi dengan lirik yg Sha reka khas buat Madam di bawah ni :-

Blog Madammondoq Maju...!
Blog Madammondoq Maju...!!
Allah Selamatkan Blog Madammondoq...!!!
Blog Madammondoq Maju....!!!!!!

Happy Belated Birthday Madam ! Semoga kekal sukses di dalam kerjaya, dunia blogging dan bahagia di samping laling dan Danish !!! :))

Weeeeeeeee..:)


hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Monday, January 23, 2012

Damia buat aksi Lion Dance ke?

Wewitttttttttttt.......hai mentang-mentanglah masa mengandungkan Damia dulu, office colleague Sha sakan pasang lagu CNY kat opis masa nak dekat-dekat Raya Cina, Damia semudah A-B-C je dah terror menari ala-ala Lion Dance yek??? Ha..ha..ha....

Jom terjah video kat bawah ni.............





hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Gong Hei Gong Hei !!! Gong Hei Fatt Choy!!!!

Hello awak !!!

Best tak cuti sempena Tahun Baru Cina? Muehehehe...sokmo U Olsss cuti panjang ek?

Waktu entry ni ditulis, bunga api dok berdentam-dentum kat luar tu!! Hai sakan ek U Olsss beraya sempena tahun Naga ni? Ihikssss

Di ketika ni Sha hanya dapat tumpang seronok dan dua tiga ronok sebab family Sha sedang bercuti di East Coast, Malaysia. Ecewahhh...bukan ape they all ada jemputan kahwin di sana. Adik ipar Sha jemput makan kenduri sebab dia nak dapat adik ipar..Ahaks.... Pendek citer adik dia akan melansungkan majlis perkahwinan. Plus adik Sha kan ada sorang yg kerja kat T'ganu. So apa lagi cuti-cuti Pantai Timur lah mereka..Muahahaha..    Di samping tu dok tumpang gembira gak kat family in law yg tengah syok bercuti di Tanah Tinggi Cameron. Perghhhhhhhh... masing-masing had fun kan cuti raya cina ni?

Sha ?? Enchek hubby dan Damia??? Muahahaha.. kami kena terima kenyataan yg Sha akan bekerja pada cuti umum ni. Alah biasalah bila office di shopping mall memang macam tu. Plus office colleague Sha pergi oversea sebab bawak group. Weeeeeeeeee..mari mari bekerja esok dan lusa !!! He..he..he

OK la kalau Raya Cina tahun lepas Sha sakan citer fasal kemeriahan sambutannya bila office buat satu event. Cer terjah kat reliance-pacific-berhad CNY dinner. Yelah tahun lepas masa Raya Cina tu Sha masih di company yg lama.

So for this year punya entry tentang CNY, jom saksikan gambar-gambar kat bawah ni........

CNY decoration di The Curve, dah macam decoration kat Tianmen Square, Beijing,

kebetulan masa Sha nak p tapau lunch kat e@Curve ada pulak Lion Dance kat The Street, The Curve

Ala comei comeiii......ihiks

CNY deco kat Viva Homes, Cheras. Siap ada patung naga, you!!

Dragon year of 2012
So macam yg Sha dah shout kat wall facebook Sha (Sharidawati Shahrudin) dan twitter (th3b0r3dsha) tempoh hari, to everyone yg sambut Chinese New Year...May I wish you.......Gong Hei Fatt Choy dan Xinnian Kuai Le !!!!!





hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Demam Damia Datang Lagi

 Assalamualaikum?? Salam sejahtera buat semua readers...

Sure U Olss sume tengah bergumbira sakan sempena cuti Raya China ni kan? Ahaksss...sakan-sakan gak jangan lah lupa nak selak blog th3b0r3dsha nie kan, ecewahh..

Sorry yeh sebab dah more than a week tak update blog. Rabu baru-baru ni demam Damia datang lagi. Tapi demam kali ni datang dengan selsema dan batuk. Hingus pun boleh tahannnn !! Kesian sangat kat dia sebab asyik merengek jek. ;(

Sometimes nak hilang gak kesabaran Sha dengan kerenah Damia tapi Alhamdulillah ..Allah sentiasa bagi kekuatan kat Sha untuk fikir balik apa tanggungjawab Sha sebagai seorang ibu kepada Damia. Budak kecik..biasalah ..akan rasa tak selesa bila badan tak sihat. Kita sebagai orang yg lebih dewasa sepatutnya tingkatkan kesabaran ketika melayan mereka.

Petang Rabu tu mak dan abah Sha datang dari Melaka bila dapat tahu Damia demam. Lega sikit rasanya bila ada someone yg lebih berpengalaman ada sama. Yelah.... mak dan abah Sha ni lebih makan garam dari Sha dan enchek hubby.

Alhamdulillah ketika entry ni ditulis, demam Damia dah kebah ..cuma ada sikit batuk dan sikit selsema. Suara dia yg sedikit serak beberapa hari lepas telah beransur pulih. Gembira bila boleh dengar Damia jerit macam dulu. He..he..he..he..




hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Thursday, January 19, 2012

GA Pertama Sicantik Siezuka

Assalamualaikum? Hello from IKEA !!

Time ni Ikea penuh dan sesak dgn orang gara2 chinese new year last minute shopping. Muehehehe

Tapi sha gagahkan jugak untuk masuk giveaway ni...Nak tahu kenapa?Sebabnya org yg anjurkan giveaway ni sweet plus manis ..lepas tu pulak, baru malam kelmarin bertentang mata dengan beliau.

Beliau yg dimaksudkan ialah...Jeng3...



Nak tau link beliau ? Ini dia.

Huh..nanti boleh lah terjah blog beliau ramai2 yeah ?

Nak tahu ape kelebihan dan kekurangan blog beliau?

Hm....sha start dengan kelebihan dulu lah ye...Huhuhu ..Biasalah mana2 orang pun suka dengar yg baik sebelum dengar yg buruk kan? Ihiks...OK kelebihan blog beliau ialah 'signature' yg beliau bubuh sebelum beliau mengakhiri setiap entrynya. Siap ada 'Salam Sayang', NURUL tu.......Auww.... how sweet!!!

Bila readers dan follower cam sha baca signature gitu, rasa cam sungguh dihargai !!

Kekurangan blog beliau pulak...hm...beliau tak letak page yg lain selain 'Home'. Contoh page yg lain ialah seperti 'About Me', 'Exchange Link', 'Contact' dan lain-lain page yg boleh difikirkan perlu.

Anyway All The Best untuk blog Siezuka, semoga cemerlang hendaknya dan terima kasih sebab sudi buat Giveaway yeah? :))

Ok untuk Giveaway anjuran blog Siezuka ni sha nak tag 2 orang blogger 'famous-amos' :-

1. PenMerah
2. MadamMondoq
hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday : th3b0r3dsha dan Datuk Siti Nurhaliza

Assalamualaikum??

Mesti U Olss tahu kan siapa kat dlm gambar tu?

Hai seronoklah rasanya ...bertuah badan bile dapat posing sebelah Datuk Siti Nurhaliza....



hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Tuesday, January 10, 2012

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic

Assalamualaikum !!!

Hmmm ape khabar U Olssssssss ? Harap cehat sokmo !

Kali ni th3b0r3dsha nak sokong satu project yg sorunk blogger ni anjurkan. Project ni agak glamorous, ecewaahhh. Bukan apa, mana lah tahu kot-kot I dapat tumpang letak muka kat dalam project tu.   

Pencarian 100 Blogger Malaysia ni dianjurkan oleh blogger adamainaa di blog adamainaa.com

In case U Olsss nak join dan jadik 100 orang blogger itu leh click kat ===> SINI
:))
Cara nak sertai?
Kena lengkapkan details kat bawah ni dan letak gambar yg paling besar dan jelas. Opss yg pasti kena lah letak gambar sorang, bukan berdua atau berlima. Ehiks..
OK here are my details :-

Nama : Sharidawati Shahrudin
Tempat tinggal sekarang : Cheras, Kuala Lumpur
Join Blog sejak : January 2010
Gambar th3b0r3dsha?
OK tu aje, stay healthy, stay cute and stay lovely yeah !!!!

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Monday, January 9, 2012

Family Getaway at One World Hotel - Last Part

 Assalamualaikum? (Huhhh lebih baik U Olsss jawap ......)



Jangan lah marah sebab citer fasal new year celebration tak habis - habis lagi !

He..he..he.... Th3b0r3dsha janji, ini entry terakhir tentang overnite stay kami di One World Hotel tempoh hari..ecewahhh tempoh hari lah sangat kan... pada hal dah lebih seminggu berlalu..:))

Ok so in case readers ter skipped entry pertama dan kedua leh terjah kat ......


So kali ni th3b0r3dsha akan citer fasal eve of new year. 

Lepas solat maghrib kami bersiap-siap untuk pegi dinner. Alahaiii mana lagik nak dinner kan kalau bukan kat One Utama ..! Boss th3b0r3dsha dan gangster paradisenya tak join sama. Yelah masing-masing ada spa treatment. Wahhhh ko hado? Ihiks

Th3b0r3dsha tidaklah meng'spa'kan diri......The first and the last ialah masa time nak kahwin, back to year 2009. Of course lah kan, ramai plak yg kasik advice untuk pegi memanjakan badan sebelum berkahwin. Macam-macam lah, ada yg kata nak naikkan seri pengentin lah..... nak bagi badan fresh lah. Tapi bagi th3b0r3dsha, reason th3b0r3dsha buat spa treatment sebelum kahwin sebab th3b0r3dsha tahu yg th3b0r3dsha tak akan layan lagi 'spa' -'spa' ni semua. 

Memang tak boleh blah lah urut-urut badan ni semua. Mana taknya masa lead tour ke Beijing pun ada jek aktiviti urut kaki bila kami singgah ke Pusat Perubatan Herba dan Tradisional China. Alahaiiiiiii mintak maaf lah banyak-banyak th3b0r3dsha memang tak tahan geli bila kena urut kaki.
OK so back to topic, kami pun jalan-jalan lah sekitar One Utama. Kami tak jalan jauh sangat memandangkan Damia mengantuk dek tak tidur di siang hari. So end up kami dinner kat MacDonald sebab enchek hubby teringin sangat nak makan Prosperity Burger.


Pusing punya pusing kami jumpa kedai ni. Ramai giles orang beratur kat depan kedai dia. Perghhh.....
Rupa-rupanya kedai 'Candylicious'. Auwwwww banyak giles candy kat dalam kedai tu. Th3b0r3dsha jadik sangat eksaited dan speechless sekejab !!!



























Keesokan harinya..aktiviti tak padat sangat. Agak santai sebab tak ada apa-apa plan except untuk balik ke rumah MIL di Shah Alam selepas check out dan lunch. Opsss tapi aktiviti paling happy buat Damia tentunya mandi pool !!!!! Lepas ajek kami breakfast kat Cinnamon Cafe, terus p pool dan berendam sakan.








hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?