Showing posts with label SEO Contest. Show all posts
Showing posts with label SEO Contest. Show all posts

Friday, December 7, 2012

iPhone 5 Gadget Impian Sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nampaknya persaingan dalam contest iPhone 5 Gadget Impian yg dianjurkan oleh blog Denaihati semakin hari semakin sengit. Dateline yg diberikan oleh penganjur contest semakin lama semakin dekat tup-tup tinggal kurang dari 17 hari dari sekarang. Semakin lama semakin sukar untuk Sha posisikan blog Sha di Google First Page ataupun di laman pertama carian Google. Cabaran untuk meningkatkan click Google+ dan cabaran untuk menjadi Blogger Paling Hebat juga semakin terasa bahangnya. Wah dah macam Anugerah Bintang Popular pulak. Muehehe. Oleh itu, dengan niat untuk memberi persaingan yg sihat, Sha telah menganjurkan GIVEAWAY ini.

iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY

Syarat-syarat GIVEAWAY:-

1) Terbuka kepada semua individu sama ada memiliki blog atau tidak. Jika anda tidak mempunyai blog, anda boleh menggunakan akaun Facebook.

Mekanisme GIVEAWAY

Kepada individu yg mempunyai Blog:-

a) Buat satu entry bertajuk "iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY" 
b) Letakkan permalink entry ini di dalam entry anda "iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com" 
d) Undi blog sharidawati.blogspot.com sekurang-kurangnya satu kali di entry ini http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat . Terpulang pada anda untuk memilih 2 blog yg lain.
e) Letakkan permalink entry penyertaan anda di petak komen di bawah.
f) Tarikh tutup penyertaan : pada 20 December 2012

Kepada individu yg tidak mempunyai Blog:-

a) Letakkan link ini http://www.sharidawati.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html di status Facebook anda setiap hari bermula dari hari ini 7 December 2012 sehingga 24 December 2012.
b) Like facebook fanpage ini https://www.facebook.com/sharidawati 
d) Undi blog sharidawati.blogspot.com setiap hari bermula dari hari ini 7 December 2012 sehingga 24 December 2012 di sini http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat. Terpulang pada anda untuk mengundi 2 blog yg lain kerana setiap satu undian, anda harus memilih 3 blog yg berlainan.

HADIAH GIVEAWAY:-
Hadiah utama : Wang tunai RM50 x 1 pmenang
Hadiah Kedua : Barangan IKEA bernilai RM20 x 1 pemenang 
Hadiah Ketiga : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah keempat : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah kelima : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang

Mekanisme Pemilihan Pemenang
Sha akan menyenaraikan kesemua peserta GIVEAWAY ini dan pemenang akan dipilih berdasarkan random.org 


Friday, July 6, 2012

Alexa Ranking : Lagi Rendah Lagi Bagus !!!

Assalamualaikum ???


Alexa Ranking blog anda rendah atau tinggi ? Pernah tak ambil tahu tentang 'Alexa Ranking' blog anda ? Betul ke 'Alexa Ranking' blog Sha lagi rendah dari 'Alexa Ranking' blog Denaihati Apa itu 'Alexa Ranking' ? Emmmmmm......Banyaknya persoalan di sini. Okaylah kita mula dari zero ye. Ada orang kata, 'Zero to Hero'. Pepatah Melayu pulak berbunyi begini, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Gitu. 


Alexa Ranking oleh Alexa Internet, Inc.

Alexa Internet, Inc. ialah sebuah syarikat yg berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Ia merupakan anak syarikat Amazon.com. Secara ringkasnya 'Alexa Ranking' bertujuan untuk mengumpul maklumat dan gelagat pengguna Internet yg singgah ke sesebuah blog. Dengan maklumat yg dikumpul itu maka Alexa dapat menyediakan satu laporan tentang sesuatu trafik ataupun pengunjung yg masuk ke sesebuah blog. Contoh laporan Alexa ialah didapati pengunjung wanita merupakan pengunjung yg paling ramai mengunjungi blog Sha berbanding pengunjung lelaki.  

Kedudukan Blog Kita Di Dalam Alexa Ranking

Penting bagi sesorang blogger mengetahui status ataupun kedudukan blog mereka di dalam 'Alexa Ranking'.  Namun sebagai seorang blogger kita kenalah menjadi sesorang yg realistik dan bersedia untuk menerima kenyataan walaupun ianya pahit. Nak tahu 'Alexa Ranking' bagi blog Sha ?


Sedihnya rasa sebab Alexa Ranking blog Sha di Malaysia ialah blog yg ke 7,696. Gambateh Kudasai !!!


Sebenarnya Alexa Ranking blog Sha dan blog Denaihati 'Ibarat Langit dan Bumi'. Blog Denaihati yg sinonim dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi mempunyai 'Alexa Ranking' yg sangat bagus berbanding blog Sha kerana ia berada di kedudukan ke 138. Fuhhhhhhhhh. Mantap !!!

Alexa Ranking bagi Blog Sharidawati.Blogspot.Com

Alexa Ranking boleh dinilai dari 2 peringkat yg berbeza yakni di peringkat antarabangsa dan di peringkat negara. Selain dari itu, maklumat yg dikumpul oleh Alexa diperoleh dalam tempoh 3 bulan terakhir. Untuk 'Alexa Ranking' di peringkat antarabangsa, terdapat sebanyak 1,291,339 blog yg lebih baik berbanding  blog Sha. Manakala 'Alexa Ranking' di Malaysia pula, terdapat sebanyak 7,695 blog yg lebih baik berbanding blog Sha.

Mungkinkah blog anda mempunyai 'Alexa Ranking' yg lebih baik daripada blog Sha? Sudah tentu, bukan? Anda boleh lihat sendiri 'Alexa Ranking' blog anda DI SINI.

Alexa Ranking blog Sha dan blog Denaihati Ibarat Langit dan Bumi .