Wednesday, April 13, 2011

Farewell Party edisi 1

Hi All !!!!

Uhuk uhuk !!

Berhabuk nyer blog nie..ekekeke.... blog sapa entah?  kui3..Maaf yer th3b0r3dsha terpaksa membuatkan U alls tertanya-tanya ke manakah menghilangnya th3b0r3dsha...huhu..Sungguh Bored kah insan yg bernama Sha itu? Maaf terpaksa menghentikan aktiviti blogging seketika (amboi3..sebulan lebih dikatakan seketika ? melampau !!) kerana seperti yang U ols semua tahu  th3b0r3dsha baru sahaja meletakkan jawatan di company lama...

Hari terakhir th3b0r3dsha di Reliance Shipping & Travel Agencies ialah pada 25 hb Feb yg lepas...Tu fasal lah th3b0r3dsha buat satu topik khas berkenaan tarikh 25 Feb tu...Isi2 kandungan nya pun menyentuh fasal lagu Old Lang Syne.....

Bila dah bertukar tempat kerja th3b0r3dsha macam insan biasa lain (chewahhh ayat !!) perlu masa untuk menyesuaikan diri....Tambahan pula th3b0r3dsha dah berkeluarga dan masih ada bayi yg kecil yg sangat2 memerlukan sepenuh perhatian dari kedua orang tuanya....

Oleh itu th3b0r3dsha terpaksa stop blogging for a while...bak kate omputih...:)

Tapi sekarang th3b0r3dsha dah kembali aktif berblog dan akan terus berblog untuk sumer pembaca !!!!

OK !!! Seminggu sebelum hari terakhir th3b0r3dsha kat Reliance, jadual makan tengahari th3b0r3dsha memang penuh....Alhamdulillah teman2 sekerja di Reliance memang sporting (bersukan ...haha) habis sebab sudi meluangkan masa untuk makan bersama dan belanja th3b0r3dsha makan.  Wah kecik tapak tangan th3b0r3dsha yg kiut ni, IKEA th3b0r3dsha tadahkan ...!! huhu..Opps IKEA lah pulak kan...Macam petunjuk untuk pertandingan mencari harta karun lah pulak...:)

Farewell Party edisi pertama ialah bersama Cherine Ooi dan Yvonne Choong. Cherine ni dulu taiko.....senior lah kiranya masa th3b0r3dsha mula2 kerja di Reliance, 7 tahun lepas. Yvonne pulak rakan sekerja sejak 2 tahun lepas. Depa ajak th3b0r3dsha makan kat The Canteen yg terletak kat Megan Phileo Avenue II tu....

Jom tengok gambo?? :)

th3b0r3dsha makan mee siam,,Cherine makan Nasi Ayam Berempah (Sangat sedap !!) dan Yvonne makan Mee Soup dengan bebola

all the best to you Cherine !!!!

keep in touch, Yvonne !!

Dalam berposing tu th3b0r3dsha terpandang ada tatoo kat kaki Yvonne..Setelah disoal siasat rupa rupanya bukan tatoo tapi lukisan Henna. Sangat halus lukisan henna tu.....dia memilih bentuk burung. Dah lah cantik lukisannya, murah pulak tu. Cuma RM5 sahaja !!! Yvonne buat kat The Summit, USJ Subang Jaya. Not bad lahhhh.....Jom recommend kawan2.....ehehehe....

Nak tengok lukisan Henna yg cantik tu? Marilahhh..

Ok ...bagi pembaca yg nak kelainan dalam hiasan diri boleh lah cuba lukisan Henna ni. Hanya orang yg pakar je yg boleh siapkan lukisan Henna yg cantik macam dalam gambar kat atas tu. Cepat !! Dapatkan perkhidmatan melukis Henna di The Summit...!! Nanti jangan lupa kongsi pengalaman kat sini yeh.....Kalau lebih sporting, kirimkan aje gambar2 lukisan Henna U ols ke mailbox th3b0r3dsha......OK??? :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!