Assalamulaikum?
Hai bukanlah Sha ni mengidam cuma kecewa juga bila Nasi Lemak yg dijual di Bazar Ramadhan Cheras seringkali habis tiap-tiap kali diterjahi. Huhuhu. Rasa macam nasib tidak menyebelahi diriku je. Gitu.
 |
Sorry ye sebab kualiti gambar tak berapa cantik dan gelap. Tapi tang langit tu cantik kan? Nampak tenang je langit itu :)
|
 |
Inilah gerai yg menjual Nasi Lemak Ayam Berempah dan Nasi Kukus di Bazar Ramadhan Cheras. Nasi Kukus dengan Ayam Goreng Berempahnya pun sedap :)
|
Alhamdulillah petang semalam Sha dan enchek hubby dapatlah makan Nasi Lemak sebungkus sorang. Overall nasinya memang sedap dan dimasak sempurna (dah macam ayat Masterchef Celebrity Malaysia 2012) ditambah pula sambal nasi lemak yg fuhhhhh sodap wa cakap lu. Sambalnya tak begitu pedas tetapi enak dan syok je bila dimakan bersama nasi. Ayam Goreng Berempah pun marvelous eh satu pakej lah sedap dan harga yg ditawarkan pun berpatutan iaitu RM4.50 bagi satu bungkus.
 |
Ramainya pengunjung bazar yg datang :) Siap ada Jalur Gemilang yg dikibar. Semangat nak sambut Hari Kebangsaan ye??
|
 |
Yeayyyy at last dapat beli Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Alhamdulillah sebab hajat tercapai :)
|
 |
Abang bungkus ROTI JOHN satu! Roti John saiz besar berharga RM4 dan saiz kecil berharga RM2. Sha recommend Roti John di gerai ini sebab intinya sedap sekali.
Kereta Peronda Makanan. Seronok Damia bila dapat jalan-jalan gini. hehe
|