Assalamualaikum??
Hari ni tiba-tiba monday blues melanda diriku ini walhal esok pun saya bekerja bukan cuti macam korang pun! Muahaha..Kalau korang yg monday blues tu, i pahamlahkan. I yg akan kerja esok pun monday blues??? Bluwek!
So ramai betul rakan-rakan di twitter yg condemn Anugerah Skrin 2012 yg berlangsung pada hari Jumaat lepas eh. Suka hati koranglahkan. Tapi pada pendapat Sha, is such a good effort. Sebabnya mereka yakni pihak produksi yg bekerja untuk Anugerah Skrin sudah 'think out of the box'. Kita sebagai penonton kena lah terima dengan hati yg terbuka dengan apa yg ingin dipersembahkan. Tak kisahlah jika setiap scene ambil masa yg lama ke, bosan ke atau konsep teater yg entah-apa-apa ke. Why not kita try to be creative sikit. Hargailah usaha pihak produksi yg sudah fikir, atur dan lakukan demi Anugerah Skrin. Kenapa nak bandingkan Anugerah Skrin dengan Oscar awards??? Biarlah Oscar dengan kredibiliti mereka tapi setidak-tidaknya Anugerah Skrin kali ni punyai cara tersendiri untuk dipersembahkan kepada penonton. Tentang isu tiada masa untuk para pemenang berucap, bagi Sha itu isu lapuk kerana dunia sekarang masing-masing punyai medium untuk bersosial. Artis pun ada blog sendiri, ada blog hiburan yg tersohor dan punyai unique view beratus-ratus ribu sehari seperti Beautifulnara dan sebagainya, so sudah tentu ucapan terima kasih itu boleh jek disampaikan melalui medium blog tersebut. Rancangan hiburan macam Melodi pun ada. Kebanyakan artis pun ada social medium seperti facebook, twitter dan instagram. Tak salah kan kalau setakat nak ucapkan "terima kasih kepada semua yg menyokong drama saya..bla..bla..bla..." melalui medium sebegitu ??! Demn panjangnya saya membebel. HAHAHA.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!