Monday, November 28, 2011

seminggu tak update blog ??

Salam Maal Hijrah bagi semua muslimin dan muslimat......

Diam tak diam dah hampir satu minggu th3b0r3dsha tak update blog ni kan? Ihiksssss....Rindu rasanya kat semua readers th3b0r3dsha. :D
First of all th3b0r3dsha mohon maaf kerana hampakan u olssss, yelah dah browse blog th3b0r3dsha tup-tup tak ada entry terbaru. Th3b0r3dsha tak update entry terbaru sebab doq belajar utk exam SPM? Ishhh..! No-No-No... :)) Dah lebih sepuluh tahun th3b0r3dsha tinggalkan zaman SPM. Sebenarnya kesihatan th3b0r3dsha tidak mengizinkan pada hari Isnin minggu lepas......Th3b0r3dsha mula-mula demam sikit pada hujung minggu lepas lepas tu pada hari Isninnya terasa sakit dalam mulut ni.


Macam-macam andaian yg th3b0r3dsha buat, nak tumbuh gigi bongsu ke atau dinding dalam mulut pecah ke?? Sampaikan nak bercakap pun sakit apatah lagi ketika nak menelan air liur. Hmmmmmmm........Tragis sungguh kan? Tugas th3b0r3dsha sebagai Travel Consultant amat memerlukan th3b0r3dsha untuk bercakap, so bila dah jadi macam ni terpaksalah th3b0r3dsha ambil cuti sakit.

So pada hari Selasa th3b0r3dsha dapatkan rawatan di Hospital Pusrawi dan doktor mengesahkan kedua-dua anak tekak th3b0r3dsha bengkak dan merah. Ouuccchhhhhhhh! Subhanallah sakit sangat masa tu!!! Kalau nak lihat pada kejadian sebelum-sebelum ni, th3b0r3dsha akui th3b0r3dsha kerap sakit tekak dan demam tapi keadaan pada masa itu paling teruk !! Worst!! Pada ketika itu th3b0r3dsha berjumpa dengan Doktor Pakar Bedah Am sebab doktor bahagian ENT (Ear, Nose and Tongue) cuti. So th3b0r3dsha kena datang semula pada hari Khamis untuk follow up dengan doktor ENT. Th3b0r3dsha diberi ubat antibiotik untuk meminimumkan anak tekak yg bengkak itu.

picture credit to tonsilitispicture

Doktor Pakar Bedah Am tu ada bagi tahu th3b0r3dsha sepatutnya buat pembedahan untuk buang anak tekak yg paling kanan sebab saiz bengkaknya yg paling besar di antara kedua-dua anak tekak. Th3b0r3dsha hanya mampu tersenyum sahaja sebab memang penakut bab-bab pembedahan ni.....Ihikssss padahal dulu-dulu masa sekolah rendah ada niat nak jadi pakar bedah, auwwwww sila gelak perlahan-lahan yeh! Hik Hik

So temujanji pada hari Khamisnya berjalan dengan lancar. Ketika itu keadaan anak tekak agak pulih sedikit sebab th3b0r3dsha dah boleh bercakap sikit-sikit walaupun masih ada terasa sedikit kesakitan bila bertutur. Doktor ENT terus periksa dan hmmmmmmmmmm..what do you expect kan? Bagi doktor yg bertauliah dalam ENT of course lah hujahnya lebih kuat untuk pengaruh th3b0r3dsha bersetuju untuk menjalani pembedahan buang anak tekak. Katanya, tanda-tanda anak tekak yg tidak sihat ialah apabila tidur, kebiasaannya pesakit itu akan bernafas dengan mulut dan akan berdengkur. Ini adalah akibat dari saluran pernafasan yg menjadi lebih sempit akibat dari anak tekak yg bengkak dan besar dari saiz normal. Lama-kelamaan apabila ia berterusan, ia boleh menyebabkan masalah pada jantung pesakit. Selain dari itu doktor pun ada bagi tahu jikalau pesakit terlampau kerap sangat sakit (sakit dua kali sebulan) maka amat perlu untuk jalani pembedahan. Apatah lagi jika seseorang pesakit itu dah mengidap sakit ini terlampau lama......yakni bukanlah baru beberapa bulan menghidapinya.

Looking back, th3b0r3dsha jarang berdengkur ketika tidur, lepas tu pulak hanya dapat sakit 2-3 bulan sekali dan kadangkala 4 bulan sekali. Tapi untuk point yg terakhir tu tak boleh blah lah sebab memang th3b0r3dsha dah hidap sakit 'tonsilitis' ni sejak berada di bangku sekolah lagi. Hu Hu Hu....

So ketika entry ini ditulis kesihatan anak tekak th3b0r3dsha semakin pulih dan th3b0r3dsha masih lagi kena ambik antibiotik yg doktor bagi tempoh hari. Sepatutnya esok ialah hari terakhir untuk th3b0r3dsha makan antibiotik. Berbalik semula pada bab pembedahan tu, th3b0r3dsha masih lagi belum buat apa-apa keputusan yg muktamad sama ada bersetuju untuk jalani pembedahan untuk membuang anak tekak atau sebaliknya. Seperti biasa, hakikat yg perlu diterima oleh pesakit 'tonsilitis' ialah berdisiplin dengan pemilihan makanan iaitu pengambilan makanan yg kurang pedas, kurang minyak dan minuman tanpa ais. Aiyyooooo nikmat yg terpaksa th3b0r3dsha akur dan amalkan tiap masa. Selalunya th3b0r3dsha amalkan tapi yelah kadang-kala terlanggar juga pantang-larang ni. Opssss...

Thanks for reading dan th3b0r3dsha doakan semoga kita semua mendapat kesihatan yg diingini. Amin :))





2 comments:

lilyothman said...

Alhamdulillah dah baik, kan...syukur...i doakan u sentiasa sihat lepas ni...insya Allah...

Unknown said...

Lily..Maceh yunk....InsyaAllah, amin ! :)

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!