Showing posts with label Top 100 Alexa Ranking Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Top 100 Alexa Ranking Malaysia. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Alexa Ranking : Lagi Rendah Lagi Bagus !!!

Assalamualaikum ???


Alexa Ranking blog anda rendah atau tinggi ? Pernah tak ambil tahu tentang 'Alexa Ranking' blog anda ? Betul ke 'Alexa Ranking' blog Sha lagi rendah dari 'Alexa Ranking' blog Denaihati Apa itu 'Alexa Ranking' ? Emmmmmm......Banyaknya persoalan di sini. Okaylah kita mula dari zero ye. Ada orang kata, 'Zero to Hero'. Pepatah Melayu pulak berbunyi begini, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Gitu. 


Alexa Ranking oleh Alexa Internet, Inc.

Alexa Internet, Inc. ialah sebuah syarikat yg berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Ia merupakan anak syarikat Amazon.com. Secara ringkasnya 'Alexa Ranking' bertujuan untuk mengumpul maklumat dan gelagat pengguna Internet yg singgah ke sesebuah blog. Dengan maklumat yg dikumpul itu maka Alexa dapat menyediakan satu laporan tentang sesuatu trafik ataupun pengunjung yg masuk ke sesebuah blog. Contoh laporan Alexa ialah didapati pengunjung wanita merupakan pengunjung yg paling ramai mengunjungi blog Sha berbanding pengunjung lelaki.  

Kedudukan Blog Kita Di Dalam Alexa Ranking

Penting bagi sesorang blogger mengetahui status ataupun kedudukan blog mereka di dalam 'Alexa Ranking'.  Namun sebagai seorang blogger kita kenalah menjadi sesorang yg realistik dan bersedia untuk menerima kenyataan walaupun ianya pahit. Nak tahu 'Alexa Ranking' bagi blog Sha ?


Sedihnya rasa sebab Alexa Ranking blog Sha di Malaysia ialah blog yg ke 7,696. Gambateh Kudasai !!!


Sebenarnya Alexa Ranking blog Sha dan blog Denaihati 'Ibarat Langit dan Bumi'. Blog Denaihati yg sinonim dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi mempunyai 'Alexa Ranking' yg sangat bagus berbanding blog Sha kerana ia berada di kedudukan ke 138. Fuhhhhhhhhh. Mantap !!!

Alexa Ranking bagi Blog Sharidawati.Blogspot.Com

Alexa Ranking boleh dinilai dari 2 peringkat yg berbeza yakni di peringkat antarabangsa dan di peringkat negara. Selain dari itu, maklumat yg dikumpul oleh Alexa diperoleh dalam tempoh 3 bulan terakhir. Untuk 'Alexa Ranking' di peringkat antarabangsa, terdapat sebanyak 1,291,339 blog yg lebih baik berbanding  blog Sha. Manakala 'Alexa Ranking' di Malaysia pula, terdapat sebanyak 7,695 blog yg lebih baik berbanding blog Sha.

Mungkinkah blog anda mempunyai 'Alexa Ranking' yg lebih baik daripada blog Sha? Sudah tentu, bukan? Anda boleh lihat sendiri 'Alexa Ranking' blog anda DI SINI.

Alexa Ranking blog Sha dan blog Denaihati Ibarat Langit dan Bumi .