Showing posts with label Mynewshub. Show all posts
Showing posts with label Mynewshub. Show all posts

Friday, November 18, 2011

“Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..”


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

Salam 1blogger? Tentu u olsss rasa teruja dengan entry terbaru dari th3b0r3dsha nih kan? Ihikssss..Ini adalah entry yg th3b0r3dsha siapkan di dalam usaha untuk memenangi gadget paling 'terbabomm' ataupun paling hangat diperkatakan ketika entry ini ditulis. Terima kasih pada Beta.my kerana sudi menganjurkan contest ini serta ucapan terima kasih turut diberikan kepada pihak yg menaja hadiah iaitu Mynewshub.

OK back to topic, "Saya Nak Samsung Galaxy S II sebab saya dan rakan-rakan sepejabat saya masing-masing belum memiliki sebuah telefon pintar ataupun smart phone, apatah lagi telefon pintar Samsung Galaxy S II". Kalau tak percaya jom terjah gambar-gambar di bawah nie:-

huhhhh..inilah dia henpon kesayangan th3b0r3dsha yg tidak pintar itu..habis punah punat-punat dikerjakan dek Damia :)
Cik Fairuz dengan telefon tidak pintarnya

Cik Fazlyn dengan telefon tidak pintarnya

En Said dengan telefon tidak pintarnya
Oleh yg demikian, maka saya dan rakan-rakan sepejabat saya masing-masing tak tahu-menahu fasal kebaikan, kekuatan, faedah dan nilai tambah yg kami bakal perolehi apabila memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S II itu. Tiada siapapun di antara kami dapat berkongsi cerita tentang telefon pintar Samsung Galaxy S II kerana masing-masing tidak memilikinya.

Yelah, saya dan rakan-rakan sepejabat tidak memiliki telefon pintar tersebut mana mungkin kami boleh rasakan sendiri betapa ringannya telefon pintar yg hanya seberat 116 gram itu??! Percaya atau tidak jika th3b0r3dsha katakan bahawa berat telefon pintar itu hanyalah 116 gram??! Sila percaya !!!

Jika saya memiliki telefon itu barulah saya dapat buktikan kepada rakan-rakan sepejabat saya bahawa telefon pintar tersebut bukan saja sangat ringan malah ia adalah telefon pintar paling nipis di saat entry ini dibuat kerana ia hanyalah berdimensikan 125.3 x 66.1 x 8.5milimiter. Wah..superb bukan??! Nak tahu tak, telefon pintar iPhone 4 dan Sony Ericsson Xperia Arc masing-masing tewas di tangan Samsung Galaxy S II itu, opssssss telefon pintar tersebut ada tangankah??? Ngeh Ngeh Ngeh....

Selagi saya tidak memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S II itu, maka saya tidak dapat memastikan bahawa ia berfungsi sepantas kilat dengan adanya Dual Core Application Processor. Saya juga tidak pasti lagi akan kecanggihan telefon pintar itu yg berupaya untuk melayari Internet dengan kelajuan yg pantas, keupayaan untuk kepelbagaian fungsi di dalam satu-satu masa, penggunaan punat di permukaan telefon yg mudah, pengstoran data yg padat dan mampat serta kebolehupayaan untuk merakam video dan memainkannya semula dalam masa yg pantas dan imej video yg cantik dan sangat jelas.

Bila saya sudah miliki telefon pintar Samsung Galaxy S II itu nanti maka saya akan rasakan sendiri keunikan cirinya yg mempunyai paparan 4.3" SUPER AMOLED Plus. Pastinya paparan skrin yg lebih jelas dengan warna yg terang itu menjadikan aktiviti bermain game, mengambil gambar dan video, melayari internet membaca buku secara online dan lain-lain lebih bermakna !!!

Oleh itu, Saya Nak Samsung Galaxy S II dan kemudian setelah memilikinya saya boleh meyakinkan rakan-rakan sepejabat saya untuk mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy S II juga !!!!!

Hai anak ibu pun dah pandai review product sekarang?


Wah wah wah !!!!

Sekian, selamat menggunakan Samsung Galaxy S II !!!!!