Selamat sejahtera semua !!!! Such a lovely Sunday morning, yo?? :))




Nak tahu tak, th3b0r3dsha dah bikin port baik punya untuk tonton AIM ke 18 mlm td...Start je Buletin Utama kat tv3, th3b0r3dsha dah siap bentang tilam toto depan tv LCD ku...Kuang Kuang Kuang !! Siap ambik bantal untuk 3 orang pulak tu ! Damia punya susu, dah siap dibuatkan, bantal peluk busuk Damia pun ada sama...puting pun ada jugak. Alahai..bukan aper senang nanti kalau Damia tidur depan tv pun tak mengapa, bolehlahhh ibu dan abah layan AIM ke 18 ni sampai habis kan? Itulah plan awalnya.....

Tepat 8.30 malam terus tukar channel Prima utk layan blue carpet...Perghhhhh hai mentang-mentanglah Celcom yg jadi sponsor, terus tukar dari red carpet jadi blue carpet ek? Sampaikan pengacara blue carpet, si Diana Danielle pun tersasul-sasul menyebut 'red' instead of blue carpet. Ha Ha Ha........



Macam yg semua sedia maklum, malam tadi berlangsungnya Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) yang mengambil tempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Mula-mula seronok lah layan intro AIM ke 18 ni. Not bad lah Najwa bikin opening for the night. Syabas betty !! Layan punya layan, my little princess sudah rengek-rengek dan bagi isyarat nak tidur. Hu Hu Hu. OK OK ibu surrender, meh ibu bawak Mia masuk bilik, kita tidur kat bilik yeh? Hu Hu Hu.......Selamat di situ dan you olsss nak tahu? Ibu pun sama-sama lena bila Damia sudah lena. Kui Kui Kui....

Sedar-sedar dah pukul 12 lebih dan AIM ke 18 pun dah tamat. Ha Ha Ha....terlepas sudeyyyy... Th3b0r3dsha pun apa lagik, capai lappy dan blogwalking lah kan...tweet-tweet sikit dan nah!! Siap satu entry selepas th3b0r3dsha reckee info keputusan AIM dari blog RotiKaya. So kat bawah ni ialah keputusan penuh AIM ke 18 ye you olsss.....

Artis Mobile CELCOM Terbaik - 6ixth Sense

Anugerah Kembara - Yuna

Anugerah Seri Wirama - Puan Beh Suat Pheng

Artis Baru Terbaik - Najwa

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Sedetik Lebih (Anuar Zain)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Penakut (Yuna)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Beribu Sesalan (Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah)

Kulit Album Terbaik - Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)

Rakaman Album Terbaik - Realize (Reza Salleh)

Video Muzik Terbaik - Susun Silang Kata (Aizat Amdan/Ahmad Farish)

Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati (Adibah Noor)

Lagu Nasyid Terbaik - Pedoman (Nora feat. VOU)

Lagu Rock Terbaik - Pelita (A.P.I/Loque)

Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih (Anuar Zain/Edry Abdul Halim)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Got To Go (Najwa)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara - Ku Menunggu (Rossa)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Jeritan Batinku (Sheila Majid)

Album Terbaik - The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

Lagu Terbaik - Penakut (Yuna)